Friday, 4 November 2016

Surface pro 4

Setelah lebih 3 tahun baru ada kekuatan nak share pasal rumah kami yang pernah kena pecah masuk. 
I pernah update entry dulu, tapi tak cerita details ape2 pon:
http://nloven1502.blogspot.com/2013/06/darkest-day-in-our-life.html

by the way, citer da lama....but still tinggal kesan yang mendalam.
Masa tu memang ngam2 cukup sebulan kami pindah ke Meow Casa ni.
tak sangka, rumah kami pula jadi target seterusnya. selalunya dengar citer rumah jiran yg kena rompak. Masa hari kejadian tu, kami kuar tengok wayang, midnight movie. tak ingat da citer ape. tetiba malam tu, i kena datang standby kerja. terpaksa pergi ke ofis. so, habis je tengok wayang, i hantar Mr. N balik rumah dan i terus ke ofis. masa tu da pukul 3 pagi.

Tetiba kul 4-5pg, ada jiran bagitahu dalam group whatsapp yang rumah dia hampir kena pecah masuk. pencuri tu da cuba nk kopak pintu belakang rumah dia, tapi sebab dia pasang banyak selak, maka...pencuri tu tak dapat masuk. tp jiran ni dengar bunyi bising2 dia sempat la jugak kejar si pencuri ni, tapi tak dapat. masa i baca message whatsapp tu, perasaan tak tenang. rasa nak je call Mr.N kat rumah nak check status dia. tapi fikirkan dia tengah tido, letih balik kerja, then pegi tgk late night movie lagi....tambah lagi i tengah bz kat ofis masa tu. i pon tak call Mr. N. Kul 8 pg i balik kerja...smpai rumah terus rasa berdebar. masuk rumah mmg kuat sgt rasa debaran tu, kebetulan rumah pon tak berapa kemas. i tengok pintu bilik ternganga luas (ni mmg biasa, sebab bilik kami masa tu tak pasang lampu lagi, memang kami tido malam2 tak tutup pintu pon). i tengok Mr. N tido nyenyak elok je...masih bernafas. tapi hati masih tak sedap lg.....i terus ke dapur, dan nampak pintu dapur renggang! tak tutup! masyaAllah, terus berderau darah!. kejutkan Mr. N bangun, bgtau rumah kena pecah...dia pon bangun ngan terkejutnya. kami check barang yang hilang, Ipad (hadiah hantaran) dan jugak laptop sony kesayangan i da hilang! together dengan bag laptop ofis Mr. N. Allahuakhbar...patut la masa kat ofis tu, i rasa tak tenang je. Tapi Alhamdulillah, Mr. N selamat, tak kena pukul ke ape. tu yang paling penting sebenarnya.

Kami terus pergi buat laporan polis....lepas tu balik rumah, baru perasan bag laptop Mr. N ada dlm bilik kecik ni. laptop ofis masih selamat, tapi ada duit kutipan dalam bag tu da lesap. cerdik jugak si perompak ni, laptop ofis dia tak amik. iphone Mr. N pon dia tak amik. memang lesap daa Ipad and laptop i tu, kebetulan ipad and laptop tu takde password. hmmm...tak de rezeki. memang rasa ralat sangat. belum lagi TRAUMA! seriously, rasa sangat tak selamat even dalam rumah sendiri. Hanya rasa selamat dalam bilik je. lepas dari kejadian tu, kami tambah pelbagai selak kat pintu, pintu dan grill belakang siap tambah rantai and kami letak smpai 6 biji mangga ye kat belakang tu! now everytime nak tido mmg kunci rapat2 segala jenis pintu. eeeeee..fobia sangat!

Lepas dari kejadian tu, memang redha je tak de ipad and laptop. kami guna je laptop opis masing2, nak online guna fon masing2 jer. smpai la baru2 ni bila rasa da cukup stabil, ada duit lebih..baru la mencari2 laptop yang sesuai.

Mr. N da lama berkenan dengan Microsoft Surface ni. selalu dok cari review, and everytime keluar ke shopping mall, mesti dia singgah kedai komputer survey2 harga. asyik la ckp harga surface ni mahal sangat. wwuuwuwuuw. I macam malas nak amik tahu sangat. try to convince him to find something cheaper etc. tapi last week jalan2 pi IOI City Mall, kedai yg wajib dia masuk Harvey Norman. tetiba kan...ada promotion/sale bagai la dalam tu. OMG....surface pro ni pon ada sale jugak. hewhewhew. masa tu la 1st time i tgk Miss S ni. hehehehe... ok la, design cun, ringan....spec pon best jugak. cuma harga tu yg mahal sgt. tp ada promotion masa tu, dpt free keyboard. Mr. N memang excited habis da. I pon setuju je la beli Surface Pro 4 ni.

bila da seminggu guna, baru rasa BAPAK BEST GILER SURFACE PRO 4 ni! hahahaha. berbaloi sgt beli ni, langsung tak rasa rugi. memang sebiji rasa pengganti Ipad and laptop i yang hilang dulu tu. sob2. sumpah best surfing guna Surface ni. ihiks. memang tak menyesal. puas download segala muvie, leh tgk muvie dgn tenang2, gambar super cantik! hehehe. puas hati sgt. tp kalo i keje graphic designer, baru bertambah2 berbaloi guna surface ni.




