Wednesday, 4 February 2015

Ruang makan

‎Akhirnyaaaa, penantian berakhir dengan siapnya ruang makan. Asalnya ni adalah ruang courtyard (ala2 taman dalam rumah) yang bersaiz 10x10kaki. Masa sebelum kami pindah masuk, kami cuma pasang policarbonate roof je untuk halang dari hujan masuk dalam rumah. Tapi still ada saluran air hujan masuk dalam rumah. Pernah sekali, saluran tu tersumbat, and ruang tu banjir sebab hujan lebat sangat! Sedih tak terkata, sebab ada barang kat situ, tak habis kemas lagi lepas pindah.

Di sebabkan ada saluran air yang terbuka tu juga, jadi laluan masuk tikus. Arghhh..sakitnya hati. Tak pasal2 je kena kemas banyak2 kali. Now ni, bila da siap tutup segala lubang air, da naikkan lantai cantik, bumbung pon dinaikkn jadikan airwell. Memang lapang sangat ruang ni. Lega betul da siap, 3bulan juga la nk menunggu siapnya. Kontraktor ni amik job 4 rumah sekali gus. Haihhh..sabar je la. 

Bila da siap, cepat2 alihkan meja makan ke ruang ni. Sebelum ni, meja makan terpaksa letak depan sofa diruang tamu. Ruang tamu tinggal separuh je. Memang rimas betul masa tu. Sekarang bila da siap, rasa macam ruang makan ni terlebih luass pulak. Hihihi, sengaja kami rapatkan meja makan ke dinding, sebab tak habis kemas barang sepenuhnya. Bilik stor yang diserang tikus, kena kuarkan semua barang, cuci bersih2 baru boleh susun atur elok2.

ruang makan yang da siap. nampak luas giler pulak. jenuh nak mendeko dan susun atur. hihihi

Minggu ni sepatutnya orang Innovar datang untuk amik ukuran nak pasang laminate floor. Ohoiii, tak sabarnya. Wish list sangat tu. Mungkin kalo ada rezeki lebih, Mr. N berangan nak proceed pasang ‎plaster ceiling sekali. Itu wishlist Mr. N. I ikut je mana yang terbaik. 

Weekend hari tu, pegi jalan2 ioi city mall. Asalnya nak pegi IKEA, tapi tak sanggup pulak nak menempuh jem segala. Sekurang2 kalo ke ioi city mall, we all tahu jalan yang tak jem. Hahhaha. Lagipon, ioi city mall luas, besar dan lebih selesa walaupon weekend ramai orang. ‎Tujuan utama, nak cari accesories bathroom. Tapi tak jumpa yang berkenan dihati. Penat betul tawaf dari index living, sampai la ke home pro. Hihi...

Jalan2 ke index living, konsep da macam ikea. Ok juga la, not bad. Tapi i lagi prefer ikea, mungkin sebab besar dan banyak barang. Jalan2 cuci mata... terbekenan dengan meja makan bulat marble. Kehkehkeh. Dongak2 atas tengok harga, tertelan airlio. Hahaha.. kena gigih kumpul duit kalo nak beli barang idaman. Mr N la ni, berhajat sangat nak dining table baru vavasvoom. Padahal, baru je dapat meja makan free dari makusu dia. Hihi. Takpe, berangan je dulu tak salah pon. Personally, we all memang prefer meja makan jenis bulat, sebab rasa bonding tu lagi kuat. Lebih mesra gitu kalo duduk keliling meja bulat makan sesama family. Well, korang prefer meja makan jenis ape? Petak or bulat jugak? Hihi

shining2... cantik kan? tapi sure berat ni. 

dongak atas...*gulp* bley tahan harga dia. tapi kalo bab berangan tak pe, free jer.




Sent from my BlackBerry 10 smartphone.




Tuesday, 3 February 2015

Lebensstil Service

‎Beberapa bulan lepas, I ada masak sup tulang guna pressure cooker. Di sebabkan tak menyabar nak makan, I picit secret button kat penutup pressure cooker tu, nak bagi cepat buka. Sekali hamekk...abis meleleh segala kuah sup tu. Hampir banjir dapur masak ku. Wuwuwuwuwuw.

