Thursday, 12 November 2015

Baby Qarl

Hari ni nak spam gambar anak pulak.
Wuwuwuw.... lagi seminggu je nak masuk 8bulan da. 
Perghh....cepat nye masa berlalu. 

I bagi summary je la yer..
He is very happy baby. Sangat mudah nak menjaga dia. tak banyak ragam. Masih menyusu badan sepenuhnya. Da start solid food sejak umur 6bulan. aktif meniarap pada 7bulan. tido dalam buaian kadang2 je mau tido atas katil. suka sangat mandi, bagi mandi tak penah nangis atau cranky sejak dari lahir.. penah bawak dia pegi baby spa, tapi dia nangis dalam jacuzzi baby tu. suka kerut2 kan kening. rambut dia sangat halus dan agak jarang (sah ikut gene bapak dia). kulit dia makin putih berseri2, mungkin dia ada amalkan qu puteh secretly behind my back. serasi tinggal dengan pengasuh dia. so far blom takut dekat strangers. channel baby TV adalah kegemaran dia. suka duduk dalam carseat. boleh tinggalkan dia sorang2 dalam rocker, make sure buka baby TV, boleh la mama nak berspa, masak2, hatta tido sekalipon. pemurah dengan senyuman. recently dia da tumbuh gigi! serentak 4 batang, 2atas,2bawah. seram nak oiiiii..jangan dok gigit2 plishh. 




nah....menempel dengan mama. ni masa awal2 i start keje. kalo shift malam, i wfh je, tapi baby kena menempel mcm ni. tido pon nak ada bau mama ye. masa ni blom beli lagi buaian untuk dia.


mama nak solat raya, dia bley sambung tido pulak. bagussssssssss


like father like son....bersinar2 bila nampak kepci




1st day start solid food. puree avocado.


gambar 7 bulan. 



moga terus membesar dengan sihat walafiat wahai anakanda..



Monday, 9 November 2015

Resepi smoked duck ala2 Homst Restaurant

Siapa pernah makan smoked duck dekat HOMST Restaurant? kedai chinese muslim yang famos amos. hehehe..mesti sape yang penah makan jatuh hati dengan kelazatan itik salai kan. hari ni I nak share resepi Smoked Duck ala-ala Homst restaurant.



tadaa....sama takk?? hihihi... rasa pon da ala2 sama (bak kata Mr. N)

Selama ni, kakak ipar I penah bagitau tentang kesedapan Smoked Duck kat HOMST Restaurant ni. kebetulan di Cyberjaya ada cawangan Homst yang baru buka. I penah ajak Mr. N pi makan kat sini, purposely nak rasa smoked duck yang dikatakan sedap sangat tu. Tapi memandangkan Mr. N ada sejarah hitam dengan itik, maka...dia bantah sekeras kerasnya. sob2. Tetiba...suatu hari...I tergerak hati whatsapp one of my blogger fren, nak ikut dia lunch sama. Dia dan ofismate lunch kt Homst. kebetulan jugak diorang order smoked duck ni untuk kongsi ramai2. 1st time la tu i makan, memang sedap..makan sambil pejam2 mata sebab nak menikmatinya. hahaha. maka...berusaha I ajak Mr. N pegi makan jugak..



1st time ni Mr. N makan smoked duck. hhahaha..masa nak tunggu makanan sampai, I sempat lari pergi barang kejap. tengah syok2 beli barang tetiba dapat gambar ni, siap dengan caption "eh..sedap la smoked duck ni" haaaa...baru kamu tahu yerr... hahaha

I pulak...sangat la jatuh hati dengan bun yang kecik2 tu. rangup diluar, lembut didalam. memang sedap giler lah! masa bayar kat kaunter, I siap tanya kat cashier tu, bun tu ada jual tak? dia cakap seketul rm1. fuhhhhh... hahahahahahha

ok...mana resepinya ni??? hahahaha..
sebenarnya.................................semua ni I beli yang frozen! hahaha. 
Bun kecik2 tu nama dia mini mantou: rm3.50 dapat 20biji. (goreng dalam minyak panas smpai kekuningan.
Smoked duck pon beli yang frozen jugak. CP brand: rm7.90 untuk 200gm.
Sos untuk smoked duck tu, guna sos cili thai sajo.....diperah sedikit dengan lemon.
Lepas tu, bley la racik2 bwang besar, carrot, cili dan daun ketumbar. 
SIAP!

oh...itik tu, lepas difrost, boleh la salut dengan telur + then celup tepung jagung/tepung goreng ayam.
Goreng hingga kulit dia garing. then hiris nipis2 tau!.







