Showing posts with label Resepi. Show all posts
Showing posts with label Resepi. Show all posts

Monday, 9 November 2015

Resepi smoked duck ala2 Homst Restaurant

Siapa pernah makan smoked duck dekat HOMST Restaurant? kedai chinese muslim yang famos amos. hehehe..mesti sape yang penah makan jatuh hati dengan kelazatan itik salai kan. hari ni I nak share resepi Smoked Duck ala-ala Homst restaurant.



tadaa....sama takk?? hihihi... rasa pon da ala2 sama (bak kata Mr. N)

Selama ni, kakak ipar I penah bagitau tentang kesedapan Smoked Duck kat HOMST Restaurant ni. kebetulan di Cyberjaya ada cawangan Homst yang baru buka. I penah ajak Mr. N pi makan kat sini, purposely nak rasa smoked duck yang dikatakan sedap sangat tu. Tapi memandangkan Mr. N ada sejarah hitam dengan itik, maka...dia bantah sekeras kerasnya. sob2. Tetiba...suatu hari...I tergerak hati whatsapp one of my blogger fren, nak ikut dia lunch sama. Dia dan ofismate lunch kt Homst. kebetulan jugak diorang order smoked duck ni untuk kongsi ramai2. 1st time la tu i makan, memang sedap..makan sambil pejam2 mata sebab nak menikmatinya. hahaha. maka...berusaha I ajak Mr. N pegi makan jugak..



1st time ni Mr. N makan smoked duck. hhahaha..masa nak tunggu makanan sampai, I sempat lari pergi barang kejap. tengah syok2 beli barang tetiba dapat gambar ni, siap dengan caption "eh..sedap la smoked duck ni" haaaa...baru kamu tahu yerr... hahaha

I pulak...sangat la jatuh hati dengan bun yang kecik2 tu. rangup diluar, lembut didalam. memang sedap giler lah! masa bayar kat kaunter, I siap tanya kat cashier tu, bun tu ada jual tak? dia cakap seketul rm1. fuhhhhh... hahahahahahha

ok...mana resepinya ni??? hahahaha..
sebenarnya.................................semua ni I beli yang frozen! hahaha. 
Bun kecik2 tu nama dia mini mantou: rm3.50 dapat 20biji. (goreng dalam minyak panas smpai kekuningan.
Smoked duck pon beli yang frozen jugak. CP brand: rm7.90 untuk 200gm.
Sos untuk smoked duck tu, guna sos cili thai sajo.....diperah sedikit dengan lemon.
Lepas tu, bley la racik2 bwang besar, carrot, cili dan daun ketumbar. 
SIAP!

oh...itik tu, lepas difrost, boleh la salut dengan telur + then celup tepung jagung/tepung goreng ayam.
Goreng hingga kulit dia garing. then hiris nipis2 tau!.







Semua barang2 ni, i beli dekat Pasar Borong Selangor, keri kembangan.
baru discover kedai pemborong yang best, nama dia Sri ternak. kat situ la i perasan ada jual smoked duck frozen. hihihi...mini mantou pon jumpa kat sana juga. so far tak penah lagi jumpa mini mantou kt pasaraya besar lain macam AEON big, jaya grocer, atau cold storage. selalu kat pasaraya besar ni ada jual mantou yang size besar2 jer.

puas hati ok! lepas ni tak perlu pi Homst da. jimat gilo ok! kt homst sepinggan smoked duck rm30+
Kalo buat sendiri???? rm10 pon tak smpai. hihihhi



Friday, 6 February 2015

Kari daging simple

‎Salam Jumaat.
Hari ni, hari ke3 I offday secara tenang. Minggu ni offday 4 hari, tapi kena standby week. So, memang tak kemana, duduk rumah jer kot2 kena panggil pegi keje ganti orang.  Bahagia betul bila tak de kena ganti2 orang ni. Terasa completely enjoy jadi housewife. Dok rumah boleh masak ape yang mengidam, kemas dapur, baring golek2. Eeeee..bestnya!

By the way, time cuti ni la baru boleh masak2 ikut demand baby. Hihihi..walaupon kekadang tak larat, perut asyik mengeras or kekadang baby stretch2kan badan dia dalam perut ni..sungguh la tak selesa. Semalam buka je mata, terus tekak terasa nak makan donut! Homemade donut ye. Tamo yang beli2. Nak makan panas2 time lepas goreng tu. Donut yang rangup diluar, lembut didalam. Amboiii..demand betul lil blip ni. Gigih la I menguli doh donut. Bila dapat makan, rasa legaaaaa sangat!

big fat homemade donut. nikmat betul makan panas2. rangup diluar, lembut didalam.

‎Bila da petang sikit, I teringin nak makan kari daging pulakkk. Da terbayang nak buat sambal belacan, then celur jantung pisang buat ulam, sambil goreng ikan masin. Nyum2. Anyway, hari ni I nak share resepi kari daging simple. Tak de la simple mana pon, tapi bahan yang I guna tak banyak sangat. Resepi ni I belajar dari mak I. Memang dari kecik I da biasa makan kari daging pesen ni...so, selera tu da fix dengan resepi mak. Resepi orang lain, memang lain sangat..macam2 spice nak letak dalam kari daging kan?.


Ini je bahan2 yang I guna. Daging yang dia siap potong and cuci tu, diperap dengan serbuk kari daging babas + kerisik kelapa + hirisan bwg merah, putih, halia. Bahan lain adalah kentang, bahan untuk menumis, hirisan bawang merah, putih, halia, daun kari. Tak dilupakan santan kelapa. Ok, tu je bahan2 yang diperlukan. My mom tak letak pon segala kayu manis ke, bunga lawang ke ape. Tapi kari daging dia wajib letak kerisik. 