‎Keesokkan hari, tak sangka tunku yang banjir tu tak boleh hidup. Huwwaaaa... :( sedihnya. Da keringkan betul2...cuci bersih2 pon, still tak kuar api. Da try tukar ring dia dengan tunku sebelah pon sama. Tak kuar api! Nak tak nak, memang kena report Benova (comp yang I beli lebensstil). Tapi....asyik la bertangguh sampai berbulan2, sebabnya kad warranty tak jumpa. Agagaga.

Baru2 ni, Mr. N kemas bilik tetamu, tetiba dia jumpa segala warranty card. Alhamdulillah. So, last friday I terus call Benova, and sales person tu terus buat report. And suprising, semalam hari Isnin terus kontraktor lebensstil datang servis! Perghhhhh...efisyen giler!

Rupanya, ada last screw kat tengah2 tu yang tersumbat. Laaaaa.. cucuk ngan jarum je then solved the problem! Senang rupanya. Yang kami laki bini kat rumah da habis ikhtiar da. Nampak macam canggih sangat dapur tu.. hihihi. Da alang2 kontraktor tu datang, we all pon amik kesempatan tanya cara2 nak maintain sendiri dapur tu nanti. Hikhik..lepas ni da tak risau dapur tersumbat ke ape da.

tu ha....screw tengah2 yang warna gold tu yang tersumbat. cis....tak terfikir sampai nak check kesitu.


Yang I paling risau sebenarnya, warranty card tu. Ye la, selalu kan kalo beli barang elektrik, ada 2 keping warranty card. Sekeping kena hantar balik ke kilang untuk activate warranty dalam masa 7 hari kan? Hohoho..masalahnya, I tak pernah pon hantar balik warranty card tu. Tu yang cuak tu nak panggil mai servis, kot2 da tak cover warranty ke ape. Rupanya, as long as ada card tu, you are safe! Pheww.. so, uncle tu just koyak sekeping je, dia bawa balik nak claim job dia. So, memang selamat disitu. 



warranty card yang tak penah nak isi dan hantar ke kilang balik. huhuhuhu



Selain tu, I tanya jugak kat uncle tu, kalo dapur jenis tempered glass ni memang selalu pecah ke. Dia cakap, yang selalu pecah tu sebab salah pasang. Patut potong table top tu ngam2 pada besi bawah dapur tu. Jangan tebuk lubang luas then, terpaksa tempered glass tu plak yg menampung beban. Tu yang cepat retak dan meletup. Hoho, cepat2 I check dapur sendiri. Alhamdulillah..memang dapur tu terletak elok atas besi dia, bukan kaca.


dapur kaca yang selalu jadi mangsa. jangan tak tahu, bukan dapur jenis gas je yang selalu pecah, tapi induction cooker pon ada kes juga tau! ikut nasib la yer.


Akhir kata, memang best guna lebensstil. Servis yang sangat tiptop. Barang pon berkualiti. Tersangat puas hati. So, jangan ragu2 lagi nak beli jenama lebensstil.





Sent from my BlackBerry 10 smartphone.

Thursday, 29 January 2015

Hello 2015

‎Perghhh.. da nak habis bulan Januari da pon, baru nak tanya apa khabar semua. Ekekkeke. Better late than never kan? lama jugak i menyepi...dasyat sungguh simpton pemalas. Blame the pregnancy hormone pleasee. 

Alhamdulillah, masih sihat, masih pregnant..lil blip growing bigger and bigger each day! Dulu masa 5-6bln, perut tak berapa nampak sangat, now ni da hit 32weeks, terus membesar bagai juara. Tapi perut je la yang besar...tempat lain maintain slim lagi. Hihi.

We left 2014 dengan pelbagai memori, suka duka, pahit manis. Sayangnya i tak share dalam blog. Banyakkkk sangat citer. Cepat sungguh setahun berlalu kan? Each year, i tak pernah tetapkan new year resolution ke ape. But Alhamdulillah, ape yang kami rancang untuk 2014, memang tercapai, macam nak pasang kitchen cabinet, and after that try to get pregnant. Syukur Alhamdulillah. Pengakhiran 2014 yang tak berapa best, tapi i pasti ada hikmah disebalik kejadian. :) will share the story soon!



Pembukaan 2015 yang begitu manis. We start with our ultimate babymoon vacation! Guess what kat mana? Its Pangkor Laut Resort YTL! Omg, i penah blog about PLR ni before kawen dulu, about our dream honeymoon. Alhamdulillah, after nearly 2years baru impian tercapai. Tak dapat pegi masa honeymoon, tapi pegi masa babymoon pon jadila.. Sumpah, terlalu bestttt sangat! ‎Tak sabar nak blog about it!

