Wednesday, 9 August 2017

Meow Casa Update

Holaaa...
berkurun lama tak update blog weih..
rasa mcm hampir 2 tahun tak citer pasal rumah. 
padahal, ada je never ending project kt Meow Casa ni. 
almaklumlah, renovate skit2, time tabung ayam penuh jer. 
kalo tabung ayam kosong, sila la dok diam2 jer. 
Macam banyakkk je citer backdated i tak update dlm blog. especially bab pasang lantai Inovar tu. 
da 2 tahun pon pakai. tapi tak penah review dlm ni. segala pic semua dalam  memory card fon lama yang entah kemana! grrrr.....

By the way, meh la i update sekali harung je ye. 
Rasa rugi pulak kalo tak abadikan cerita ni dalam blog. 

lepas kitaorg siap pasang Laminate floor dari INOVAR, ni tahun 2015 (baru habis pantang qarl) then list projek seterusnya kat bawah:
1) simenkan porch depan
2) pasang bumbung porch smpai habis
3) wardrobe idaman IKEA PAX
4) renovate 2 bilik air
5) unexpected project (plaster ceiling)
6) Playroom Qarl (soon)
7) Cat and wallpaper (soon)
8) project no 8 ni ntah tahun bila nak buat pon tak tau, paling banyak makan kos (proper porch with autogate) and jugak loteng kat bahagian airwell.

Projek 1-4 tu da siap da pon, now in progress no 5. 

August 2016
- masa ni baru tetiba I terbekenan nak buat wardrobe khas dalam masterbedroom. rasanya sebab terjumpa blog pasal custom IKEA PAX ni. haiyoo...bestnyaaa...tapi...baru berangan je la. and try jugak design2 sendiri, and pegi IKEA untuk cuci mata. survey2 dulu harga bape, nak kena menabung awal2. 
yang penting survey harga pintu. sbb Mr. N memang takmo la wardrobe ternganga gitu takde pintu.

gigih snap pic segala harga.


seronoknya cuci mata. hehehehe


amik aura untuk design almari sendiri nanti.


antara design terawal. bukan main syok lagi berangan weih. ni total tak letak pintu, da 3k!

kalo termasuk pintu, da jadi 5.5k. wuwuwuuwuwuw


Hujung September - October 2016
-masa ni Mr. N proceed untuk simen kan porch depan. keadaan asal, hanya 1/4 jer bersimen. separuh depan bilik masterbed ada tanah + batu. qarl pon fasa membesar, mmg elok simen kan terus satu porch ni, senang qarl nak main kat luar. and proceed jugak buat bumbung terus, tapi yg biasa2 je. baru la rasa rumah kurang membahang. sebab matahari jatuh depan rumah....dulu2, kalo petang memang panas la ruang tamu and bilik kami. now da ok....lagipon dalam bilik master pon da pasang aircond. semuanya sebab anak. hehehehe

qarl main kat porch, takde la susah hati kot2 ada

bumbung yang da siap dipasang. 



21-22 October 2016
-masa ni ada homedec at KLCC. muehehe..ape lagi.....tabung ayam untuk bilik air hampir penuh. mmg start berangan and kumpul duit dari August 2015 lagi. kami pon ke KLCC survey2 dan terus beli barang bilik air. beli semua dari BigBath je senang, banyak sangat pilihan. segalanya beli baru, segala jamban, sinki, shower head, pili2 air, yg penting bathtub jangan lupa. idaman sgt tu!!! 2 hari kami datang klcc untuk finalize barang2.






27 August 2016
-hari ni gigih yer i pergi survey tiles sorang2 dekat puchong. hehehe..survey je pon. blom beli lagi.



17 November 2016
-buat final design untuk wardrobe idaman. sebabnya, keesokan harinya kami laki bini amik cuti, khas untuk pergi IKEA beli barang. heheheh

final design dalam PAX Storage Planner. save je siap2 dalam your IKEA account.


sempat lagi la malam tu, dok browse2 PAX orang lain. 

