Showing posts with label Dapur. Show all posts
Showing posts with label Dapur. Show all posts

Tuesday, 3 February 2015

Lebensstil Service

‎Beberapa bulan lepas, I ada masak sup tulang guna pressure cooker. Di sebabkan tak menyabar nak makan, I picit secret button kat penutup pressure cooker tu, nak bagi cepat buka. Sekali hamekk...abis meleleh segala kuah sup tu. Hampir banjir dapur masak ku. Wuwuwuwuwuw.

‎Keesokkan hari, tak sangka tunku yang banjir tu tak boleh hidup. Huwwaaaa... :( sedihnya. Da keringkan betul2...cuci bersih2 pon, still tak kuar api. Da try tukar ring dia dengan tunku sebelah pon sama. Tak kuar api! Nak tak nak, memang kena report Benova (comp yang I beli lebensstil). Tapi....asyik la bertangguh sampai berbulan2, sebabnya kad warranty tak jumpa. Agagaga.

Baru2 ni, Mr. N kemas bilik tetamu, tetiba dia jumpa segala warranty card. Alhamdulillah. So, last friday I terus call Benova, and sales person tu terus buat report. And suprising, semalam hari Isnin terus kontraktor lebensstil datang servis! Perghhhhh...efisyen giler!

Rupanya, ada last screw kat tengah2 tu yang tersumbat. Laaaaa.. cucuk ngan jarum je then solved the problem! Senang rupanya. Yang kami laki bini kat rumah da habis ikhtiar da. Nampak macam canggih sangat dapur tu.. hihihi. Da alang2 kontraktor tu datang, we all pon amik kesempatan tanya cara2 nak maintain sendiri dapur tu nanti. Hikhik..lepas ni da tak risau dapur tersumbat ke ape da.

tu ha....screw tengah2 yang warna gold tu yang tersumbat. cis....tak terfikir sampai nak check kesitu.


Yang I paling risau sebenarnya, warranty card tu. Ye la, selalu kan kalo beli barang elektrik, ada 2 keping warranty card. Sekeping kena hantar balik ke kilang untuk activate warranty dalam masa 7 hari kan? Hohoho..masalahnya, I tak pernah pon hantar balik warranty card tu. Tu yang cuak tu nak panggil mai servis, kot2 da tak cover warranty ke ape. Rupanya, as long as ada card tu, you are safe! Pheww.. so, uncle tu just koyak sekeping je, dia bawa balik nak claim job dia. So, memang selamat disitu. 



warranty card yang tak penah nak isi dan hantar ke kilang balik. huhuhuhu



Selain tu, I tanya jugak kat uncle tu, kalo dapur jenis tempered glass ni memang selalu pecah ke. Dia cakap, yang selalu pecah tu sebab salah pasang. Patut potong table top tu ngam2 pada besi bawah dapur tu. Jangan tebuk lubang luas then, terpaksa tempered glass tu plak yg menampung beban. Tu yang cepat retak dan meletup. Hoho, cepat2 I check dapur sendiri. Alhamdulillah..memang dapur tu terletak elok atas besi dia, bukan kaca.


dapur kaca yang selalu jadi mangsa. jangan tak tahu, bukan dapur jenis gas je yang selalu pecah, tapi induction cooker pon ada kes juga tau! ikut nasib la yer.


Akhir kata, memang best guna lebensstil. Servis yang sangat tiptop. Barang pon berkualiti. Tersangat puas hati. So, jangan ragu2 lagi nak beli jenama lebensstil.





Sent from my BlackBerry 10 smartphone.

Wednesday, 16 July 2014

McKitchen Tour - Part 1

memandangkan ada request yg suruh share McKitchen Tour....
delay bape lama..maklum la...mood Rajin lambat menjengah. kena kemas cantik2 baru bley buat tour kan.

Buat Part 1 dulu, sebab ni tour bahagian luar je. dalam2 kabinet belum lagi ye puan2 sekalian.
dalam kabinet tu belum susun atur kebabom lagi. masih mood campak2. belum serasi lagi kata org2 tua.

Fokus utama kita pada hari ni, adalah pada table top, ruang penyediaan dan juga sinki.
ruang2 lain..buat part lain ye. hikhikhik.


 Lupa plak nak snap gambar full. hihihi... tp i da penah share full picture of McKitchen
dapur ku yg size kecik molek ni..setakat 4x9kaki je, tak susah mana pon nak imagine. 
tu...siap nampak reflection sinki lagi kt pintu microwave. besar gitu je la dapurku. 

Ini antara ruangan untuk food preparation. i akan pastikan ruang ni sentiasa free gini. barang elektrik yg layak parking kat sini hanyalah tefal actifry, dan juga kettle air tu. benda lain..sila pi tempat lain. even periuk nasi pon i tak akan biarkn kt sini. tamo2 semak dan serabut. biar cerah gini, senang sikit untuk i buat keje. 