Boleh jadi tablet, bley jadi ala2 laptop. keyboard tu boleh cabut2. keyboad jenis magnetic ye. sng nak pasang cabut bagai. power charger dia pon jenis magnet juga. tak payah nk tonyoh2 cable masuk dlm lubang etc. 



Stand belakang ni boleh pelbagai angle. takde fix angle ye. ikut besar/kecik mana ko nak koyak stand belakang tu. 


Ringan, nipis, syiok sangat! 



Hello Surface Pro 4. I love u so much Miss S.

ps- dalam citer Dr Strange pon pakai Surface jugak. tapi dia punye Surface 3. 

Our Surface Pro 4 specs:
Screen size and weight:
12.3" 1.69 lbs (766g)
PixelSense
Resolution: 2736 x 1824

Operating system and software:
Windows 10 Pro
Office 365 30-day trial

Battery life:
Up to 9 hours

Ports:
Full-size USB 3.0
microSD card reader
Mini DisplayPort
Headset jack
Cover port
Surface Connect

Run desktop software just like a laptop
Stream music and films
Write and draw directly on your screen
Organise and enhance photos
Make music with professional-grade apps
3D modelling with AutoCAD (i7 models only)

Microsoft Surface Pro 4

Price as reviewed$1,299, £1,079, AU$1,999
Display size/resolution12.3-inch 2,736x1,824-pixel touchscreen display
CPU2.4GHz Intel Core i5-6300U
Memory (RAM)8GB
Graphics128MB Intel HD Graphics 520
Storage256GB SSD
Networking802.11ac wireless, Bluetooth 4.0
Operating systemMicrosoft Windows 10 Pro (64-bit)




Sunday, 30 October 2016

Aspire Residence Cyberjaya



Tetibe je muncul update blog... hehehe
da lupa sebenarnya cara nak mengarang. tu la...lama sgt kan tinggalkan blog.
tapi citer ni perlu diabadikan dlm blog. hehehehe.

Sebenarnya I nak share pasal projek perumahan yang baru dilancarkan tahun ni,
Aspire Residence Cyberjaya. wohooo.
Projek ni dibawah SPNB (Syarikat Perumahan Negara Berhad)

Sebelum hari merdeka hari tu, ada Merdeka Promotion, so boleh booking rm1500 jer.
Kalo hari biasa, booking fee rm3000. sesiapa yang berminat, boleh la pergi ke office/showhouse diorang di EMKAY Building Cyberjaya.

Selama ni memang dok survey2 projek rumah yang baru, tapi mostly harga sangat la mahal tak masuk dek akal. Harga rumah memang da sah2 mahal, tambah pulak dengan saiz yang kecik terus rasa tak berbaloi. 2 tahun lepas kot, da ada projek perumahan Selangorku, nama dia MasReca 19. Harga affordable, and size pon just nice tak kecik sgt. tp tak semua org boleh apply, ada few syarat kena ikut, antaranya beli untuk rumah pertama.

Ada hari tu dok belek2 facebook, tetiba nampak iklan pasal Aspire Residence tu.
Tak tunggu lama, dlm minggu yang sama, kami pegi tengok show house dia dekat Emkay Building, area Domain Cyberjaya tu. huhuhu..tersangat la jatuh hati...sebab rumah tu semi furnish. then, pekerja sangat baik hati bgtau pasal event yg akan dijalankan before hari merdeka tu. So, we all tunggu masa event tu baru nak booking rumah ni. Sementara nak tunggu lagi seminggu kot, almost everyday la i dtg showhouse ni siap bawak kawan2 opis sekali. hihih. tapi bagus jugak, masa tu ada jumpa agents lain yg sangat2 berguna bagi maklumat. dia siap bgtau arah mana yang matahari naik bagai.