18 November 2016
Today is the big day!!!! semangat giler okeh.....amik cuti khas utk ke IKEA. qarl hantar je ke babysitter. tak kuasa ye nak bawa qarl ke IKEA sama2. kang nanti jenuh nak melayan dia. rasa macam rushing jugak la beli dalam tahun 2016 jugak. tapi sebenarnya memang nak tunggu my birthday month, so dapat la tripple points kot. makin banyak la boleh redeem voucher. muehehehe.. 

Sila la ke station computer kat bahagian PAX Wardrobe tu. Login your IKEA account, and suruh je pekerja dia print out segala list barang. Memang berjela ye list barang keluar, da bagi tahu segala code number , kat bahagian and rak mana nak kena amik. kalo korang malas, sebenarnya boleh je guna khidmat staff IKEA untuk pegi amik semua list barang tu, service charge dalam rm30 kot. 

tapi sebab kami laki bini da memang amik cuti khas kan untuk misi pembelian PAX IKEA ni, maka kami tak guna la service staff IKEA tu. jimat sket rm30 tu kan???? tapiiiiiiiiii, i tell you, penat nak mati ye! macam acara treasure hunt pon ada. wakakakakaka. tak pe la. sekali seumur hidup. andai kata kalo i bawa qarl masa ni, confirm tak pikir panjang, guna je service staff IKEA tu. i boleh dok bertenang2 tunggu je kat kaunter bayaran nanti. 

banyak giler barang! kena amik 2 trolley. serious penat giler weih.....memang betul2 la crosscheck the list. ko sanggup nak dtg blk kalo tetiba ada part tak cukup???

memang malang ler sape yang beratur belakang kami ni, tunggu staff IKEA kat kaunter bayaran tu scan barang 1-1. lama weih. lepas da habis scan, decide pulak nak amik installment plan bape lama, 12 bulan or 24 bulan. Adakah uols tahu, kalo beli barang kat IKEA, total harga lebih dari rm500 or lebih dari rm1000 kita bley swipe credit card and pilih option utk zero interest installment plan???heheehhe.... oleh kerana bil we all masa tu 5k+ maka...kami pilih option untuk 2 tahun. sebulan bayar rm224.58 jer. hehehehe. make sure credit limit credit card uols cukup ok. then bulan2, jangan la miss bayar. kang buat rugi je kalo credit card charge interest kat amount tu kalo lambat bayar. 
untuk maklumat lanjut sila la pegi tengok kat link ni

ps: 3 or 4 months earlier, i memang purposely apply new credit card with high limit, memang purposely untuk beli IKEA PAX ni and juga bayar duit booking rumah Aspire Residence. harga booking rumah aritu rm1.5k. lepas swipe, i terus call bank minta utk installment plan. maklumla, takde duit segedebuk nak bayar terus. kita guna je skim installment. atleast tak de la tanggung interest credit card yang tinggi. nak guna credit card ni kena disiplin yang tinggi ok! ko jangan main swipe je, tapi takde plan nk bayar mcm mana. hancur hidup nanti. 

ok la, moving forward, lepas da siap bayar semua, sila la ke kaunter delivery pulak. yang we all amik dlm gudang ikea ni semuanya fitting barang2 dalam tu je. kalo untuk main frame yang besar gabak, and frame pintu ikea pax ni, benda ni da tunggu siap2 kat kaunter delivery tu. tak yah la susah2 nak angkut dari dalam gudang. kalo nak bawa balik sendiri, nanti standby je lori kat pintu loading rasanya. 

Tips for delivery and pemasangan : seperti sedia maklum, delivery charge kena rm80. kalo nak suruh tolong pasang, kena tambah lagi 10% dari harga barang. kami decide untuk pasang mainframe and pintu saje.....maka........masa kat kaunter delivery tu, uols check betul2 item yang dia scan untuk delivery, and which item yang uols nak dia pasang. setiap item ada harga sendiri, kang kalo biar je orang kaunter tu scan semua and tick semua barang nak suruh install, nanti rugi la uols kena byr extra. mainframe tu mmg elok la suruh diorg install kan, tapi fitting dalam tu, better kita pasang sendiri...sng nak adjust ape2. ni just reminder and tips ye.....sebab kalo terlepas pandang, tak pepasal uols kena bayar extra. kena booking slot untuk penghantaran, dalam masa 7 hari. weols macam WHAT????? terpaksa la suruh hantar weekend tu jugak. terkejut sebab kitaorg tak kemas bilik pon lagi. and this IKEA PAX memang i design sepanjang dinding bilik. so, masa nk pasang of course bilik kena clear dari semua barang. sob2. balik mlm tu, terpaksa la kami kemas2 barang, pindah almari lama etc. penat weih. campur ngan habuknya lagi. seminggu kami semua selsema!!!!