Ada lagi dalam 8mggu sebelum i beranak, and banyak lagi benda nak buat. The big event is, nak kemas rumahhhh!!! Arghhh... by the way, renovation dining area tu belum siap hokey! Hanginnye hakuu... dari tahun lepas kott. Hopefully by this weekend da siap sepenuhnya. Tak tahan sangat dengan keadaan rumah tunggang langgang. Da la baru2 ni, bilik stor dan bilik tetamu diserang tikusss! T__T pandai tikus tu amik kesempatan di saat tuan rumah sarat mengandung, and my husband accident. Beranak pinak da dia dalam bilik yang semak tu. Harap sangat we all dpt kemas semua sebelum i beranak.

If da siap dining area tu nanti, i boleh panggil Inovar datang ukur untuk pasang laminate floor. Ok, ini memang my ultimate dream untuk 2015 ni. Tak sabar sangat nak makeover lantai rumah. And Mr. N da berkobar nak cat rumah sekali. Pening pulak nak pilih code color yang sesuai. And lastly, i tak sabar nak makeover masterbedroom. Nak ubah susun atur perabot etc. Maklumlaa, nak sambut kedatangan lil blip. Hikhikk. 

Barang2 baby mostly 70% da siap. Macam baju bajan da siap basuh semua. Ada lagi nak topup skit2 barang dia, and benda paling besar tak beli lagi, baby cot! Oh, banyak jugak checklist nak kena fullfil dalam masa 8minggu! ‎To lilblip, sila kuar during due date ok. Jangan la kuar awal sangat..bagi chance kat mama untuk penuhkan checklist dulu.

Apa yang i paling harapkan, dapat beranak secara normal dan dipermudahkan segala urusan. Amin.







Sent from my BlackBerry 10 smartphone.

Wednesday, 5 November 2014

Fifty Shades Fever



A few weeks ago, secara tak sengaja, I TERtengok trailer Fifty Shades of Grey di youtube. kehkehkeh. Alamak..apesal hot sangat trailer ni??? Fuhh.. terus godek godek dan godek....rupanya...movie ni based on novel. haish..tak leh jadi nih.... terus order buku tu secara online. i try my luck kt MPH online. Eh...ada la! tanpa berfikir panjang, terus add to cart and check out! oh..untuk dapatkan free delivery kena beli more than rm50 ye. maka...I tambah satu novel melayu by Melur Jelita. (heard a good review from my MALE fren). Kejadian berlaku masa hari jumaat malam, kebetulan I kena keje malam tu ganti org...huhu..nampak sangat time keje terlampau free sampai sempat tengok youtube bagai.

Pagi sabtu tu, makin lama google..makin tak sabar nak baca novel dia. wakakka. Mind you, this Fifty Shades of Grey is top best-seller around the world. hoho..macam2 review yang ada...mostly of course orang kutuk2 dan label buku ni as mommy porn. ok fine...but still best seller kot! movie blom kuar lagi, tapi novel da meletop2. cer tunggu movie dia kuar tahun depan, memang confirm kalah twilight, harry potter, davinci code novel semua. hoho.

Akhirnya..sebab tak sabar sangat nak tunggu mph deliver my precious novel, tu la..sape suruh beli jumaat malam kan.... hari sabtu tu jugak I cari versi online. hohoho..untuk dipendekkan citer....i telah berjaya habiskan all the trilogy dalam masa 3 hari! giler betul. mph blom deliver lagi, i da siap khatam 3 novel. and i loveeeee it! demam beb. Demam Christian Grey. wakakkaka. sambil baca online kt blackberry, sambil dok playback trailer kat atas tu. wakakaka. saiko sangat da ni. awat la lambat lagi nk tunggu Valentine 2015 ni??? wuwuwuwuw..



My Review (payah sungguh nak jumpa melayu or malaysian blogger yg review pasal fifty shade of grey ni - bnyk orang indon je yg review..jgn tak tahu..novel ni telah dialih bahasa indon ok!)