Maka, 27 Ogos 2016, antara tarikh keramat untuk I, hehehe.. swipe saja credit card bayar booking fee sebanyak rm1.5k ye. pilih unit, setiap unit da fix parking slot. dia ada buat bangunan asing utk parking atau boleh pilih parking kat bawah2 tepi jalan tu, tp semua parking berbumbung. oleh kerana rumah ni mungkin utk investment dimasa depan, so i pilih rumah tak tinggi sangat, dan tak menghadap cahaya matahari. yang penting parking kt bawah sekali, tak payah nak naik turun bangunan parking yang asing tu.

Dalam tempoh sebulan, i kena cari bank yang boleh approve loan application rumah ni. mula2 tak amik kisah part ni, dok je la diam2 kot2 org bank call, lepas 2 minggu senyap sepi, sampai la pekerja yg handle booking I tu tanya pasal Loan. haruslah tak de ape2 progress kan!! terus dia call balik semua panel bank dia. Baru la bank2 ada call i minta documents semua macam bank statement, slip gaji 3 bulan, epf statement ape bagai. nak jadikan cerita, few bank tak luluskan pinjaman I. sob..sob..sedihnya. hanya MBSB je la approve 100% loan i, dgn rate 4.9% ye. nak pengsan dgr. huhuhu. rumah ni i apply loan untuk nama i sorang je. so, mmg sangat2 susah la nk approve, tu pon nasib baik i tak de CCRIS ptptn ke ape. cuma sangkut tang credit card je. terus Mr. N tolong setelkan CC i, then terus minta tolong member bg recommendation utk loan application I. masa tu tinggal Maybank je harapan terakhir. kebetulan memang i ada CC maybank je (last minit baru nak clearkan), pastu loan kete pon dgn maybank yg da nak habis byr tinggal setahun lebih je. record pon cantik jer. FInally Alhamdulillah loan da approve 90%

10 October 2016, antara tarikh keramat I pegi sign loan agreement dekat Maybank Cyberjaya. Syukur sangat. then dalam minggu yang sama, i sign S&P pulak. pergh...macam tak percaya. gigil2 cramp la tangan ni dok sign setiap helai document tu. huhu sekarang tengah tunggu S&P siap stamping, then boleh la i keluarkan duit KWSP. yahoooo. hehhehe.

Panjang betul i membebel, now nak citer plak pasal keistimewaan rumah ni. agagagga.
  • size 900sqft
  • 3 bilik 2 bilik air
  • ada 3 lapisan security (guard depan, entrance parking/entrance blok, lift)
  • ada club house siap swimming pool.
  • semi furnish ( dpt kitchen cabinet with hood and hob, 1unit aircond dlm master bedroom, kipas dlm semua bilik, lampu dlm setiap ruang, hot shower 2 biji dlm setiap bilik air)
  • ada rebate 17% (banyak ni, selalu 10% jer)
  • dpt grill pintu depan.
  • tapi rumah ni tak de balcony ye, dia ada mcm tempat utk letak aircond luar tu jer.
  • segala stamp duty, lawyer fee semua developer da absorb.

Alhamdulillah sangat, memang masa yang sesuai untuk i beli rumah atas nama i. rumah we all duduk sekarang ni loan nama Mr. N sorang, and nama dia sorang jugak. Now, giliran i pulak beli rumah. hewhewhew. kebetulan memang rasa da stable sikit, lagipon kereta i da nak habis byr dlm setahun lebih je lagi. by the time rumah ni siap, tak la rasa sesak nk byr loan rumah ni. harap2 ada la yg sudi sewa nnti.

Tips nak bagi loan senang lulus;
  • 3 bulan sebelum apply loan pastikan baki dlm bank ada dlm rm500 before dapat gaji. jangan ko tarah smpai tinggal baki rm5.49 sen before tunggu next gaji ye.
  • 6 bulan before nak apply loan rumah, makesure segala hutang2 dgn bank payment cantik ye! pastikan on time! jgn ada ccris.
  • kalo ada hutang ptptn tu, sila la byr secara konsisten tepat pada masanya utk elak dari ccris jugak.
  • Credit card, ko jgn berhutang bertimbun lama2, macam contoh hutang kredit kad smapi rm5k da berbulan2, asyik la dok byr minimum saje. huhuhu..ni bahaya ye. sila la langsaikan hutang credit card cpt2 ye. ni bad credit nama nya.
  • tips nak byr duit booking beribu2, bley la apply credit card mana2 bank, u swipe je dulu byr booking guna CC. then da setel, u boleh call bank minta buat installment ye. so tak de la rasa terbeban ko nk kuarkan duit simpan (kalo ada duit simpan). i guna tips ni ye utk byr booking tu. huhuhuhu... ada la interest, tp setakat 4% still acceptable, sbb amount tak tinggi sgt.
Ada lagi ni nk bagi tips. Tips untuk elakkan kena bayar penalty kat developer lepas rumah da siap nanti.
  • make sure segala document, surat menyurat pasal rumah ni, uols simpan dalam satu fail.
  • nanti developer akan hantar surat ke alamat rumah, minta duit ikut progress rumah, pls jangan buat donnooo je ye. U kena actively contact balik bank, make sure bank release duit before due date yg developer minta.
  • selalunya, kt sini pembeli rumah terlepas pandang, buat tak tahuuuu je. bila bank release duit lambat kt developer, kat sini la masalah dia nnt. developer akan minta penalty ikut percentage bape hari bank lambat byr kt developer. kang nanti masa nk amik kunci, ko jgn terkejut pulak kalo tetiba developer kata ada penalty smpai 15k. masa tu, confirm korg minta pintu doraemon tu betul2 wujud!