Cara2 memasak,
Tumis bahan hirisan smpai naik bau.
Masukkan daging dengan sedikit air. Masak sehingga daging empuk/terbit minyak.
Masukkan kentang, akhir sekali masukkan santan/kuah.
Biarkan mendidih, bila kentang da empuk, kari daging pon siap! Jangan lupa buh garam naaa.

Everytime I nak buat kari, memang I akan beli kelapa parut. Guna santan fresh ni lagi sedap. So, kerisik pon I buat on the spot jugak. I memang tak pernah beli/guna kerisik segera yang orang jual tu. Kekadang bau hapak. Buat sendiri lagi sedap dan fresh. Alaaa...just amik 2gengam kelapa parut, sangai/goreng tanpa minyak guna api kecik je smpai garing. Then tumbuk sampai halus atau terbit minyak. Senang sangat aih nak buat kerisik sendiri.

kari daging, ikan talang masin digoreng dengan bawang and cili kering, papadom. sedap sangat da ni.


Sent from my BlackBerry 10 smartphone.



Thursday, 5 February 2015

Simple dinner

‎Da lama sangat I tak share resepi atau gambar food kat blog. Ye la, da berbulan tak update blog.. hihi. Masak pon jarang2 sangat sekarang ni, lagi suke berbaring je atas katil. Hihihi.

Anyway, nak share dinner semalam. Sebenarnya, takde idea nak makan/masak ape semalam. Ikutkan hati, nak makan luar saje, tapi still tak tahu nak makan ape. Kadang2 bosan jugak makan luar, sampai da tak de idea nak makan kat mana. Cyberjaya ni da la pilihan terhad. I mean, kurang pilihan gerai yang jual masakan kampung atau goreng2 yang sedap. ‎Kalo arabic/western/mamak memang sangat bersepah kat cyber ni. Tapi tu la, setakat nak makan western food, baik masak sendiri kt rumah lebih jimat.

Kebetulan barang mentah tak berapa nak ada sangat kat dapur. I mean, macam stok2 ikan potong, atau sayur2 hijau,taugeh, cili padi ke ape...memang tak beli simpan or stok da habis. Rasanya, cili kering pon da habis kot. Tak sempat nak check lagi stok makanan kt rumah. Tapi kalo stok pasta, memang selalu ada‎ malah macam2 bentuk dan jenis lagi. Seasoning untuk western food juga selalu ada, bukan yang gempak2 pon, setakat stok lada hitam, serbuk pati ayam, cili flake, olive oil, mustard sos, pasta sos in jar. Basic2 je yang ada. Tu je la yang ada. Dried herbs pon kebanyakan da expired kot..tapi I jarang guna dried herbs dalam masakan western. Hihi..pepandai je ubah resepi sendiri.

Anyway, bila kekadang da tak de idea sangat nak masak...I selalu akan amik jalan mudah untuk masak western meal saje. Bagi I masak makanan barat ni lagi mudah dan cepat. Tak guna banyak bahan, tak perlukan masa yang lama untuk preparation. Senang nak adjust perasa ikut kesesuaian menu. Hihi..bukan tanak masak masakan kampung, mungkin I yang fussy kot...kalo masakan kampung selalu nak kena guna fresh ingredient. Gulai nak kena guna santan yang diperah fresh dari kelapa parut. Tak biasa guna santan kotak or serbuk. All the vege macam tomato/bendi/taugeh...guna yang fresh baru sedap kan. ‎Macam nak buat masak merah/sambal pon, lagi sedap kalo ada serai, daun limau purut, ditabur daun sup/daun bawang....which is jarang simpan stok..cepat sangat rosak. Akhirnya, goreng pasta jugak jadi pilihan hati.

Simple pasta goreng with salmon grill + cold potato salad with eggs

Kebetulan, baru2 ni ada beli fillet salmon. Sementara masih fresh lagi, baiklah I grill salmon tu. Da tanak simpan ikan lama2 dalam freezer, sebab I perasan ikan yang disimpan lama dalam freezer, rasa dia da kurang. Lagipon, semalam Mr. N balik lambat dari kerja. Dari penat2 nak kuar makan, baiklah I masak simple2 je for our dinner.

Salmon diperap dengan seulas bawang putih, black pepper, lemon, garam and tyme herb. (dulu ada tanam tyme herb, tapi now da mati. So, smlm ada beli tyme fresh, kalo I nak grill salmon memang terbaik letak tyme)

Ada stok sebiji kentang. Teringin nak makan cold potato salad...tapi sebab kentang tinggal sebiji saje, so I campurkan dengan telur rebus. Rebus telur and kentang sampai empuk, untuk dressing I guna mayonis kewpie, mustard sos, bwg merah didadu halus, sedikit daun kucai diracik (daun kucai amik fresh dari pokok), garam, and cappers (yg ni memang ada stok sebab dulu teringin nak buat tartar sos sendiri)‎ gaul sebati, then simpan dalam peti ais.

Rebus spiral pasta tak smpai 10mins pon.
Panaskan olive oil, tumis seulas bawang putih, masukkan beef pepperoni yang dicincang (memang selalu simpan stok beef pepperoni ni), then perasakan dengan garam, serbuk pati ayam knorr, dan juga chili flakes. Last skali masukkan pasta gaul sebati.

suke sgt beli fresh herb dalam pot gini. tapi selalu lalai nak jaga dia. harap2 kali ni lebih rajin utk bela herbs2 ni semua.

Siap! Da boleh makan! Bagi I, lagi mudah masak macam ni, yang sudah semestinya sedap untuk tekak kami laki bini. Tak payah bahan gempak2 sangat pon, boleh je guna bahan mentah yang ada dalam stok masing2.

