Showing posts with label Cinta Hati. Show all posts
Showing posts with label Cinta Hati. Show all posts

Monday, 7 December 2015

Happy Birthday Tuan Tanah Kedaung

Hari tu update pasal birthday si suami, 
Kali ni update pasal birthday bini plak.. baru adil gitu. 
A small celebration at Shell Out.

Teaching a 8 months old baby about table manners. 


nasib baik bayi ni sangat behave.......dapat la mama and baba makan dengan aman. tenkiu syg!



Hellooo...goddess seafood!

Sungguh la nyummy, I was wondering, how the taste of the sauce, and the crawfish for a long time.
Tambah pulak abang I bg review, yang sauce curry curry dia rare. rasa lain dari yang lain. not typical curry biasa. ngehngeh. So, Mr. N tanya nak dinner mana for my birthday, terus bgtau cpt2 nak g Shell Out! 14 Nov adalah hari sabtu. lepas maghrib baru kuar rumah. dengan sesat barat sbb ikut waze yg diset elak toll! apekahhh.....kul 8.30 kot baru smpai kedai. beratur panjang ok, tapi takpe, amik number dulu, then diorg mmg ada sediakan kerusi kat luar kedai. I tunggu dalam kete je, sbb baby tido.dalam 9.15 kot baru la we all dapat table. tanpa membuang masa, terus order:

500gm king prawn - rm55.90 (garlic butter sauce)
500gm crawfish - rm50.90 (shell bang sauce)
500gm clam - rm26.90 (curry curry sauce)
700gm crab (sekor) - shell bang sauce. harga tak ingat da. 

tudiaa...hahaha..tak habis ye makan semua tu. jadi kami tapau utk makan kt umah! 
betul2 melantak ni. kalo blur tak tau nk order ape, or tak tau nak amik sauce ape, waiter kat sana sgt membantu ok!
Seriously, sos shell bang dia super sedap!. i try nak replicate, tapi tak bape nak sama. suka gila sos dalam crawfish tu...sbb banyak. tapi masin sket. mula2 tak order lala, tapi sbb teringin nak rasa sos curry curry dia, waiter tu ckp, sauce tu sesuai utk lala atau sotong. maka, terpaksa la order lala sekali. tp puas hati, sbb isi lala dia gemok gedempol. hahahalalallalalala. hihi

oh, yang ketam tu pon, waiter tu akan bgtau size bape gram yang ada. and bape ekor dia recommend, depends bape org dtg makan. sumpah sedap gilo ketam tu. juicy and manis isi dia. 

Crawfish tu, kepala dia mcm lobster/udang galah. siap ada pengepit ok! badan dia kulit berketak2 macam udang lipan/udang ketak tu. weihh..susah gila ah nak kopek! berduri2 kulit dia, da la keras...mmg bley cedera tau makan menatang ni. tapi teringin punye pasal kan. isi dia plak kecikkkkkkkk jer. tapi sedapp! manis. huhuhu. bibir i mmg habis luka calar balar sbb kena duri kt sepit dia tu. huhuhuhu

oh pls jangan order potato salad dia! penuh mayonis je. tak sedap langsung. nyesal sungguh order side dish yang tu. hahaha

air roselle dia terbaik!!! krup krap makan bunga roselle sekali. 
Burp...Alhamdulillah. TQ husband!


perut kenyang senang hati, mari selfie anak beranak.


ps: soon they will open new outlet kat shah alam!!!

Friday, 20 November 2015

Happy Birthday Husband!

Da 2 bulan baru nak update pasal birthday suprise untuk husband.. hehehe
First year of marriage dulu I gigih masak macam2..and plan everything dinner kat rumah. hihihi..and already share the story in this blog.

Tahun lepas...i ada bombastic plan..kononnya nak masak live lobster. gigih okey beli lobster hidup, balik rumah simpan dalam peti ais. but i'm too chicken nak handle sendiri lobster tu. arrrr...geli ok! wakakaka......after few days kept him in the chiller, rasanya dia mati kot. i just baked a week after husband's birthday...and the story never reveal in blog! muehehehe. but one day i must share jugak the story..gambar semua ada je. hihi..eh, even pengepit lobster yg besar gabak pon still ada lg dlm freeze tau! ahahaha..

Well, this year..da tak mampu nk plan masak surprise macam2. rasa mcm nak surprise something else pulak. nak try bawak pegi dinner tempat yang special. nak romantic2 berdua. kihkih. masa bulan September tu kan negara kita tengah hebat di landa jerebu. and the same time...tengah famous yang Dinner in the Sky kat KL tu... wow..macam best jerr...tapi bila tengok harga...gulp.. rm500 per person kot. ok...no tenkiu...lagipon tengah haze kott....then i keep google..cari tempat lain yg adventure/romantic/rare sket. Finally, i decide nak try Dining in the Dark KL! price agak reasonable la jugak...takde la mencekik sgt kan.