ok lah, i da share serba sedikit pasal pengalamn beli rumah baru dengan developer. before ni beli rumah subsale, macam2 ragam jugak. yang penting kena sentiasa alert ok!. doa bnyk2 moga urusan dipermudahkan!

ps: doakan i jugak, moga bertambah rajin update blog. kuikuikui.

Belanja sikit gambar rumah iolsss....

Lepas masuk pintu leh nmpak pemandangan ni. standard la jumpa ruang makan dulu, baru ruang tamu.


Tempat ruang makan bubuh cermin supaya effect ruang nmpak luas. disebalik dinding bercermin tu ada bilik tido no2. then belah kiri ni ada laluan ke dapur and bilik no 3.


Have a lil peek in little kitchen. peti ais boleh la letak kt situ, ruang dapur ni tak sebesar alam ye, kecik je bentuk L, tapi ok la, dia da bg kitchen cabinet siap2. hewhew.

Pemandangan dapur smpai ke ruang belakang tu, backyard belakang tu boleh la buat laundry area. size dia tak la kecik sgt, masih selesa.

Ni ruang yard. tu muat mesin basuh comel kat situ. kalo deco cantik2 ni best ni. hehehehe

Ni pemandangan dapur dari arah laundry room tadi. Ok kan kitchen cabinet dia, siap dpt hood and hob brand rinai. tiles dinding dapur and bilik air sampai ke siling, dia tak kedekut nk letak separuh2 ke hape. huhuhuhu


Ni bilik no 3, paling kecik. single room ni. pintu dia sebelah kiri yang ada cermin kat dining area tu.


lepas letak single bed,masih ada la ruang sikit depan katil tu.


pemandangan ruang tamu, belah kiri tu ada laluan untuk ke master bedroom and 2nd bedroom, and juga guest bathroom.

Bilik Air hujung laluan, antara bilik master and bilik 2nd.


Master bedroom

belah kiri ni ada ruang utk letak wardrobe, and bilik air. depan katil tu boleh la nak letak tv. hewhew

wardrobe depan bilik air. dinding hujung tu buh cermin bg nmpk effect luas.

Bilik air master bedroom

ni pandangan dari keluar bilik air.


Pemandangan dari sudut tingkap.tu pintu depan tu yg tebuka tu, bilik no 2.


Last skali, bilik no 2. bley muat katil queen.

I punye Jenis A.






Loan Agreement and S&P yang da siap sign











Fuh, akhirnya siap juga entry ni. punya la lama i dok peram. 
Dari Ogos lagi nak update pasal rumah ni, tapi tertangguh2 sampai la setel sign documents semua.

pssss: nanti area cyber nak naik rumah Prima jugak...sape2 yang baru nak beli rumah, bley la alert ye pasal projek prima ni, tp tak tahu pulak bila nak launch nye.


Monday, 7 December 2015

Happy Birthday Tuan Tanah Kedaung

Hari tu update pasal birthday si suami, 
Kali ni update pasal birthday bini plak.. baru adil gitu. 
A small celebration at Shell Out.

Teaching a 8 months old baby about table manners. 


nasib baik bayi ni sangat behave.......dapat la mama and baba makan dengan aman. tenkiu syg!



Hellooo...goddess seafood!