So, menu ape pilihan korang kalo jenis tak sempat nak prepare barang, or takde idea nak masak ape. Mostly ramai yang akan goreng nasi, mee, bihun or koewteow kan. Wahh...sedap tu..tapi masalahnya I takde stok sayur2 hijau/taugeh/tauhu. Nasi putih pon tak de lebihan, sebab jarang masak nasi. Hihi.


Sent from my BlackBerry 10 smartphone.

Thursday, 17 July 2014

Homemade Body Butter Scrub


ketepikan citer pasal dapur.
hari ni nak share something else. nak update cepat2...tak sabar nk balik keje ni. 
malam tadi last keje, hari ni i da start cuti raya uolsss.... syioknyaaaaaa


Ni adalah homemade cocoa butter body scrub.

da lama buat... sempena sambutan hari ibu yang lepas. 
i buat sendiri, dan hadiahkan pada mak mertua. ihiksss..
lama jugak i belek2 resepi dari internet... google je ok...semua nya ada. 

Bahan2
-400gm cocoa butter (slumber je i guna cocoa butter yang beli dari kedai supply bahan bakeri)
-3 sudu olive oil
-vanila pod/esen vanila
-2 cawan gula perang/ garam halus


cocoa butter/shea butter kena cairkan dulu. 
then mix dengan esen vanilla. dalam gambar tu, i guna vanilla seed. 


kemuadian, pukul sampai creamy. 


then, gaulkan dengan gula perang/garam halus 


buh dalam jar, balut cantik2..ikat reben. 
siap sudah. 


boleh pelbagaikan letak esen lain ye...
nak bau lemon ke ape.. bley je tambah sendiri. 
best sangat sental badan guna body scrub ni. 
keluar semua daki, then kulit jadi smooth gilaaaa.
addicted ok. siap Mr. N request berbody butter. 
tak yah keluarkan duit beli kt kedai. hikhikhik

ok bye!!!! da start cuti rayaaa... yahooooooo

Tuesday, 6 May 2014

Quick Breakfast

Lama sgt da tak update pasal masak2. especially utk breakfast..or bekal si suami. 
sekarang mmg jarang sgt masak. semangat kian pudar..kehkehkeh. takpe.. kita tunggu dapur baru siap. kalo tak rajin masak mcm dulu, mmg penyakit mengada la tu. huhihi

hari ni nak share resepi yang sangat mudah, sedap, menyihatkan, (insert your own pujian).
OVERNIGHT OATS. 

kini.. mimpi ngeri ku berakhir setelah jumpa creation yg awesome ni. Seperti yg sedia maklum....bnyk sgt khasiat oat especially utk kurangkan kolesterol dlm badan. utk species i yg suka sgt mkn telur kuning, kulit ayam, segala dessert yg sedap2 tu, kambing segala. mmg elok la amalkn makan oat ni. awal2 lagi memang da beli instant oat paket besarrr. tapi...tapi....tak berusik pon. bila terbayang je rasa oat yg mcm bland, goeyy.. langsung tak sedap. mmg tak leh nk telan. abis sgt pon...bancuh milo... tambah sesudu oats dlm milo. hihihi. tak faham nape i tak penah try nk google betul2 resepi oats. slalu mcm kena masak and leceh je. mmg nmpk tak menyelerakan langsung. 

baru2 ni....one of my fb fren ada share pic overnight oats in a jar. nmpk sgt menyelerakan...with various toping. OMG... terus berkobar2 nk try. 

my very 1st creation of overnights oat. 
tak sabar nk bangun pagi.. sbb nk breakfast ni. hahaha. 
teramat lah sedap weih. super nyummy. rasa mcm tak cukup plak satu jar kecik ni. terus rasa mcm nk mkn oats je sepanjang hidup. bley gitu? seriously weih.. addicted gilerrr. 

Base recipe:
1/3cup oats (use rolled oats/instant oats)
1/3cup fresh milk/almond milk/any flavor milk/soya milk/air milo
1/3cup  greek yogurt/calcicum/plain yogurt/any flavor yogurt

ok....3 bahan jer... gaul2 smpai sebati. then masukkn dlm jar kaca. nk letak dlm mangkuk pon bley. suka ati korang la ye. so, bahan basic dia....1/3oats + 2/3cecair. be creative la. tp kalo letak milk + yogurt mmg sgt creamy dan lazattt. kalo tak suke creamy sgt...bley kurangkan cecair. lepas tu.. kalo ada chia seed...campurkan sekali sesudu. kalo nk tambah lg perisa...buh je la ape2 dlm tu. esen vanila ke, honey ke. sos cili ke. ikut suka tekak anda. the key is.. BE CREATIVE!

Topping:
utk tambah lg selera gajah anda.. bley la tabur ape2 toping. slalu nya buah2 bley letak siap dlm jar tu. then simpan jar tu semalaman dlm peti ais. pagi2 nk pi keje... leh je tambah ape2 topping yg crunchy mcm biskut, variety of nuts. lepas tu ape lagi.. amik sudu, cedok masuk dlm mulut. nomnomnom.

mcm kt atas tu.. i letak topping mix berries frozen. before nk mkn.. i tabur cookies yg dihancurkan. heaven in your mouth! sodap giler. hahaha.. malampau betul puji hasil karya sendiri. hahahahah


2nd version. still letak toping mix berries. beli satu pack 500gm frozen mix berries. tahun bile tah nak habis.
this one i layer dengan serbuk milo. perghhhh....pagi masa mkn tu... milo tu da jadi cair..mcm choc drink plak. sodap giler la. tambah2 makan masa sejuk2. hahah.. tak habis puji lagi.



ni creation semalam. 
toping with diced avocado, crispy beef bacon and drizzle with maple syrup. 
lalalalalalalalala. lazat sgt.