Here we are. after dinner.


ok, let me share our experience yer..
  • i do last minit booking (call reservation). fuhhh..nasib baik still ada seat. i pilih slot 8.30mlm. sepatutnya kalo buat online booking, bley dapat 14% discount tau.
  • Restoran ni terletak di Jalan Changkat Bukit Bintang. guess what,, jalan tu penuh dengan pub yer. hahahaha... we all macam, what the hell??? Mr. N lagi la terkejut..sbb dia memang betul2 clueless la pasal plan i ni. dia siap ajak pi klcc je, mkn steak kt Chili's pon boleh la. (sbb dia ingt i nak bawak dia mkn kat pub2 di situ) huhii... sila la guna waze..memang dia bawak ke jalan benar. parking kete, pilih je kt private parking kat celah2 bangunan tu. (btw, baby qarl i tinggal dengan adik i kat rumah)
  • We all jalan kaki sepanjang Pub, and trying hard cari kedai Dining in the Dark. fuhh..nasib baik la jumpa... hahaha..kecik je ye restoran dia. restoran dia tingkat 1 shop lot kedai, so, kat bawah tu just ada banner dia je.
  • bila smpai je, baru la husband i tahu kat mana bini dia bawa makan. huhu..first masuk je dalam restoran ni,, ada macam lobby. suram giler ok lobi dia! malap sungguh lampu dia. haiishhh..sangat la tak selesa, sbb i seorang yang suka restoran terang2. muahahaha..
  • kena datang awal ye, at least 30min sebelum slot yang di pilih, sebab ada icebreaking session. kat lobi tu, kami duduk kat sofa, and ada meja. atas meja tu ada few games...ada tin yang berisi beras + paper clip kot...and ada sekali blindfold. so, bley tutup mata dengan blindfold tu, then u seluk tangan dalam tin tu, cari paper clip. hihihi..its all about sense.
  • waitress akan serve sorang segelas jus untuk kami...then, kena teka 4 ingredient dalam jus tu! fuh..nasib baik dapat teka dengan betul. hihihihihi.
  • then...dia bawa lagi game lain...macam big block puzzle. ala...macam wooden toys budak2..suai padan wooden block ikut bentuk masing2. hihihi...dengan syarat, kena tutup mata juga! kena familiar with shape..ni semua penting ye sebelum di bawa masuk ke ruang makan.
  • da tiba masa untuk makan. kami kena beratur kat luar pintu gambar kt atas tu ye. beratur lurus, macam budak skolah rendah....tangan siap naik atas bahu orang depan. one line yer. hihihi
  • ada waitress yang akan guide kami masuk dalam tu. mata tak perlu tutup dengan ape2 pon. buka luas2 je mata kita. 
  • lepas je masuk pintu tu..dia ada macam ada curtain, kena lalu celah2 curtain..makin lama makin gelap... memang tak nampak ape2 ok. gelap gulita!and guess what, my husband is claustrophobia! OMG....ni betul2 surprise giler ni! dia memang surrender ok...dia tak mampu nak teruskan perjalanan lagi. dia macam nak kena heart attack gitu, tetiba je macam panic. we didnt even reach at our table pon! sob..sob...
  • so, we all di escort keluar.......... terus i rasa mcm, damn...what have i done? wuwuwuw... so, bila kat lobi luar, the restoran owner come to us, and asking why. huhu..as expected, ada je org lain pon phobia tempat gelap. they all suggest utk Mr. N pakai blindfold. so, boleh kurangkan sket gemuruh, sebab, tutup mata siap2 kan. 
  • then, we try again...lepas berlapis2 curtain kami lalui, then tadaaaaa....smpai ruang makan..memang bley rasa tempat tu luas, sbb bley dengar org lain pon tengah makan kelentung kelentang...plus, dengan bau food yang sungguh enak... hmm...besttt.
  • so, we all di bawa ke table for 2. kecik je table tu...memang bley capai tangan Mr. N kat depan..leh gengam2 ye tangan. and the waiter explain to us kat mana sudu garfu, kat mana cawan etc. hihihi
  • i order air mineral, then waiter tu tuangkan dalam gelas atas meja. dia tanya kat i, mcm mana nak tahu gelas tu da penuh ke tak? then i ckp, dengan dengar bunyi air tu penuh. see..tak de la susah sangat pon. i trust him tuang air dalam gelas ye, sbb dia pon sebenarnya buta. real blind men ye. in fact, semua waitress/waiter dia adalah OKU yang buta.