Sungguh la nyummy, I was wondering, how the taste of the sauce, and the crawfish for a long time.
Tambah pulak abang I bg review, yang sauce curry curry dia rare. rasa lain dari yang lain. not typical curry biasa. ngehngeh. So, Mr. N tanya nak dinner mana for my birthday, terus bgtau cpt2 nak g Shell Out! 14 Nov adalah hari sabtu. lepas maghrib baru kuar rumah. dengan sesat barat sbb ikut waze yg diset elak toll! apekahhh.....kul 8.30 kot baru smpai kedai. beratur panjang ok, tapi takpe, amik number dulu, then diorg mmg ada sediakan kerusi kat luar kedai. I tunggu dalam kete je, sbb baby tido.dalam 9.15 kot baru la we all dapat table. tanpa membuang masa, terus order:

500gm king prawn - rm55.90 (garlic butter sauce)
500gm crawfish - rm50.90 (shell bang sauce)
500gm clam - rm26.90 (curry curry sauce)
700gm crab (sekor) - shell bang sauce. harga tak ingat da. 

tudiaa...hahaha..tak habis ye makan semua tu. jadi kami tapau utk makan kt umah! 
betul2 melantak ni. kalo blur tak tau nk order ape, or tak tau nak amik sauce ape, waiter kat sana sgt membantu ok!
Seriously, sos shell bang dia super sedap!. i try nak replicate, tapi tak bape nak sama. suka gila sos dalam crawfish tu...sbb banyak. tapi masin sket. mula2 tak order lala, tapi sbb teringin nak rasa sos curry curry dia, waiter tu ckp, sauce tu sesuai utk lala atau sotong. maka, terpaksa la order lala sekali. tp puas hati, sbb isi lala dia gemok gedempol. hahahalalallalalala. hihi

oh, yang ketam tu pon, waiter tu akan bgtau size bape gram yang ada. and bape ekor dia recommend, depends bape org dtg makan. sumpah sedap gilo ketam tu. juicy and manis isi dia. 

Crawfish tu, kepala dia mcm lobster/udang galah. siap ada pengepit ok! badan dia kulit berketak2 macam udang lipan/udang ketak tu. weihh..susah gila ah nak kopek! berduri2 kulit dia, da la keras...mmg bley cedera tau makan menatang ni. tapi teringin punye pasal kan. isi dia plak kecikkkkkkkk jer. tapi sedapp! manis. huhuhu. bibir i mmg habis luka calar balar sbb kena duri kt sepit dia tu. huhuhuhu

oh pls jangan order potato salad dia! penuh mayonis je. tak sedap langsung. nyesal sungguh order side dish yang tu. hahaha

air roselle dia terbaik!!! krup krap makan bunga roselle sekali. 
Burp...Alhamdulillah. TQ husband!


perut kenyang senang hati, mari selfie anak beranak.


ps: soon they will open new outlet kat shah alam!!!

Friday, 20 November 2015

Happy Birthday Husband!

Da 2 bulan baru nak update pasal birthday suprise untuk husband.. hehehe
First year of marriage dulu I gigih masak macam2..and plan everything dinner kat rumah. hihihi..and already share the story in this blog.

Tahun lepas...i ada bombastic plan..kononnya nak masak live lobster. gigih okey beli lobster hidup, balik rumah simpan dalam peti ais. but i'm too chicken nak handle sendiri lobster tu. arrrr...geli ok! wakakaka......after few days kept him in the chiller, rasanya dia mati kot. i just baked a week after husband's birthday...and the story never reveal in blog! muehehehe. but one day i must share jugak the story..gambar semua ada je. hihi..eh, even pengepit lobster yg besar gabak pon still ada lg dlm freeze tau! ahahaha..

Well, this year..da tak mampu nk plan masak surprise macam2. rasa mcm nak surprise something else pulak. nak try bawak pegi dinner tempat yang special. nak romantic2 berdua. kihkih. masa bulan September tu kan negara kita tengah hebat di landa jerebu. and the same time...tengah famous yang Dinner in the Sky kat KL tu... wow..macam best jerr...tapi bila tengok harga...gulp.. rm500 per person kot. ok...no tenkiu...lagipon tengah haze kott....then i keep google..cari tempat lain yg adventure/romantic/rare sket. Finally, i decide nak try Dining in the Dark KL! price agak reasonable la jugak...takde la mencekik sgt kan.


Here we are. after dinner.