Semua barang2 ni, i beli dekat Pasar Borong Selangor, keri kembangan.
baru discover kedai pemborong yang best, nama dia Sri ternak. kat situ la i perasan ada jual smoked duck frozen. hihihi...mini mantou pon jumpa kat sana juga. so far tak penah lagi jumpa mini mantou kt pasaraya besar lain macam AEON big, jaya grocer, atau cold storage. selalu kat pasaraya besar ni ada jual mantou yang size besar2 jer.

puas hati ok! lepas ni tak perlu pi Homst da. jimat gilo ok! kt homst sepinggan smoked duck rm30+
Kalo buat sendiri???? rm10 pon tak smpai. hihihhi



Thursday, 5 November 2015

Muncul kembali

Assalamualaikum...
Punye la lama menghilang kan..tetiba muncul balik. huhuhu
Ada lagi ke reader blog ni. wuwuwuw....sebenarnya kan..tiap2 hari dok rindukan blog sendiri. tapi tak berupdate jugak. maka hari ni curi2 masa sikit nak update blog. tak tahu pulak nak citer pasal ape. Maka....marilah menjamu selera mata dulu yek..


da rajinkan diri sediakan bekal tiap2 pagi. Now baby da 7bulan setengah, pagi2 wajib terselit bekal bubur dia sekali. hikhik

gigih ok buat wantan mee, complete set lagi..lagi sedap dari foodcourt2 biasa tu.


bekal anak beranak

Bekal anak beranak

crispy chicken, kepingan dada ayam yang diperap dengan tepung goreng bestari, disalut telur beserta cornflakes. goreng dalam minyak panas, da perang je terus angkat, tersangatla juicy dan spicy. isi ayam jangan goreng lama2, nanti tak juicy.

my 1st attempt brownies from scratch yang menjadi kedut2. happy giler....tapi macam terlalu manis pulak.

tak tau nak letak nama ape...ramai sangat orang dok share video ni kat facebook.
roti gardenia dilenyekkan, then susun dalam muffin tray. sapukan sos bolognese, susun2 pepperoni, then tuan campuran telur + susu+ seasoning. last skali tabur cheese sket. bakar 20min, 180darjah

ulang tayang wantan mee. resepi google je, tak ingat da yang mana satu.

bekal anak beranak

homemade scones! super duper delicioussss..... sebijik rasa macam kat cameron highland. 
1/3cwn butter* (84gm)
1 3/4cwn tepung gandum
3sb gula halus
2 1/2st baking powder
1/4st garam
Sebiji telur gred A
4sb fresh milk
gaulkan bahan2 kering (tepung,gula,baking powder, garam)
keluarkn butter dari peti ais, terus potong kecik2, masukkn dlm bahan kering, ramas2 smpai jadi mcm serbuk roti.
telur dan fresh milk pukul smpai sebati, then tuang dlm adunan. gaul2 smpai jadi mcm doh lembut. then bentukkn suka hati, sapukan susu atasscones. bakar dlm oven suhu 200darjah celcius selama 10-12min.
tips: jangan over baked,nnt jadi keras. permukaan atas masih putih, tapi bawah da kuning.
sila guna real butter mcm brand scs or anchor. (bukan brand buttercup - ni main ingredient guna minyak sawit)

bubur nasi si kecik

nasi panas beserta ayam pandan.

fresh baked scones.

daging masak kicap beserta sambal bilis garing

bekal anak beranak lagi

smoked duck ni kat Homst Cyberjaya. lepas tu kann....i da tahu macam mana nak buat sebijik sejibon macam ni. lalalalalala

bekal anak beranak

another bubur si kecik. bubur nasi + puree kurma

bekal anak beranak

gigih ok buat sendiri rice cereal dengan serbuk bilis. 
rice cereal: rendam beras 3-4jam, toskan hingga kering, then sangai smpai betul2 kering. kemudian blend halus. tapis banyak2 kali, baru dapat halus. nak makan, still kena masak atas api. tak bley simply letak air panas je. rice cereal buatan dirumah tak sama dengan rice cereal instant yang beli kat kedai. 
serbuk bilis: rendam bilis 8 jam, then toskan, sangai sampai  garing, then blender halus. 

bekal anak beranak

keratan rentas pepperoni muffin telur

bekal anak beranak

ada masa teringin koew teow kungfu..

bagels with avocado top with eggs

ni koew teow sup yang orang dok viral kat fb tu. haishhh...sedapnya.

sempena raya korban ari tu, dapat banyak daging, makan, beef fajitas in the houseee!! tapi cheat, guna instant seasoning in the packet jer.

aik? mana datang gambar ni. hmm...langsung tak ingat nih. 

ni menu jerebu. sakit2 tekat, batuk. grill salmon je, dengan buat sup telo bawang putih lebeyy

big fat salmon rich with omega!




eeeeee...banyak sangat cerita nak share tauuuu!
harap2, lepas ni makin rajin update blog ni. 
bai!