-novel ni sungguh la hot!!!!
-tersangat la fiction.... hihihi. memang jalan cerita fantasi untuk setiap perempuan dalam dunia ni. hohoho..ala2 macam cinderella...hoiii..sape tanak kawen dengan laki kaya, hensem, perfect segala? 
-korang rasa citer twilight tu da habis syok, habis romantic, habis fairytale? nah...try baca and tunggu movie ni plak kuar (btw..penulis novel ni, EL James adalah fanatic twilight, so novel dia ni pon inspired by twilight tu jugak la...tapi dia punye berangan tahap langit ke-7.
-novel ni jadi hot sbb terlalu bnyk sgt adegan tetttttt di perincikan dalam ni. wakaka..sampai tak tercapai dek akal? EH!
-kalo baca novel ni, totally GUILTY PLEASURE.  benda tak patut dibaca, tapi tersuka plak. wakaka.
-para2 gadis yang belum kawen, disarankan tak payah la baca. kang satu hal pulak nak cari calon suami perfect macam Christian Grey tu. muehehe..
-org ramai kecam novel ni sebab terlalu banyak sangat adegan sex yang diperincikan. ye..dia bagi tau segala benda dalam ni, takde nak potong sana sini. DETAIL! tapi overall, kalo baca ke3-3 novel sampai habis, its actually a GOOD LOVE STORY! seriously... jalan cerita yang best...adegan sex tu just icing on top jer. tapi icing on top pon....boleh terinspired ok!
-maka...kalo ada male reader dalam blog I ni, sila la suruh bini anda baca novel ni, dan nantikan perubahan bini anda. wakakakka. 

-untuk sape2 1st time nak baca novel ni, disarankan baca dalam bilik sorang2..not advisable baca tempat awam macam dlm lrt etc, confirm beb...confirm ackward nak mampos! rasa macam tengah buat dosa baca novel ni. T__T. well, atleast that what i feel la. mmg guilty pleasure. 
-masa I baca 1st novel, memang culture shocked habis...rasa mcm WTH i'm reading ni?????tak bley nak digest. tapi buku 1st dia ending tak best, macam tergantung. 
-so, bila sambung buku 2 and no 3 da rasa ok. rasa da bley terima, and baru feel lovey dovey jalan citer dia. and finally baru la tersuka kesemua novel dia. wakakaka. and I da ulang baca 2-3 kali trilogy dia. eh, novel melur jelita tu, separuh pon blom habis baca lg tau!
-teknik penulisan EL James ni tak de la best sgt..bley rated as poor/bad. hahaha. org 1st time tulis novel kan..biasa la tu. hopefully movie dia dapat deliver sehabis mungkin. 

Jamie Dornan sebagai Christian Grey. ahhh.. hot kan?? hahaha
i'm glad production pilih Jamie Dornan ni. kalo ikut fan FSOG diorg suggest Matt Bomer la, Ian Somerhalder (bosan da tgk Ian ni berlakon..biar je dia remain jadi Damon Salvatore dalam vampire diaries)

My blackberry penuh ok gambar Jamie Dornan ni. wakakak..habis semua ceruk I cari gambar dia. He is an Irish actor. kalo dengar dia cakap slang british..Oh My.....terus rasa nk terbang pegi glasgow. haha. kalo rasa was2 dia boleh ke tak bawa watak Christian Grey, sila la tengok dia berlakon dalam drama The Fall. perghh...watak dia dalam The Fall tu lagi la wicked! Setakat dia nak bawa watak Mr. Grey ni, kacang sangat la kan. lagipon dia da memang biasa half2 naked ni, almaklumla model Calvin Klein. muehehehehe. tapi..dia da kawen ok! siap ada anak sorang. so, tak payah nk berfantasi lebih2. wakaka..oh and ex gf dia adalah Keira Knightley. cis...detectif conan betul kan, semua benda i korek. hahaha.

if anyone rasa nk baca, or get some idea what kind of book i'm talking about..bley la tgk video bawah ni dulu, si Ellen Degeneres cuba baca FSOG. hohohoho.


its kind of embarassing jugak bagi I nak review this thing on my blog...tapi hey..why not!
untuk die hard twilight fan macam I, harus la diwar2 kan FSOG ni. I rasa macam, apesal aku terlambat tau ni? FSOG da femes since 2012 lagi kot. nasib la TERtengok trailer dia kan.. hahah..
rupanya, my bff 3 org yg mmg rapat nak mampos dari zaman University dulu, diorang semua da baca ok FSOG! I je org terakhir yg baca.  and depa pon fanatic macam i jugak. lol. definitely we have same taste in everything. kalo la we all still kt zaman university ni, mesti da baca sama2. takde nye sorang kesana..kesini tertinggal ketapi. hahaha... we all siap plan tahun depan nak pi tengok movie sama2. siap willing nk beli gold class tiket lagi. hopefully I tak beranak lagi la masa tu. kalo tak..maunye I heret baby sekali masuk cinema. kehkehkeh.