ok, let me share our experience yer..
  • i do last minit booking (call reservation). fuhhh..nasib baik still ada seat. i pilih slot 8.30mlm. sepatutnya kalo buat online booking, bley dapat 14% discount tau.
  • Restoran ni terletak di Jalan Changkat Bukit Bintang. guess what,, jalan tu penuh dengan pub yer. hahahaha... we all macam, what the hell??? Mr. N lagi la terkejut..sbb dia memang betul2 clueless la pasal plan i ni. dia siap ajak pi klcc je, mkn steak kt Chili's pon boleh la. (sbb dia ingt i nak bawak dia mkn kat pub2 di situ) huhii... sila la guna waze..memang dia bawak ke jalan benar. parking kete, pilih je kt private parking kat celah2 bangunan tu. (btw, baby qarl i tinggal dengan adik i kat rumah)
  • We all jalan kaki sepanjang Pub, and trying hard cari kedai Dining in the Dark. fuhh..nasib baik la jumpa... hahaha..kecik je ye restoran dia. restoran dia tingkat 1 shop lot kedai, so, kat bawah tu just ada banner dia je.
  • bila smpai je, baru la husband i tahu kat mana bini dia bawa makan. huhu..first masuk je dalam restoran ni,, ada macam lobby. suram giler ok lobi dia! malap sungguh lampu dia. haiishhh..sangat la tak selesa, sbb i seorang yang suka restoran terang2. muahahaha..
  • kena datang awal ye, at least 30min sebelum slot yang di pilih, sebab ada icebreaking session. kat lobi tu, kami duduk kat sofa, and ada meja. atas meja tu ada few games...ada tin yang berisi beras + paper clip kot...and ada sekali blindfold. so, bley tutup mata dengan blindfold tu, then u seluk tangan dalam tin tu, cari paper clip. hihihi..its all about sense.
  • waitress akan serve sorang segelas jus untuk kami...then, kena teka 4 ingredient dalam jus tu! fuh..nasib baik dapat teka dengan betul. hihihihihi.
  • then...dia bawa lagi game lain...macam big block puzzle. ala...macam wooden toys budak2..suai padan wooden block ikut bentuk masing2. hihihi...dengan syarat, kena tutup mata juga! kena familiar with shape..ni semua penting ye sebelum di bawa masuk ke ruang makan.
  • da tiba masa untuk makan. kami kena beratur kat luar pintu gambar kt atas tu ye. beratur lurus, macam budak skolah rendah....tangan siap naik atas bahu orang depan. one line yer. hihihi
  • ada waitress yang akan guide kami masuk dalam tu. mata tak perlu tutup dengan ape2 pon. buka luas2 je mata kita. 
  • lepas je masuk pintu tu..dia ada macam ada curtain, kena lalu celah2 curtain..makin lama makin gelap... memang tak nampak ape2 ok. gelap gulita!and guess what, my husband is claustrophobia! OMG....ni betul2 surprise giler ni! dia memang surrender ok...dia tak mampu nak teruskan perjalanan lagi. dia macam nak kena heart attack gitu, tetiba je macam panic. we didnt even reach at our table pon! sob..sob...
  • so, we all di escort keluar.......... terus i rasa mcm, damn...what have i done? wuwuwuw... so, bila kat lobi luar, the restoran owner come to us, and asking why. huhu..as expected, ada je org lain pon phobia tempat gelap. they all suggest utk Mr. N pakai blindfold. so, boleh kurangkan sket gemuruh, sebab, tutup mata siap2 kan. 
  • then, we try again...lepas berlapis2 curtain kami lalui, then tadaaaaa....smpai ruang makan..memang bley rasa tempat tu luas, sbb bley dengar org lain pon tengah makan kelentung kelentang...plus, dengan bau food yang sungguh enak... hmm...besttt.
  • so, we all di bawa ke table for 2. kecik je table tu...memang bley capai tangan Mr. N kat depan..leh gengam2 ye tangan. and the waiter explain to us kat mana sudu garfu, kat mana cawan etc. hihihi
  • i order air mineral, then waiter tu tuangkan dalam gelas atas meja. dia tanya kat i, mcm mana nak tahu gelas tu da penuh ke tak? then i ckp, dengan dengar bunyi air tu penuh. see..tak de la susah sangat pon. i trust him tuang air dalam gelas ye, sbb dia pon sebenarnya buta. real blind men ye. in fact, semua waitress/waiter dia adalah OKU yang buta.