now ni.. setiap mlm tak sabar sgt.. tak sbr nk prepare overnight oats ni. tak sabar nk bangun pagi... nk dig in the jar. oats ni boleh makan sejuk atau nak panaskan dalam microwave pon tak de masalah. kalo nak banyak lagi variety... bley la google OVERNIGHT OATS. mcm da jadi trend kt oversea now ni. apesal la i lambat sgt discover resepi yg awesome mcm ni? kalo gini gayanya.. kejap je sebungkus besar oats tu habis.

ada few fren suggest suruh i meniaga. wakakakak. agaknya.. bape rm i nak jual? hihihi. kalo nk jual.. buat style tutti frutti tu. tahan sendiri base oats anda...lepas tu letak la ape2 topping kegemaran. harga base on berat. kihkih. baru la betul2 healthy kan. da la super kenyang....berkhasiat giler. u can kiss goodbye to all shake meal segala tu la. please makan real food bley tak? bukan serbuk2 yg diproses tu. hihih..tetiba plak.

ok la...mcm2 idea nk buat ni. lepas ni nk try letak topping berupa sambal. sambal bilis, sardin, tempe. hmm... kalo da tekak melayu tu.. mmg nk try gak masuk elemen2 sambal. wakakaka. korang yg baca ni, sila try ok! pastu share kt blog...lepas ni leh i tiru flavor korang plak. kihkihkih. 

pagi2..mkn satu jar ni (1/3cup oats je pon) da cukup kenyang smpai tgh hari. rasa happy jerrr..perut kenyang mkn benda sedap...tapi sungguh healthy. cer kalo perut kenyang mkn nasi lemak...tp hati tak tenang... sbb da mkn nasi lemak kot?? bnyk tu kalori. hahahaha. kang tgh hari mula la nk catu2 nasi...amik sayur bnyk2 konon nak cover nasi lemak pg tadi. ekekeke. bottom line is.. BE CREATIVE! oats yg asalnya tak sedap.. kembang tekak nk telan...leh jadi supper nyummy weih! please try ok. tapi tak yah mkn bnyk2..nnt leh muak jugak. makan sekadar perlu je ok. 

ps: nnt nak beli jar tinggi sket..leh la i layer2 kan oats tu ngan topping cantik2. hihihi. cakes in a jar is soo outdated... now ni.. OATS in a JAR plak. kihkihkih. 


Tuesday, 22 April 2014

Supper Set Meal

Minggu ni I keje mlm... maka....bila keje shift malam ni, rasa mcm kurang kasih syg sket. bila break, haruslah luangkn masa bersama suami tercinta.. hikhik... either I blk rumah golek2...ataupon we have dinner or supper outside. so, mlm td I da dinner before pegi keje...then around kul 10.30mlm rasa waktu yg sesuai utk pegi break. 

Rasa mcm nk mkn something light... tp malas nk lepak kt kedai. Dlm kepala otak da 50-50...nak kuar pegi mkn kt oldtown, atau blk rumah je. tp dok terfikir2 set supper yg murah dan best kt oldtown tu. Peanut butter toast with enriched hot chocolate! Wow.. 

Oleh itu....singgah kedai beli roti gardenia...and terus blk rumah. smpai je rumah...terus tungtang2 kt dapur... 


Taraaaaaa... my homemade supper set meal at home
Toast with peanut butter + nutella
Enriched hot chocolate.
Supper nyummyyyy...berganda sedap dr oldtown tu. Hahahah. 

Roti bakar tu mcm biasa je...bakar dulu roti...then sapu peanut butter sebanyak mungkin! roti lg sebelah sapu nutella nipis je...

My version of hot chocolate...
1/4cup of milo
1/4cup of cocoa powder
1tbs brown sugar
1cup or less of hot water

Kacau2 smpai sebati... the taste da ada iras2 dengan enriched chocolate dari oldtown white coffee tu. hahahhaha... nyum2. i'm a hard fan of their chocolate drink kot! Very rich and pekat...tapi tak manis sgt. heavenn. Lepas ni bley buat sendiri je...



Sent from my BlackBerry 10 smartphone.

Wednesday, 26 February 2014

Post Anniversary cake

Pergh...lama sungguh entry ni tertangguh. 
hampir seminggu... hihihihi. tp kek ni baru je buat last week. 
patutnya...i buat kek ni masa hari anniversary - 15hb tu...kebetulan mak mertua ada buat aktiviti makan2. 
tapi malangnya...sehari sebelum tu......bnykkk sgt kejadian yg tak diingini berlaku..maka...tak terbuat la kek marveles ini. last week hari rabu baru sempat nk buat kek yg super sedap ni.


Devil's Food Cake with White Chocolate Raspberry Cream Cheese frosting 
top with Chocolate Sour Cream frosting. Tidak dilupakan fresh raspberry.

lama jugak fikir dan google dan research...nk buat kek ape yg sesuai utk our special day ni. 
base kek mmg da tetap nk buat Devil's Food Cake, sbb mmg sedap sgt2. tapi untuk filling, i nak cari something less sweet yg bley balancekan rasa kek tu.i tanak frosting yg biasa buttercream, atau swiss meringue buttercream. pendek kata...i tanak butter dan gula menjadi bahan utama utk frosting i tu. 

I pilih raspberry....sbb rasa, buah ni mmg sesuai ngn tema kek ni...utk romantic effect. kihkihkih..
Chocolate topping atas tu..masih lg tak bape puas hati..i tak dpt cari kombinasi terbaik utk coklat atas tu.



White Chocolate Raspberry Cream Cheese frosting
sedappp gilo! hahahaha... mmg rasa nk jilat smpai licin...(lps pic ni diambil, mmg licin mangkuk tu i kerjakan)
sambil pukul frosting ni, sambil dok calit2 masuk dlm mulut i. hahahaha... tak tau nk ckp mcm mana...tp mmg i suker.