20 November 2016
Another big day. hari pemasangan. ya rabbi....excited weihhhh....

pasang mainframe dulu. lega weih suruh expert yang pasangkan. tapi datang 2 orang je, sepatutnya 3 orang kena datang. lama jugak la they all pasang ni... ada dlm 3 jam kot. 

susun dulu betul2, baru mount terus ke dinding. ni memang da tak akan ubah kemana2 da la. smpai kiamat la PAX ni bersemadi kat sini. hehehehe, kalo jual rumah ni or sewakan rumah ni, untung la dapat skali almari IKEA ni. maybe we all amik pintu je kot...frame dia mmg mereput la kat sini

yesza...da siap da mainframe ni, kena susun betul2, i tak nak rapat ke dinding tepi sangat, belah sana (kanan) ada tingkap..kena ada ruang sikit untuk langsir tingkap tu. dinding belah kiri pulak i nak jarakkan sikit utk letak valet hook tu. leh gantung towel or baju kerja yang da siap iron. 

tada...da siap pasang pintu. basically, i amik 2 frame besar. dalam tu ada pecahan 5 lagi. i pilih semua pintu sliding cermin je, sebab ni je option paling murah. selalunya orang kan mix and match pintu cermin + glossy ke ape ke. suka ati la kan? tapi, we all laki bini sepakat amik cermin je semua. tersangat la puas hati weih. terus nmpk luas bilik. qarl pon mmg tiap2 hari la tengok muka dia dlm cermin sambil sengih2. wakakakka. and orang yang pasang tu pon macam terpesona. dia ckp 1st time ni dia tgk almari yg pilih semua pintu cermin. selalunya mmg dia pasang yg mix and match. 

malam tu jugak i gigih pasang fitting dalam almari ni. semuanya ikut ketinggian yg selesa untuk kami. kalo rasa bosan nanti, bley la ubah2 sendiri je fitting dalam ni. each compartment memang da ada tujuan da nak letak ape. memang fully functional. puas hati sangat. ni 1st section, bila kuar bilik air, bley terjah sini je. yg paling kiri tu, compartment utk barang2 makeup i. sebelah kanan tu utk Mr. N. so takde la kami berebut tempat. ko nak sepahkn section sendiri pon takde hal. takde sape nak marah. dulu share vanity area, mmg asyik saling tuduh menuduh je sape yg slalu sepahkan. 

inilah rupanya 1st section bila tolak 1st pintu slide. so, nak bersiap dari sini je la....amik makeup, then gerak ke kanan mengadap cermin utk makeup2. tak payah la tambah extra cermin ke ape. cermin yg ada ni pon da cukup. da siap pasang interior fitting, baru perasan, tak cukup 1 lagi pull out tray utk Mr. N section. wuwuw.. sian dier.....teramik 1 je pull out tray tu. maka i pasang la tempat i dulu, sbb barang i kan lagi bnyk dari dia. muehehehhe. ni yang leceh ni, bila ada jeeer barang yang tak cukup. another trip ke IKEA! takpe la...leh redem voucher sekali..and bley tambah barang lagi kan???


ni bila da siap2 susun bahagian barang2 makeup i. hehehe. syoknye, tak payah berebut space dengan Mr. N.

next sliding door, ruang khas untuk gantung baju kerja and baju harian. bakul besar bawah tu ada 2, sorang satu la ye. so tak de la berebut. dalam  bakul tu simpan segala jenis seluar, tudung, or ape2 je la benda berlipat. baju2 harian, baju tido, ape saje baju yang bley digantung, memang akan digantung je la. kau hingat iols rajin sgt nak melipat baju??? kim salam ye. yang belah kanan tu, atas untuk sangkut baju jalan2, jaket2 jarang guna, baju2 yang jarang guna. bawah tu, untuk baju2 kurung, baju raya etc. ruang utk qarl play hide and seek or kekadang jadi temporary bathroom utk dia poo2. 