Sunday, 26 October 2014

HomeDec 2014 pencarian lantai

hallu2....
kembali  bersiaran... cepat aje nak update pasal HomeDec. 
ye..tak habis2 la asyik pegi HomeDec jer. nasib baik setahun 2 kali. kalo tiap2 bulan ada, mau bankrap kami. 

Tapi tak de la pegi sesaja. setiap kali pegi, mesti ada je benda yg nk survey or booking. senang pi HomeDec ni, segala benda ada kat sana. kali ni pegi sebab nak survey pasal laminate floor. sejak pindah ari tu lagi memang da berangan nak tukar lantai. maklum la..sakit mata sangat dengan tiles yang sedia ada ni. da la pasang tak sama rata, pasang plak jarang2. eeee...sakit mata betul. kalo nk ketuk dan pasang tiles baru.....mmg TAK la kan. da sah2 mahal, dan leceh berselerak, berdebu bagai. alternatif lain, pasang laminate floor ni je la, murah sket, tak berkecah, and boleh buka semula rupanya. dia jenis interlocking sistem, ala2 macam pasang lego je. tak payah nak gam2 bagai pon. 

ok la ye.. untuk pendekkan citer. hasil dari google2 info bagai...ada beberapa perkara yang penting pasal laminate floor:
Ketebalan : 8mm dan 12mm (ada perbezaan 2 ketebalan ni. try jalan2 atas laminate floor kt showroom, and boleh buat pilihan)
rating: AC1-5 (abrasion class) AC1 kurang tahan sket. AC3 slalu guna utk rumah (common use). AC5 paling tahan calar etc. bley click direct link tu untuk lebih faham.

pastu ada lagi benda2 lain macam water proof (slalunye ni da ditambah bahan lain. tak pure kayu), water resistant (ni biasa mmg ada), termite proof, etc2.

disebabkan i keje straight minggu ni, tapi terpaksa jugak curi2 masa. pukul 6ptg baru gerak pegi klcc. Homedec tutup kul 8mlm ye. so, we all ada dlm sejam lebih je utk survey dan buat pilihan. so, kami sempat survey 3 booth je, 1st booth company ape entah..bila tanya soalan, dia macam tak confident je nak jawab. haishh..org da la kejar masa ni, dia plak bagi info nak tak nak jer. harga dia not bad, rm6 sekaki persegi utk 8mm, AC3, harga da termasuk upah pasang, harga skirting. cuma tambah delivery charge saje. tapi sale assistant dia macam tak ber ilmu dan tak menyakinkan., selamat tinggal ok.

2nd booth we all pegi Floor Depot. almaklumlah...floor depot ni memang sangat terkenal kan dengan 
laminate floor dia. diorg ada product baru 2 faces namanya. hihihi...atas bawah ada laminate different color. so, lepas 5 tahun pasang, floor depot bagi service free untuk terbalikkan permukaan  laminate floor tu. wahhh.. da mcm teruja jugak masa tu. harga dia start dari rm4.70 sekaki persegi, ni utk 8mm water resistant AC3. harga ni tak termasuk upah pasang. upah pasang rm1.90 sekaki. skirting pon harga lain. pongpang2..mahal la jugak quotation diorg. diorg ada jugak yang jenis biasa, 2G, 3G, 5G...ni kena tgk website diorg, or pegi terus showroom diorg and tgk perbezaan jenis2 tu semua. tapi, kesimpulannya, Floor Depot agak mahal...tambah2 kalo nak pakai 4G water proof 12mm, utk 500sqf dlm 8-9k kot. huh. booking fee rm500, 95% refundable kalo nak cancel dlm masa seminggu, locking period hanya 6bulan. 