Resepi asal dari SINI
tapi i da olah sket..ikut tekak sendiri.

White Chocolate Raspberry Cream Cheese frosting
Bahan2:
1 buku cream cheese - 250gm (suhu bilik)
3sb butter - suhu bilik
200gm white chocolate (dicairkn dan biar pada suhu bilik)
sedikit esen vanila
5biji raspberry yg di hancurkan (lenyek2 guna garfu je)
3sb jem perisa raspberry
1sb strawberry emulco (utk dapatkan warna pink dan rasa berry sket)
2 sb icing sugar.

-pukul cream cheese smpai kembang. masukkan white chocolate yg da dicairkan. masukkan butter, and bahan2 yg lain..pukul sampai jadi sedap. then simpan dlm peti ais kejap.
-hati2 cairkan white chocolate tu.......coklat putih sgt sensitif...guna kaedah double boil, guna api pelan je, air tu biar simmer/meruap je..jangan smpai air tu mendidih..nnt rosak coklat tu. nk selamat, didihkan air dulu...then tutup api..then baru letak mangkuk berisi coklat atas kuali tu..make sure wap air tak menitik masuk dlm coklat tu. haishh..pendek kata..sila la study dulu cara2 utk cairkn coklat putih ye. kalo tak..sia2 je rosak nanti.



kek coklat yg telah dibelah 2.....
taburkan raspberry...then letak la white choc frosting tu...
pic atas tu i nak try utk pipe bulat gitu..nak bajet bape bnyk i nk kena guna nanti..



comot betul...nmpk sgt amatur lagi. muehehehehehe
Chocolate topping tu, i guna resepi lain. not highly recomended...da tak jumpa mana link tu...cpt sgt beku coklat tu..
tapi  next time i nak cuba resepi dari SINI pulak..
macam best jer... mungkin bley gantikan butter dgn cream cheese. hahaha...
anti betul i ngan butter. tak tau la nape. 



tak sabar2 da nk potong. comot2..sbb kek tak bape nk set lagi. lom cukup sejuk



ni gambar baru2 ni....bila kek sejuk, then potong...baru la dpt keratan rentas yg sgt smooth gini.
bila da terbuat lambat kek ni...pening gak nk habiskan...
hantar kesana sini skit, hantar rumah mak  mertua, ke rumah abg i..
yg lain...mmg masuk mulut we all je la.. 

So happy with the outcome....my husband yg tak suka mkn benda manis pon...dia leh mkn kek ni, sbb addicted ngan cream cheese frosting tu. sbb rasa dia masam2...then bley balancekn dgn rasa manis coklat etc. just tak puas hati ngan topping atas tu je la...i terguna milk chocolate instead of dark chocolate. 

lepas ni, no more milk chocolate for me. manis sgt la...leh potong kaki wooo.





selfie during our buffet lunch. :D

Tuesday, 28 January 2014

Warming Up


Eh..tetiba rasa lama plak tak update blog. 
huhuhu... since cuti Wesak 2 minggu lepas......husband and I balik kampung i kt perak. 
lepas je balik kampung....i ada training 3 hari..... lps tu...ok..tak ingt da i buat ape minggu lepas. huhu

minggu ni i keje malam... counting days "two more night"....bz juga minggu ni...dgn mode berangan tak habis2....dengan nk complete training sana sini... tp pagi ni gigihkan diri update secara express.

Ok... ni dinner mlm tadi. semalam i terbangun kul 2ptg....lepas tu siapkn online training...then da tak tido smpai pagi ni. so, decide nk masak something comfort.....

Peria goreng with telur  ----masa beli groceries...tetiba nmpk peria ni. trus tertelan air liur. 
Ikan kedera/belanak/mullet fish goreng ----ni stok dari kampung...beli 3kg fresh dari jeti nelayan. sekilo rm4 jer.
Ikan Terubuk masin serawak ----kirim kat jiran yg pegi ke serawak. da hampir seminggu..baru la  hegeh nk masak.
Sambal Penyet ala2 wong solo ----wajib ada stok...kalo tak..kurang selera mkn nasi. hahaha

simple2 jer..tak de kuah pon...tapi tak sedar asyik nak tambah nasi jer...parah gini. 

Peria goreng:
belah 2 peria...buang biji tengah... hiris nipis. then rendam dalam air garam 30min.
tumbuk bawang merah, bwg putih, cili merah/padi, sedikit ikan bilis, sedikit udang kering
panaskn minyak...goreng peria dulu smpai kecut....then masukkan rencah yg da tumbuk tu...
bila rencah da garing.....masukkn sebiji telur...then gaul rata. da masak leh tutup api. 
i suka peria yg di hiris nipis je...and kalau boleh...goreng peria tu smpai garing dulu..ala2 kedai mamak tu. nyum2.

Ikan Terubuk Masin Serawak:
Potong kecik...basuh bersih, buang garam segala..then rendam dlm air utk kurangkn rasa masin. 
goreng dlm minyak panas hingga garing. then toskan.
goreng hirisan bawang besar and cili padi... da layu, bley la gaul dgn ikan terubuk tu. 
lastly..jgn lupa perahkan limau kasturi - ni adalah kemuncak kesedapan ikan terubuk masin. huhuhuhhu

Sambal Ayam Penyet ala2 wong solo:
semangkuk cili padi merah, 1 stgh labu bwg putih, garam dan ajinamoto.
tumbuk kasar cili dan bwg putih. bwg putih kena letak bnyk...baru ngamcam rasa dia..
panaskan 2-3 senduk minyak masak....then masak cili tu dlm 20min dgn guna api perlahan. 


ok..tu je la nk share hari ni. ada banyak citer lg...tapi alahai..mls bebenar nk menaip mengarang ayat. 
mood skarang dok blog walking jer.. huhuhu