  • first course kami adalah appetiser. ada 4 jenis. dihidangkan dalam mangkuk kecik2 pelbagai bentuk. sebijik macam game yang kami main kat lobi tu ye. so, sambil teraba2...leh angkat mangkuk kecik2 tu, then guna la ape cara sekalipon untuk masukkan makanan dalam mulut ye. damnn..lupa da menu ape yang we all makan. hihii...so, this is really fun...sbb we have to guess makanan ape yang we all masukkan dalam mulut. hihi
  • arr..dont worry, waiter tu akan suggest nak makan yang mana dulu. dia akan bgtau start makan dengan dish blah kanan, then ikut arah jam. ye, kadang2 susunan makanan tu mcm bentuk bulat. 
  • lepas appetiser, dia hidangkan soup. ada2 jenis soup...dihidangkan dalam gelas kecik je... walaupon skit je soup tu, tp sungguh bermakna..sebab kita mkn dalam gelap kan. kena rasa betul2 then teka ada ingredient ape dalam tu. 
  • then, diikuti dengan 3 jenis main course. ni super duper delicious. damnnn...i still remember vividly macam mana rasa shell pasta dia yang super creamy to. memang enjoy every bite of it! main dish dia complete, ada ayam, daging, ada ikan! eee..best sgt.
  • last skali kami dihidangkan dengan 5 jenis dessert. nyum! ada satu plate tu, rasa manis gila. rasa macam makan gula! betul2 manis, sampai i tak dapat teka, dessert jenis ape yg i tengah telan ni. kalo setakat, ice cream, cheesecake, or puding...memang tahu sangat la..walaupon mkn dalam gelap kan. tp yg part macam gula ni, i betul2 clueless ok.
  • habis je makan..memang terasa full gile. we all rilex a bit. masa ni Mr. N da buka blindfold dia. dia da bley adapt ngn suasana gelap. seating dia mengadap belah camera infrared. so, dia nmpk red dot kat siling, lampu camera tu. tu dia da rasa relief sgt. so, waiter tu pon bgtau..mmg dia sengaja place my husband seating tu, sbb husband i phobia ngan tempat gelap.
  • sepanjang we all makan, memang dengar, waiter dok ulang alik jalan belakang and tepi kitaorg. kekadang dengar diorg bersiul or tepuk tangan, sbb nak alert waiter lain supaya tak berlanggar. 
  • bila da settle semua, we all pon diiring keluar. keluar je dari pintu kt atas tu..rasa mcm lega gila. dapat jumpa lampu malap tu pon rasa macam da terang habis la. (baru la i tahu nape lampu lobby dia malap nak mampus) kiranya, lampu lobby tu sebenarnya, yang paling cozy untuk customer yang sudah makan. hihihi
  • so, lepas kuar lobi, kami duduk balik kat sofa, then, diorg baru tunjuk menu beserta dengan gambar. baru la we all dapat confirmation ape yang we all tengah teka masa makan dalam tempat gelap tu. wuwuwuwuw.
  • and to reveal, what kind of sugar yang we all makan time dessert tu, rupanya macaroon! lerr..hahahaha...1st time la tu i rasa macaroon seumur hidup i. tak sangka ye, manis gilo, sebijik rasa mcm makan gula2. hahahahah
  • after all, memang sgt puas hati. its a lifetime experience. 
  • dalam restoran yang gelap tu....suka ati kau la nk makan mcm mana pon. nk menguap luas2 mulut ke, nk korek idung ke, i siap bersila ok atas kerusi tu! hahaha.... da tak de orang nampak kan. hihihi. tp mmg syiok ah. dok teraba2. i smpai kesudah tak jumpa sudu ok! tak sure memang depa lupa letak, or sudu i jatuh, or disorok oleh Mr. N.
  • Mr. N order juice rasanya, then dia ada nak air i. dia minta permision nak air i, i pon macam gigih berusaha nk bagi gelas i kat tangan dia. rupanya, dia da raba sendiri cari gelas i, da siap minum pon! hahaha... bley la we all survive sebenarnya kalo hilang daya penglihatan. 
  • lepas ni  bley la praktikkan skill ni kalo rumah blackout malam2. kehkehkeh.
  • and to be honest, sepanjang dalam ruang makan tu, i memang tersenyum sorang2. wakakak..padahal, tak de sape nampak pon. alangkah best nye, kalo dapat balik tengok rakaman cctv infrared tu. bley la tengok gelagat masing2 makan dalam gelap tu kan.