Next, we all singgah Inovar floor. not bad product dia...memang nampak mewah plak laminate floor dia. dia promote 12mm, AC5, lifetime warranty for termite proof. 15 years manufacture warranty utk discolor, stain, fading, wear layer resistant. harga rm7.20psqf sekali upah pasang. tapi harga skirting kena tambah asing. hmmm...nyum2. Mr. N tersangat la suka..sbb bila kira2 utk 500sqf around rm5k. ok la tu dari floor depot...yang harga smpai 9k. membunuh sangat tu.


Ada jugak yang lagiiii mewah. macam Timberline series bawah ni. interlocking dia nmpk mcm ada longkang gitu..... perghh..kalo pasang yg jenis ni, mesti tetamu ingt korg pasang lantai kayu (timber floor). SA tu bgtau...diorg sponsor rumah Wardina series yg ni.. beza harga kt atas tu rm2 kot. tapi bagi i, tak bape minat ada longkang2 gini, biar smooth je la senang nak golek2.



Booking fee sebanyak rm500 untuk tempoh setahun atau lebih sket. 
berbaloi2. sebab dapat macam2 voucher and siap dapat membership ape tah lagi. harga booking ni mmg da termasuk semua jenis laminate floor yg ada. kiranya, in the future, tetiba lari bajet ke ape..kita leh pilih laminate floor 8mm dari series lain yg lebih murah. haaa..gitu.. still dpt harga promotion.

Inovar ni guna technology eco friendly gitu. laminate floor dibuat guna standard dari Jepun, kayu2 di import dari Thailand. and material laminate floor dari core wood utk bahan natural halang anai2. gitu la dia terangkan. maklum la..masa suntuk sangat. but we know what we want. tengok free bag dia pon da tau, betul2 ecofriendly. agagaga... arrr..lagi satu, project Sime Darby semua amik dari Inovar jugak. so, kalo mana2 rumah yang under project Sime Darby, cer korang check, laminate floor dari Inovar ke tak? wuwuwu.


Currently, we all tengah renovate ruang buang saka ni. akan di tukar jadi dining room nanti. Alhamdulillah..dapat meja makan 2nd hand dari Makcik Mr. N. hihi.. jimattt belanja we all, tak payah beli meja makan da.



Sebenarnya..lambat lagi nak pasang laminate floor ni. biasa la...tahun depan baru la projek ni di realisasikan ye. lama lagi ni nak kena berangan ada lantai baru. pelan2 la kumpul duit. ngan baby nak kuar nanti ni. dgn baru je pasang kitchen cabinet, and now ni tengah renovate dining room plak. semputtttt we all ni. harap2 dimurahkan rezeki. Amin. :)




ni hasil carian dari forum2. i da compile, and boleh la jugak nak buat rujukan:

Was quoted RM6.30 include installation at Homedec recently. Forgot the brand, thk its Mori, made in Korea. Another brand is Coco, smewhr near Tesco Puchong. Material is abt the same with very authentic wood grains, Korean made too. Price shld be arnd the same too. Dun thk it's more exp than 12mm laminates. Am thinking to install at home too, but a bit sceptical coz not many ppl have first hand experience to share, hoping someone can shed more light. Areas of concern: the joint (seams) might bulge, mold can form underneath the vinyl (i assume it will not be a pleasant smell too), since it's waterproof it'll be warmer coz heat would be trapped and health concern due to vinyl and glue. Im sure there are pros and cons to any floorings though.

my house living and dining area is using robina floor 8mm ac3 with price rm4.80 per sq feet, fully satisfied with their product and service


Last time i ask is rm5psf included installation for innovar.
but i decide to take robina which have VACUMAT features...


1. You can put laminated flooring on the ground floor. I have done that for my house. No problem about that. There is a moisture barrier below the laminated flooring. In some cases, a rubber membrane is place instead of the normal plastic sheet. This will give a better feel when walked on. It will be more prominent when the area is large.
If there are dampness from the ground, then what ever material that you intend to use will also have problem. This has to be taken off first. 

Then there is also the types of underlay used. Some only use a plastic sheet (cheaper version) and some will use a rubber sheet. Using the rubber sheet will give a cushion effect especially if the area is large.

my conclusion, i'd go for laminating type the cheapest company..
its good looking,feel just like real wood,changeable and save my pocket. just my 2cent!