Wednesday, 15 January 2014

Fried Mars

My version of Fried Mars

after several attempt.....akhirnya berjaya jugak.
nyum2... rasa sungguh marveles... sbb mars bar tu mcm cair and lembut... mkn plak ngn kerak2 tepung tepi tu..so, bley potong rasa manis mars bar tu. 

utk batter...i guna je bancuhan tepung Fish and Chip tu. cuma..i tambah lagi tepung bagi pekat lg. 
Mars bar..i bekukan dulu dalam freezer. panaskn minyak..guna api kecik jer....
keluarkn mars bar dari peti ais..terus salut dlm bancuhan tepung..and goreng. rajin balikkan dlm kuali...agak2 kuning da bley angkat. 

wednesday blues betul la...last day keje hari ni..tp mmg malasssssss sgt nk buat keje. takde mood. 


tetiba rasa nk try goreng twix ni plak. 
this is my fav choc masa pegi UK dulu. tak tahu la pesal addicted sgt.. maybe sbb cuaca sejuk kt sana kot. 
bila balik malaysia... da tak teringin langsung nk mkn twix ni. 
love the choc, caramel and finger biscuit inside! - actually twix ni dari Mars jugak. hoho

Monday, 13 January 2014

Fish and Chip

Monday blues??
muehehe...i langsung tak perasan hari...public holiday hari selasa and jumaat ni pon bley tak perasan.
lost tract hari dan tarikh... cuma dok ingat...tarikh gaji je tetiap bulan. huhuhu.

Anyway...lately ni teringat nk mkn Fish and Chip buatan sendiri.
kalo dulu2....selalu makan di The Mahanttan Fish Market jer. 
tapi sejak da naik harga..tambahan pulak...kualiti makanan tak sesedap dulu....mmg da lama tak jejak kaki kesana. but still.....dok terbayang lagi Fish and chip depa...

Oleh sebab i da terbiasa dgn Fish and Chip kt sana...so, i prefer ikan i disaluti batter biasa je. without any breadcrumb or whatsoever. kat sana di hidangkn dengan sor tartar yg lazat....sedikit cair tapi sedap.

kalo google resepi dari malaysia..mostly Fish and chip da jadi mutan....bersalut breadcrumb or even worst salut dgn conrflake. huhuhu... tekak i kurang gemar sket...rasa mcm kurang kena plak. so, gigih google dari resepi oversea... mostly utk dptkn batter yg sedap, rangup dan ada poket angin...kena letak beer. selepas pelbagai rujukan...i come out with my own recipe and twist. 

my own Fish and Chip
Pucat lesi...takdan nak tunggu golden brown ke ape...asal boleh je ni..sbb da lapar sgt.

Bahan2:
Ikan dory frozen - dibiarkn hingga lembut, potong ikut size bersesuaian.
1 cwn tepung gandum
1sb tepung jagung
air sejuk secukupnya.
secubit soda bicarbonate.
2sb apple cider vineger.

-- bancuh tepung, kena pekat sket baru batter  boleh berpalut dgn ikan. Tak payah letak ape2 seasoning atau garam. ikan dory tu, keringkn dulu, lap dgn tisu... supaya tak de air berlebihan dlm ikan tu. bancuhan tepung kena sejuk.....simpan dlm peti ais sekejap pon bley.

- minyak kena betul2 panas, baru dpt ikan yg garing dan rangup. kegunaan soda bicarbonate + apple cider vineger tu, akan create buble dlm bancuhan tepung..so that ikan anda akan ada poket mcm mkn kt fish manhattan tu. 

Sos Tartar homemade my style:
4sb mayonis
2sb plain yogurt/sour cream
1sb mustard sos
1sb lemon jus
1sb kucai yg dicincang halus.
---campurkan kesemua bahan sehingga sebati. 

Fries:
beli yg frozen sudaaa.....tak perlu rajin sgt nk buat fries from scratch. hohohohoh.

So......gitu la resepi sendiri. tak bley nk guna beer...kita ganti je dgn soda bicarb + apple cider. sama juga effectnye. mmg tak perlu letak ape2 seasoning...sbb ikan dory frozen tu da masin ye. kalo nk perap dgn garam,lemon and other seasoning takut muak and over pulak. seriously..puas hati dgn outcome smlm... rangup and juicy mcm kt Fish Manhattan tu. tapi ada extra mark..sbb i mkn semalam langsung tak muak..sbb slalu mkn kt kedai..rasa muak sket..maybe sbb over seasoning kot. mlm ni nk buat lagi laaa...

wondering what is this? 
This is called Fried Mars

muahaha..kita ada pisang goreng..tp matsaleh kt scotland ada Mars goreng. 
Semalam i try buat...tapi tak jadi..sbb mars bar tak cukup sejuk. maka...tepung tak sempat rangup da terpaksa angkat..kalo tak..abis cair mars tu dlm minyak panas. muahaha..

mlm ni nk smbung lg eksperimen mars goreng ni. semalam da simpan siap2 mars kt bahagian sejuk beku. kehkehkeh... 


Ps: ada satu link yg i rujuk utk create batter ikan tu.. bley refer SINI untuk rujukan.
- i dont think ikan ni bley goreng dlm Philip Airfryer.... tapi kalo sape2 ada air fryer tak salah cuba. sbb batter ni buat sendiri...lain la kalo goreng ikan yg da siap bersalut dan di frozenkan. tapi kalo homemade gini....nak tak nak..kena jugak goreng dlm minyak panas. 




Saturday, 11 January 2014

So they call it the Devil

kena update cepat2 resepi yg sedap ni. 
kang nanti kalo lupa..tersangatlah rugi. huhii... 