overall, puas hati sangat. totally worth every penny. experince yang best, and makanan yang sedap!
restoran ni takde certified halal jakim ye,so masa booking, sila strict bgtau yang no alcohol in our foods, and halal ingredient only. please request, and highlight this to them. we all sempat borak dengan owner restoran ni, dari german ke mana tah. very2 friendly guy. masa we all masuk ruang makan tu, sekali dengan chinese couple ni, datang dari singapore. akhinya, Mr. N dapat mengatasi phobia dia. huhuu..memang betul2 surprise ni. i tak tahu plak dia ada claustrophobia. poor my husband. till next birthday ya! babaii...



Thursday, 12 November 2015

Baby Qarl

Hari ni nak spam gambar anak pulak.
Wuwuwuw.... lagi seminggu je nak masuk 8bulan da. 
Perghh....cepat nye masa berlalu. 

I bagi summary je la yer..
He is very happy baby. Sangat mudah nak menjaga dia. tak banyak ragam. Masih menyusu badan sepenuhnya. Da start solid food sejak umur 6bulan. aktif meniarap pada 7bulan. tido dalam buaian kadang2 je mau tido atas katil. suka sangat mandi, bagi mandi tak penah nangis atau cranky sejak dari lahir.. penah bawak dia pegi baby spa, tapi dia nangis dalam jacuzzi baby tu. suka kerut2 kan kening. rambut dia sangat halus dan agak jarang (sah ikut gene bapak dia). kulit dia makin putih berseri2, mungkin dia ada amalkan qu puteh secretly behind my back. serasi tinggal dengan pengasuh dia. so far blom takut dekat strangers. channel baby TV adalah kegemaran dia. suka duduk dalam carseat. boleh tinggalkan dia sorang2 dalam rocker, make sure buka baby TV, boleh la mama nak berspa, masak2, hatta tido sekalipon. pemurah dengan senyuman. recently dia da tumbuh gigi! serentak 4 batang, 2atas,2bawah. seram nak oiiiii..jangan dok gigit2 plishh. 




nah....menempel dengan mama. ni masa awal2 i start keje. kalo shift malam, i wfh je, tapi baby kena menempel mcm ni. tido pon nak ada bau mama ye. masa ni blom beli lagi buaian untuk dia.


mama nak solat raya, dia bley sambung tido pulak. bagussssssssss


like father like son....bersinar2 bila nampak kepci




1st day start solid food. puree avocado.


gambar 7 bulan. 



moga terus membesar dengan sihat walafiat wahai anakanda..



Friday, 13 September 2013

Happy Birthday Dear Husband

ini lah dia big event yg dinantikan2..
2 minggu punye plan. hikhikhik...
Alhamdulillah... berjaya buat surprise for husband semalam..
Romantic dinner for 2 at home. hikhikhik


tadaa... berjaya realisasikn impian. hihihi
walaupon ada kekurangan..tak de bunga ros as centerpiece. hahaha.. meja pon kecik.. siap berangan nk letak bunga. huhuhu. ok.. padahal tak sempat nk pegi beli. 

first time sambut his birthday as a wife...mula2 ingt nk pegi dinner kt chili's je.. 
tapi bila fikir blk.. why not i masak sendiri... make our home like chili's. Lagipon tahun ni i tak beli ape2 hadiah utk dia..haha..ok, sebenarnya tak penah pon belikn hadiah birthday kt dia selama ni. kihkih.


part menu card tak bape puas hati.. sbb last minit decision nak buat menu card. so, tak prepare beli fancy paper and stationary. lepas tu nk design and print pon tak sempat da. huhuh. tak pe... guna je ape yg ader. hahaha. 


muat2 je meja ikea ni. hahaha.. betul2 meja serbaguna. hikhikhik.. tapi birthday boy duduk atas sofa.. biar bini dok atas lantai..  bila tahun entah nk beli meja makan..


Happy birthday to my darling husband
Semoga dimurahkan rezeki, dipanjangkan umur, diberi kesihatan yg baik dan dirahmati Allah.
i doakan u cepat2 dpt tukar kerja ke Cyber supaya sentiasa dekattt dgn i. lalalala~
i love u soooooooo muchhh...
 

  
The birthday cake. 
Maltesers Square! da lama sgt nk buat... baru skang dpt realisasikan impian. hahaha
padahal maltesers tu i beli masa kitaorg honeymoon dulu kt langkawi. bln 3 lepas. hihihi



Seronoknye dpt buat surprise utk dia...
1st time kenal dia 3 tahun lps.. masa tu kitaorg baru je mula nk rapat.. tetiba birthday dia... i sempt buatkn cupcake utk dia secara surprise. hikhik.. terkejut giler dia. 
Tahun lps sambut birthday dia as fiance. masa tu i culik dia kt opis and bwk pegi lunch kt chili's. kihkih.
Tahun ni buat kelainan sket.... beromantik2 kt rumah jer..
 
resepi sume i share kemudian yer?
penatttt sgt... berkuntau kt dapur 2 hari. hahaha..
blom lg penat merancang selama 2 minggu..siap checklist bagai.. google sana sini..cari perfect recipe. kihkih.
pendek kata..2 mggu i tak senang duduk.. pegi cari barang sana sini. sume buat sorok2. hikhik..