  • first course kami adalah appetiser. ada 4 jenis. dihidangkan dalam mangkuk kecik2 pelbagai bentuk. sebijik macam game yang kami main kat lobi tu ye. so, sambil teraba2...leh angkat mangkuk kecik2 tu, then guna la ape cara sekalipon untuk masukkan makanan dalam mulut ye. damnn..lupa da menu ape yang we all makan. hihii...so, this is really fun...sbb we have to guess makanan ape yang we all masukkan dalam mulut. hihi
  • arr..dont worry, waiter tu akan suggest nak makan yang mana dulu. dia akan bgtau start makan dengan dish blah kanan, then ikut arah jam. ye, kadang2 susunan makanan tu mcm bentuk bulat. 
  • lepas appetiser, dia hidangkan soup. ada2 jenis soup...dihidangkan dalam gelas kecik je... walaupon skit je soup tu, tp sungguh bermakna..sebab kita mkn dalam gelap kan. kena rasa betul2 then teka ada ingredient ape dalam tu. 
  • then, diikuti dengan 3 jenis main course. ni super duper delicious. damnnn...i still remember vividly macam mana rasa shell pasta dia yang super creamy to. memang enjoy every bite of it! main dish dia complete, ada ayam, daging, ada ikan! eee..best sgt.
  • last skali kami dihidangkan dengan 5 jenis dessert. nyum! ada satu plate tu, rasa manis gila. rasa macam makan gula! betul2 manis, sampai i tak dapat teka, dessert jenis ape yg i tengah telan ni. kalo setakat, ice cream, cheesecake, or puding...memang tahu sangat la..walaupon mkn dalam gelap kan. tp yg part macam gula ni, i betul2 clueless ok.
  • habis je makan..memang terasa full gile. we all rilex a bit. masa ni Mr. N da buka blindfold dia. dia da bley adapt ngn suasana gelap. seating dia mengadap belah camera infrared. so, dia nmpk red dot kat siling, lampu camera tu. tu dia da rasa relief sgt. so, waiter tu pon bgtau..mmg dia sengaja place my husband seating tu, sbb husband i phobia ngan tempat gelap.
  • sepanjang we all makan, memang dengar, waiter dok ulang alik jalan belakang and tepi kitaorg. kekadang dengar diorg bersiul or tepuk tangan, sbb nak alert waiter lain supaya tak berlanggar. 
  • bila da settle semua, we all pon diiring keluar. keluar je dari pintu kt atas tu..rasa mcm lega gila. dapat jumpa lampu malap tu pon rasa macam da terang habis la. (baru la i tahu nape lampu lobby dia malap nak mampus) kiranya, lampu lobby tu sebenarnya, yang paling cozy untuk customer yang sudah makan. hihihi
  • so, lepas kuar lobi, kami duduk balik kat sofa, then, diorg baru tunjuk menu beserta dengan gambar. baru la we all dapat confirmation ape yang we all tengah teka masa makan dalam tempat gelap tu. wuwuwuwuw.
  • and to reveal, what kind of sugar yang we all makan time dessert tu, rupanya macaroon! lerr..hahahaha...1st time la tu i rasa macaroon seumur hidup i. tak sangka ye, manis gilo, sebijik rasa mcm makan gula2. hahahahah
  • after all, memang sgt puas hati. its a lifetime experience. 
  • dalam restoran yang gelap tu....suka ati kau la nk makan mcm mana pon. nk menguap luas2 mulut ke, nk korek idung ke, i siap bersila ok atas kerusi tu! hahaha.... da tak de orang nampak kan. hihihi. tp mmg syiok ah. dok teraba2. i smpai kesudah tak jumpa sudu ok! tak sure memang depa lupa letak, or sudu i jatuh, or disorok oleh Mr. N.
  • Mr. N order juice rasanya, then dia ada nak air i. dia minta permision nak air i, i pon macam gigih berusaha nk bagi gelas i kat tangan dia. rupanya, dia da raba sendiri cari gelas i, da siap minum pon! hahaha... bley la we all survive sebenarnya kalo hilang daya penglihatan. 
  • lepas ni  bley la praktikkan skill ni kalo rumah blackout malam2. kehkehkeh.
  • and to be honest, sepanjang dalam ruang makan tu, i memang tersenyum sorang2. wakakak..padahal, tak de sape nampak pon. alangkah best nye, kalo dapat balik tengok rakaman cctv infrared tu. bley la tengok gelagat masing2 makan dalam gelap tu kan.