I am number one fan of Choc Cake... tak kisah la jenis ape sekalipon. 
kalo nk instanly fix my craving...bley beli Anis Choc Moist Cake sebekas rm5 tu. 
itu pon da sedap.. melt in your mouth.... jgn tak tau.. anis tu da jadi jutawan. tp dia tak lokek share resepi sumber pendapatan dia. bley refer SINI

I penah buat ikut resepi anis..tp tak bape nk menjadi sgt. mungkin salah teknik, or kelam kabut masa tu. 
so, terasa frust skit sbb tak dpt outcome sesedap yg  dibeli. 

Malam tadi...dapat jemputan dari jiran setaman... since we all nak buat kitchen cabinet, dia jemput we all dtg rumah diorg utk amik idea. kehkehkeh.. so, jenuh i fikir..nak masak ape utk bawa sebagai buah tangan. segan jugak pegi rumah org tangan kosong. 


Selalu tgk masterchef ke ape.. kalo pertandingan buat kek....ramai akan pilih buat Devil's Choc Cake ni.. 
pastu..dok dengar komen dari judges tu... tertelan air liur tgk judges tu merasa kek coklat ni. 

so... i follow resepi dari Nigella Lawson
The outcome is... tersangat lah awesome! sedap gilaa... terus lupa kesedapan Anic Choc Moist tu. kehkehkeh. 

Devil's Choc Cake ni, lagi padat dan rich. texture yg sgt lembut. nyum! mmg puas makan kek ni..sbb rasa padat. cuma bab frosting tu i failed sket. tapi this recipe cake is a keeper!

Bahan2:
1/2 cwn serbuk koko
1/2 cwn brown sugar
1 cwn air panas mendidih
---ketiga2 bahan dicampur sekali. kacau sehingga semua bahan larut dan ketepikan. 

125gm (setengah buku) butter
3/4 castor sugar
----di pukul sehingga sebati, ringan dan mengembang

2 biji telur
2 teaspoon vanila. 
1 1/2 cwn tepung gandum
1/2 teaspoon baking powder
1/2 teaspoon soda bicarbonat

-----satukan bahan2 kering spt tepung, soda bicarbonat, baking powder. ayak terlebih dahulu. 
- setelah adunan butter mengembang...masukkan sebiji telur, dan terus pukul. then..masukkan separuh bahan kering dan kacau hingga sebati. 
- masukkan lg sebiji telur di ikuti dgn tepung sehingga habis. 
- akhir sekali...masukkan larutan serbuk koko dan gaul sebati. 
- bakar selama 30-40min pada suhu 180C

=====================================================================

utk frosting... i akan cuba resepi lain. 
-sesuai guna dark chocolate yg dicairkan didalam cream panas. next time nk cuba guna frosting lain..instead guna resepi frosting nigella ni. tak bape nk menjadi sgt. rasa mcm terlalu manis plak. huhuhu

=======



Wednesday, 13 November 2013

Bersteamboat di rumah

akibat mkn steamboat yg tak sedap masa pegi penang ari tu...
bila blk kl...kempunan lg nk mkn steamboat dkt downtown mines....
nak pegi seoul garden mcm overated plak.. 
jadi...marilah google cari resepi. kihkih


nah..guna periuk nasi sudeyy.......resepi air rebusan tu:
i didihkan air seperiuk, then masukkn segala kulit+kepala udang (berzaman simpan dlm peti ais), masukkn kaki ayam, tulang ayam. sebiji kiub ayam, 4 ulas bwg putih diketuk, 1inci halia, garam sket. bila nk guna, baru i transfer masuk dlm periuk nasi ni.



ada udang galah gomok...bw blk dari kampung. muehehe.. my mom order dari jiran, khas utk menantu kesayangan dia yg nk mkn udang galah. dpt hidup2 lg... celup2 dlm steambot ni, manis betul isi dia.

Bahan utama utk cicah2..haruslah sos ala2 Thai Johnny's...
kehkeh..walaupon i tak penah mkn kt johnny's....tp buat juga sedaya upaya.
Inspired dari Blogger ni.

bahan2:
4 biji cili merah (besar) + 6biji cili padi (merah/hijau)
4 ulas bwg putih
5sb minyak bijan
5sb cuka epal
5sb sos ikan
2sb sos tiram
1sb kicap manis
1/2cwn air
1/2sb sunquick oren
1sk madu
garam
bijan yg disangai + daun ketumbar.

blender cili dan bwg putih dgn 1/2 cwn air. didihkan atas pan..then masukkn sume bahan2 lain, kecuali bijan and daun ketumbar. masak api slow je... smpai pekat. resepi asal letak tepung jagung..tp i tak letak pon...sbb sos da jadi pekat. resepi asal pon tak de madu..tp i pepandai tambah sendiri..da kata nk ikut tekak sendiri kan? hihihi.. next time i akan kurangkn sukatan cuka tu.. sbb terasa menyengat sgt la.... so, tips dari i... masukkn skit2 semua bahan tu.. hihi..jgn excited sgt masukkn 5sb sekali gus. 

banyak2 sos utk steamboat...i prefer sos thai lg. jgn tak tau..steamboat pon ada bnyk jenis, korean style la, japanese style la..ada yg cicah ngn kuah kacang... etc. ikut la selera masing2.


sayur yg we all sukaaa.. hahaha
sawi, kangkung, enoki mushroom, button mushrrom, BENDI, conet jagung. hihihi


nah....barisan pelakon utama... nyum2. 


tudiaa... jemput makan.. hihihi
i suke mkn sekali dgn sup. slurrrpppp....