1. Inovar 8mm RM5 psf - 100% East M'sia wood, natural termite resistant 
2. Floor depo 8mm RM4.40 psf - cannot claim termite proof
3. Robina 8mm RM6.30 psf - AC3 100% tropical hardwood, claim termite resistant
4. Brenwood 8mm RM4.80 psf - AC3, E1, 100% tropical hardwood, claim termite resistant

hen shop for laminate flooring or any construction materials, please look for European E1 standard which contain non toxic release, most common chemical which can be found in construction material is Formaldehyde, exposed to formaldehyde can cause nasopharyngeal cancer and leukemia. In Europe, product that cant pass E1 standard will not be sold, nowadays ppl get cancer without any reason mostly is cause by this toxic gas release. Basically we just spend thousand of dollars just to buy a toxic and sleep on it. http://www.cancer.gov/cancertopics/factshe...sk/formaldehyde

Hi there.. the laminate flooring has a variety of quality and grade based on the price. If let say the price just now is under RM 2.00 per sq ft after discount and this is the lowest grade of laminate and at Floor depot we called it 1G laminate. This laminate is only water resistant not termite resistant. and we still have 2G, 3G and the best of laminate products is 4G where u can install it in ur bathroom because 4G is waterproof and termite proof. waterproof and termite proof is lifetime warranty.

Those old time white coffee open in the first batch like those open for more than 5 years, the laminate colour already wear off due to traffic. New old time white coffee no more using laminate bcz they thought is not a suitable product. AC stand for the grading system of the laminate surface. normally AC3 is for residential. tiles will be too cold especially u on the aircon, laminate can maintain a moderate tempreture. for RM 5.50 is normal price for innovar. You also click my signature below to look at our product which i am selling.


main point to look for when you buying laminate flooring
1. Quality : is the quality certified? and is certified by which org?

2. non toxic : Europe and USA have strict regulation on this, is your product formaldehyde free? you know the flooring you buy can cause you cancer and even your future kid?

3. Brand reputation : what is the product review like in the market?

4. Origin of the product : a lot of product so called made in malaysia actually the raw material imported from dunno where and process package it here. 

5. Price : Pls beware market has a lot of rejected stock which selling in a very low price




Thursday, 25 September 2014

Bersiaran dari Hospital.



Bukan I yg sakit ye...I sihat walafiat. Alhamdulillah.
Cuma, mak mertua I dimasukkn ke hospital semalam, kena serangan stroke. Lewat ptg smlm, husband and I terus ke ER putrajaya, untuk dapatkan update mil. Mujur smpai hospital ptg smlm, terus buat CT scan semua. Ada pendarahan sikit dalam otak. Tp condition mil stabil. Boleh bercakap,bangun semua. Perlukan pemantauan dan refer ke pakar HKL.

So, mlm smlm...lepas I balik rumah berehat dan tido, dlm tgh malam I dtg ke hospital, utk temankn mil dalam wad. mil takde anak perempuan, jadi I berbesar hati nak jagakn mil. Temankn mil, dan assist ape yg perlu. Semoga mama cepat sembuh!

Monday, 22 September 2014

Baby in the house!!

haa...tudia... baru nk dekat 2 bulan tak update blog tetiba da ada baby in the house. 
title kena gempak skit. hikhikhikhik. ingtkan nak tunggu cukup 9 bulan baru update, tapi lama sangat la pulak. lama gak la terfikir... nak share ke tak citer ni. hahaha... macam2 perasaan ada. 

Anyway, i'm happy to announce that i'm pregnant. baru lagi 13minggu gitu... sempat la berpuasa penuh tahun ni. ingtkan memang period delay ke ape... rupa2 nya ada tiny human. huhuhu. masa raya tu rasa da lain macam.. rasa macam da berisi gila..pastu tak dapat nak sorok2..tak boleh nk sedut2 perut time bergambar. hahaha.


this is our tiny human. ok..mcm tak percaya, ada manusia dalam perut i ni. huhuhu.
12 weeks, pegi scan dekat KK Dengkil, da nampak heartbeat dia liplap2 mcm lampu raya. 
semoga membesar dengan sihat smpai selamat bersalin.


ada banyakkkk sangat citer i nak share. tapi busy keje la plak, 
kalo offday, i busy tido dan berehat2. morning sickness ke ape, tak de la teruk sangat. setakat mual2 je la. takde sampai muntah2 bagai. tapi tu la....malas nk update blog, salah satu pregnancy symptom jugak kot. huhuu.