His favorite place untuk play hide and seek. or kekadang dia nak poopoo secara privacy, dia akan masuk la sini, siap tutup pintu sliding dari dalam. da siap bisnes, baru la dia keluar. muehehehhe




compartment paling hujung, khas untuk letak dress2 yang panjang. bawah tu ada lg 2 bakul, boleh la letak sampin, baju2 swimming, kain batik, sarung bantal etc. kadang2 ni jadi stesen laptop juga, tempat charge henfon, dry rambut. bawah tu ada plug utk charge fon , charge laptop etc. depan bahagian ni we all letak katil. muat la untuk lalu, tapi tak boleh tarik laci tu smpai habis.


Ini lepas second trip ke IKEA. terus Mr. N paksa beli makeup box ni. hehehe..


selain dari tu, kami tambah lagi eksesori lampu. sebab malas nk buat wiring bagai, beli je stripe lampu yang guna bateri ni. sama je funtion macam buat wiring. dia ada sensor, bila pintu almari terbuka, baru lampu ni menyala. tersangat la berguna untuk Mr. N sebab dia bangun awal bersiap pegi keje at 5am kan. so senang la dia besiap kat vanity area dia. tak payah nak buka lampu bilik. menganggu tido qarl and I. hehehe. by the way, untuk penjimatan maksimum, sila la beli bateri  rechargable dari IKEA. bateri ikea murah dari bateri luar. memang sangat memudahkan.

OK, sekian kisah wardrobe PAX IKEA. plan asalnya, i berangan nak ada walking wardrobe. kononnya, nak pecahkan bilik air (kecikkan bilik air) then tembus ke bahagian dinding airwell. kekonon ye, nak amik space skit kt bahagian airwell tu buat walking wardrobe idaman i. tapi apakan daya, itu lagi la mahal dan berkecah. dpt wardrobe PAX ni pon jadi la. heheh

5 December 2016
kami rasa this is the right time untuk start project billik air pulak. call BigBath puchong suruh hantar segala barang. tapi tetiba ada rain shower tu da habis stock. terpaksa pilih rain shower model lain. maka, kami pon mencemar duli ke BigBath Puchong, sambil tu boleh survey barang2 lain pulak. kihkihk

tersurvey sekali shower screen ni. memang siap berangan nak letak pintu kaca ni, so, bila mandi, takde la berkecah satu bilik air. we all suka bilik air yang kering, especially bahagian sinki and jamban.

harga nya ikut kaki. tak sure la uols nmpk ke tak list harga ni. kalo confirm buat, diorg akan dtg umah dulu untuk amik ukuran. harga memang termasuk siap sekali ukur dan pemasangan.

antara pic contoh yang cari kat IG

10 Disember 2016
Big day untuk penghataran barang2 bilik air. penuh depan proch rumah. 

tiles pon da siap beli masa ni.

22 December 2016 - penghujung tahun.
-kami start buat dengan bilik air kat belakang dulu. bilik air ni kat area dapur. yang ni hanya pecahkan tiles, ganti tiles baru, and semua jamban, sinki, pili air ganti baru. da siap bilik air ni, baru bley start buat bilik air masterbedroom pulak.

da siap bilik air ni rasa lega gila. best sgt mandi dalam bilik air ni. lantai da tak menakung air, fully funtion jamban. air pili yang super laju. i loveeeee it so much! so, kalo my parents or any tetamu datang pon, takde la segan sangat diorg guna toilet ni. 


Progress setakat 22 January 2017. masa ni da siap hack semua tiles dalam bilik air master. agak leceh and slow progress, sebab projek hanya berjalan kalo kami ada kat rumah, or kalo ada sesapa ahli keluarga Mr. N yang sudi datang tunggu kat rumah untuk monitor.