overall, puas hati sangat. totally worth every penny. experince yang best, and makanan yang sedap!
restoran ni takde certified halal jakim ye,so masa booking, sila strict bgtau yang no alcohol in our foods, and halal ingredient only. please request, and highlight this to them. we all sempat borak dengan owner restoran ni, dari german ke mana tah. very2 friendly guy. masa we all masuk ruang makan tu, sekali dengan chinese couple ni, datang dari singapore. akhinya, Mr. N dapat mengatasi phobia dia. huhuu..memang betul2 surprise ni. i tak tahu plak dia ada claustrophobia. poor my husband. till next birthday ya! babaii...



Thursday, 12 November 2015

Baby Qarl

Hari ni nak spam gambar anak pulak.
Wuwuwuw.... lagi seminggu je nak masuk 8bulan da. 
Perghh....cepat nye masa berlalu. 

I bagi summary je la yer..
He is very happy baby. Sangat mudah nak menjaga dia. tak banyak ragam. Masih menyusu badan sepenuhnya. Da start solid food sejak umur 6bulan. aktif meniarap pada 7bulan. tido dalam buaian kadang2 je mau tido atas katil. suka sangat mandi, bagi mandi tak penah nangis atau cranky sejak dari lahir.. penah bawak dia pegi baby spa, tapi dia nangis dalam jacuzzi baby tu. suka kerut2 kan kening. rambut dia sangat halus dan agak jarang (sah ikut gene bapak dia). kulit dia makin putih berseri2, mungkin dia ada amalkan qu puteh secretly behind my back. serasi tinggal dengan pengasuh dia. so far blom takut dekat strangers. channel baby TV adalah kegemaran dia. suka duduk dalam carseat. boleh tinggalkan dia sorang2 dalam rocker, make sure buka baby TV, boleh la mama nak berspa, masak2, hatta tido sekalipon. pemurah dengan senyuman. recently dia da tumbuh gigi! serentak 4 batang, 2atas,2bawah. seram nak oiiiii..jangan dok gigit2 plishh. 




nah....menempel dengan mama. ni masa awal2 i start keje. kalo shift malam, i wfh je, tapi baby kena menempel mcm ni. tido pon nak ada bau mama ye. masa ni blom beli lagi buaian untuk dia.


mama nak solat raya, dia bley sambung tido pulak. bagussssssssss


like father like son....bersinar2 bila nampak kepci




1st day start solid food. puree avocado.


gambar 7 bulan. 



moga terus membesar dengan sihat walafiat wahai anakanda..



Monday, 9 November 2015

Resepi smoked duck ala2 Homst Restaurant

Siapa pernah makan smoked duck dekat HOMST Restaurant? kedai chinese muslim yang famos amos. hehehe..mesti sape yang penah makan jatuh hati dengan kelazatan itik salai kan. hari ni I nak share resepi Smoked Duck ala-ala Homst restaurant.



tadaa....sama takk?? hihihi... rasa pon da ala2 sama (bak kata Mr. N)

Selama ni, kakak ipar I penah bagitau tentang kesedapan Smoked Duck kat HOMST Restaurant ni. kebetulan di Cyberjaya ada cawangan Homst yang baru buka. I penah ajak Mr. N pi makan kat sini, purposely nak rasa smoked duck yang dikatakan sedap sangat tu. Tapi memandangkan Mr. N ada sejarah hitam dengan itik, maka...dia bantah sekeras kerasnya. sob2. Tetiba...suatu hari...I tergerak hati whatsapp one of my blogger fren, nak ikut dia lunch sama. Dia dan ofismate lunch kt Homst. kebetulan jugak diorang order smoked duck ni untuk kongsi ramai2. 1st time la tu i makan, memang sedap..makan sambil pejam2 mata sebab nak menikmatinya. hahaha. maka...berusaha I ajak Mr. N pegi makan jugak..



1st time ni Mr. N makan smoked duck. hhahaha..masa nak tunggu makanan sampai, I sempat lari pergi barang kejap. tengah syok2 beli barang tetiba dapat gambar ni, siap dengan caption "eh..sedap la smoked duck ni" haaaa...baru kamu tahu yerr... hahaha

I pulak...sangat la jatuh hati dengan bun yang kecik2 tu. rangup diluar, lembut didalam. memang sedap giler lah! masa bayar kat kaunter, I siap tanya kat cashier tu, bun tu ada jual tak? dia cakap seketul rm1. fuhhhhh... hahahahahahha

ok...mana resepinya ni??? hahahaha..
sebenarnya.................................semua ni I beli yang frozen! hahaha. 
Bun kecik2 tu nama dia mini mantou: rm3.50 dapat 20biji. (goreng dalam minyak panas smpai kekuningan.
Smoked duck pon beli yang frozen jugak. CP brand: rm7.90 untuk 200gm.
Sos untuk smoked duck tu, guna sos cili thai sajo.....diperah sedikit dengan lemon.
Lepas tu, bley la racik2 bwang besar, carrot, cili dan daun ketumbar. 
SIAP!

oh...itik tu, lepas difrost, boleh la salut dengan telur + then celup tepung jagung/tepung goreng ayam.
Goreng hingga kulit dia garing. then hiris nipis2 tau!.







Semua barang2 ni, i beli dekat Pasar Borong Selangor, keri kembangan.
baru discover kedai pemborong yang best, nama dia Sri ternak. kat situ la i perasan ada jual smoked duck frozen. hihihi...mini mantou pon jumpa kat sana juga. so far tak penah lagi jumpa mini mantou kt pasaraya besar lain macam AEON big, jaya grocer, atau cold storage. selalu kat pasaraya besar ni ada jual mantou yang size besar2 jer.

puas hati ok! lepas ni tak perlu pi Homst da. jimat gilo ok! kt homst sepinggan smoked duck rm30+
Kalo buat sendiri???? rm10 pon tak smpai. hihihhi