now, i nak share plak kt mana i beli segala bebola seafood. 
slalu org dok share pasal resepi je..tp tak share kt mana nk beli bahan2 lain..
kihkih.. sebenarnya..bley je nak beli kt pasaraya besar mcm giant, tesco, carefour. hahaha
ada....bukan tak de...kalo kt giant tu, siap bley campur mcm2 lg..kira timbang. hihihi

tp i nak yg betul2 mcm steamboat cucuk2 tu.. 
ada pelbagai jenis bebola, fishcake...and lain2 lagi. kihkihkih...
maka.................i sanggup pegi kajang 2 kali. muahaha
1st pegi hari ahad, tutup. 
Pagi isnin lepas bfast dgn laki...gigih pegi kajang lagi tau...


nindiaaa.. kedai frozen kat kajang. betul2 dpn pasar besar kajang.
dia terletak kt area bank islam tu. alaa...pekan kajang kecik je.. sng nak cari. 
ada lg kedai frozen lain... bersepah kt kjg. tempat lain pon ada..pepandai la google yer..


rambang mata uolss... rasa nk beli semua.. boley?
setiap paket harga dlm rm5-rm7 je.. murah... da la bnyk.. dlm 500gm sepaket.


nyummy2.... kalo la Mr. Tobishi kt rumah tu besar... da berpaket2 i angkut. kehkehkeh.


hihi.. sempat rembat 4 paket + crabstick sepaket. baru rm30 tunaiiiiii
yg four colour roll tu best (kiri)..... dia panjang...nnt potong 1inci. dlm tu ada seaweed. 
tips utk makan steamboat tepi jln mcm kt downtown tu, sila rasa four colour roll ni dulu ye... sbb kalo yg ni rasa masam, means bebola lain pon kemungkinan masam juga. benda ni cpt rosak sket..sbb dlm tu ada seaweed and crabstick. 

5in1 steamboat choice (kanan)...ni bebola campur. besttt.. beli ni je pon da cukup sebenarnye... mcm2 jenis ada dlm tu. 


crab ball and seafood ball... mmg tak bley lepaskn peluang...

puas sgt makan..
da la fresh.. bnyk lebih lagi....
bley ulang buat 5-6kali. hohohohoho.

was2 juga nk pilih..ada bnyk brand..
tapi i pilih brand Fusipim and Figo jer...
bley la terjah website diorg...tgk bebola ape lg yg diorg ada.
jangan sebarang beli..takut tak halal plak.. penah baca news yg org spread kt fb tu..ada bebola yg tak halal.. grrrr....rasanya yg tak halal tu, import dati thailand.
kihkihkihkih... harap dpt membantu org cerewet mcm i ni, kt mana nk cari bebola sedap mcm steamboat tepi jalan or bebola mcm yong tau fu yg dok jual kt pasar malam tu. hihihi. 

malas nk belek kt pasaraya besar... kang asyik la mata nmpk benda lain jer.. nugget la, fries la, ayam goreng la.. ICE CREAM la... muehehhehe

Saturday, 9 November 2013

Pancake McD

wah... mlm ni tetiba kena kerja plak.
ada emergency change....
tp tak pe... sementara bosan tggu dlm conference call....bley la update blog.
Smlm sebelum tido..da terfikir2 nk masak ape utk breakfast. 
My husband adalah morning person...yg perlukn breakfast setiap pg..
bukan mcm bini dia ni... tak mkn smpai petang pon tak de hal.....

Tetiba teringin nk mkn pancake.... yg gebu mcm McD tu...
perghh.... kalo sekali mkn pancake@hotcakes kt McD tu...tak bley tido mlm..asyik teringat je kesedapan dan ke gebuan pancake diorg..
gigih google resepi sebelum tido...

nyum2.....hotcakes kt McDonald... i'm lovin' it!


Ini plak pancake versi I. sama ok! haahha. lg sedap dari McD. kihkihkihkih.

Resepi:
1cwn tepung naik sendiri (self-rising flour) - diayak
1 biji telur
1 cwn susu segar
2sb minyak sayur
1st esen vanila.

cara2: pukul semua bahan cecair. bila da sebati..bley tuang dlm tepung... kacau adunan tepung tu kejap smpai sebati...tak payah lama2 ok. kalo ada berketul biji2 kecik tu..x per. panaskn non-stick pan....then leh la tuang 3-4sudu adunan. bila nmpk berlubang2..da bley terbalikkn.

i tak beli tepung pancake...so, guna je tepung naik sendiri.
rahsia utk dpt pancake yg gebu...jangan over mix tepung and bahan cecair. i kacau dgn whisk smpai sebati...dlm 30saat. then..terus masak pancake cepat2. mkn ngan madu.. sangat nyum2. si laki tak habis2 puji bini dia. muahahah... blk keje jap lg nk buat lg la... kehkehkeh.


Menu utk lunch.

blur..tak tau ape nk masak utk lunch. 
stok sayur and rencah tak  bape ada..da lama tak pegi pasar/tesco/carrefour.
tapi barang2 basah mcm sotong,ayam,ikan kebung, pari, udang sume penuh dlm peti ais.
si laki request grill je. ok... sng je. nasib la ada baki2 tomato, serai/halia/kunyit dlm peti ais..
sotong and kembung bakar cicah with air asam. 
berselera laki bini makan..walaupon mkn ngn nasi perang. kihkih.. bertambah2 ok mkn ngn beras perang..
org ckp beras perang tak sedap la ape...tp kami laki bini lantak mcm  biasa gak. sekurang2 nya tak rasa bersalah mkn nasi bnyk2. kehkeh.

rencah ikan bakar:
2 btg serai, 1inci kunyit, 1inci halia, 2 ulas bwg kecik, 2 ulas bwg putih, garam, sedikit cili padi, 2sb cili kisar. 
-tumbuk semua bahan..then perap dgn ikan/sotong kejap bg sebati. nasi nk dekat masak.. bley la bakar ikan kejap.