27 Feb 2017 - baru la nampak rupa bilik air. tapiiiii...tersangat la tak kemas dan tak puas hati. hmmm...hancur hati sangat. memang ala kadar je indon ni buat, da la degil tanak ikut ape yg tuan rumah nak. dinding belakang tu ada paip yg bocor......so, dinding belakang tu nampak lembab. Bulan 3 da siap bilik air ni, tapi tak leh guna. siap ada naik bau busuk. kena buka balik toilet tu, check masalah ape. 

nasib baik ada toilet kat dapur yang fully function. selesa sangat mandi kat belakang. akhirnya, before bulan puasa, baru bilik air dalam masterbedroom ni boleh guna sepenuhnya. betulkan toilet yang berbau tu, kena ganti getah baru etc, betulkn paip bocor dalam dinding. then finally, screen shower pon da siap pasang. legaaaaaaaaaaaaa sangat la bilik air dlm ni da siap. malam2 nak bangun pee2 pon tak payah la nk jalan smpai ke dapur. hehehe. cuma pintu bilik air je tak tukar lagi, sebab tak cukup bajet. wakakakak... itu next time la kot. guna je la pintu asal ni. 

fully function sepenuhnya. tinggal deco2 je, cermin pon tak cari lagi. ni permandangan bila buka pintu toilet.


sebelah kiri, ruang untuk shower. qarl memang suka la main pintu tu, jenis sorong untuk jimatkan ruang.



minta kontraktor tu buatkan ruang untuk letak sabun. 


sebelah kanan, ruang untuk bathtub. kami pilih free standing bathtub je senang. option ni je ada untuk size bilik air kami yg tak cukup 5 kaki. hahahaha. tapi ok jugak bathtub jenis ni, nak pindah rumah lain pon boleh angkut sekali. hahahahha. dia seolah2 sebuah kolah yg sungguh besar. memang syiok la berendam dengan qarl dalam ni. 

sekarang ni senang je kalo nak ajak qarl mandi. boleh umpan masuk bathtub, ataupon dalam shower pon dia suka je main air. ikut la anakanda ku...tong sampah tu tersangat la bagus, beli dari HomePro kat melaka. rasanya KL pon ada kot. khas untuk buang diapers si qarl. memang kedap bau.

banyak sangat drama nak siapkan toilet ni. akhirnya kami serik da nak panggil orang melayu + indon. kononnya nak tolong orang melayu, tapi keje menyakitkan hati. 

after raya, tetiba Mr. N terus decide nak buat plaster ceiling.
OMG!!!! i was like WHAT? nak buat design ape ni? tak penah pon terfikir pasal plaster ceiling ni. 
sebab rumah comel jer, ruang tamu je la kami letak L Box, ruang lain semua letak cornice yang simple je. takde kerawang2 or bunga2 ye. hehehe....

Kalo da nak letak plaster ceiling, haruslah lampu pon kena tukar kan? takkan nak pakai balik lampu kalimantang. hehehe...maka, another trip to Puchong Houses Lighting. Setelah di pilih2, kami da siap beli semua lampu, suis, kipas....melayang la 2.5k. sob2.....untuk ceiling plaster ni, kami panggil Cina yang penah buat airwell dulu. memang puas hati ngan hasil kerja dia. kami tak perlu kemas barang2 dalam rumah pon. dia setelkan sendiri and pepandai la dia ubah. kali ni, kami bg je kunci rumah kt dia, kecuali kunci bilik master. so, setiap hari dia siapkn satu ruang. blk kerja petang, tengok rumah da siap sapu + mop, and plaster ceiling pon da buat. hopefully cepat la siap...ada lagi projek bersusun dok tunggu.



wow, berjaya jugak update blog. 
tapi maaflah, macam2 topic pulak. harap bertabah la nak baca. 
masalahnya, ada lagi ke reader blog i ni???
HI..HI..HI....kalo korang baca, rajin2 kan la tinggal komen yer. hehehehhe