Bekas rempah (garam kunyit) dan kole minyak tu pon akan diubah nanti. i akan tambah para atas tu... da beli semua bahan, cuma tak pasang2 je lagi....haishhhh. tak sabar nak nyahkan spices and kole minyak dari kawasan tu. 

kawasan ni la yang menjadikan sakit kepala nak fikir. designer everskill suruh buat Tall Unit 2 kaki kat sini. Kiranya....start dari oven yang kat bawah tu...memanjang straight naik ke atas. gila ape nak buat tall unit kat situ...da tu....terlindung la nanti ruang spices tu. kan..kan????? da jadi gua belah batu bertangkup plak celah tu nanti. mana la i tak hangin ngn designer tu..bodoh piang sangat! mati2 dia pertahankan tak bley buat hanging compartment untuk microwave i tu. kononnya microwave tu berat la....tak boleh tampung la.. bla..bla...dan seribu alasan lain. ape ke bangang sangat?? takkan la boleh runtuh kot? da tu rumah orang lain rilex je simpan pinggang mangkuk berat2 kat kabinet atas tu, tak penah plak dengar kes runtuh kabinet.

last sekali, dia terpaksa juga ikut cakap i. ye la...i siap ugut tanak bayar kan. kehkeh. tapi ni pon i tak puas hati sebenarnya. patutnya hanging unit ni naik ke atas lagi. tapi tetiba jadi macam ni pulak. jauh jugak lari ukuran dia...ni semua salah designer bodoh piang tu.....susah sangat nak mendengar arahan. sebenarnya...panjang kotak ni pon dalam 3 kaki. memang buruk dan tak selesa kalo pasang 3kaki..sebab dia rendah. i paksa apek tu potong. apek tu pon nak senang keje...dia kata tak boleh nak potong, susah la ape la... HELLOOOO.. i customer kot. aku tengok hang potong pintu/papan lain boleh je, takkan nak suruh alter box ni tak boleh. jangan macam2 sangat apek..kang ada benda lain i potong kang. macam2 gergaji dia bawa..takkan la tak boleh alter kan? last skali dia ikut cakap i jugak. jadi la ni....nasib la ruang bawah tu masih muat untuk letak tefal airfryer tu. dan box tu pon muat letak microwave, dan ada ruang lagi tepi microwave untuk i letak blender. ok, cun sangat da tu.


ni lagi satu, ruang penyediaan yang cinonet. Alhamdulillah...walaupon kecik je, tapi sangat praktikal untuk i. janji ruang ni mesti kosongggggg je. baru hati banyak senang nak masak sedap2 untuk suami. agagagga. i plan nak letak para atas tu....para da beli..tapi tak pasang lagi. 

Berbaloi sangat dengan pemilihan quartz warna putih ni. suci murni je kan? nampak ada kaler2 lain je, cepat2 nak lap. hihihi...i penah ada bad experienced dengan table top warna hitam...ni kat rumah orang la ye. hitam memang tak nampak kotor..tapi bahaya jugak woo....bila da tak nampak kotor, tahap kebersihan diabaikan. nampak tak kotor..tapi bila terpegang area situ, tetiba belengas, licin, berlumut.... eeee... gelinya. sebab tu i tekad nak amik table top putih untuk rumah sendiri. senang nak jaga. nampak kotor je, cepat2 la lap dan cuci ye. baru hati senang. :D

i personally pilih quartz instead of granite. 
tak de specific reason...tapi terasa quartz ni lagi tahan lasak, sbb batu buatan. variety warna lebih banyak, nak jaga pon senang..tak perlu coating bagai.
kalo granite, more to natural resource. 
pendek kata....bila i baca article SINI, memang terus jatuh hati dengan quartz.
sambil2 dok masak, sambil2 dok belek quartz ni, pastu senyum sorang2. kahkah
sgt admire dengan pilihan sendiri..sebab ada yg sparkle2 macam cermin..ada mcm guli. sukerrr



ok..next..bahagian sinki pulak. i loveeeee my sink area so much!
Dulu i penah berangan nak beli sinki 2 bowl. siap terbayang, kalo tak beli 2 bowl, mesti akan menyesal seumur hidup. chewahhhh. the main reason i nak 2 bowl, sebab sebelah untuk kerja mencuci, sebelah lagi untuk tiarap pinggan2 yg da siap cuci. kehkeh. kan i taknak serabut atas table top tu.. memang jangan harap i nak letak dish rack bagai kat sebelah kiri tu. da la ruang tu sempit, nak kena kongsi dengan dish rack pulak.

Tapi, memandangkan da ada dish rack atas sinki ni, saat2 akhir pembelian sinki ni, kami berdua tukar ke 1 bowl saje. perghhh...memang tak penah menyesal pon beli 1 bowl je. Bersyukur Alhamdulillah lagi ada..sebab ni adalah pilihan yang tepat!!!!!!!! segala tok nenek belanga i boleh sumbat dalam sinki ni. tak basuh pinggan seminggu pon tak pe..sinki ni dalam dan luas. best sangat sangat sangat sangat. oiihh..over betul. hahaha. lepas cuci pinggan..semua i tiarap kat dish rack atas ni je. tak susah ape pon. tengok tu..segala tok nenek kuali, mangkuk, tupperware i letak atas tu. luas jugak ruang dia. Alhamdullillah...puas hati sangat.

adjustable penapis dari IKEA. rm34.90. perghh..terasa mahal untuk seketul penapis. 
Tapi pejam mata..sbb barang praktikal ni. luas, dan bley letak kat sinki gorgeous ni. wakaka. senang weih bila nak tos pasta bagai. Mr. N la paling suka menatang ni. memudahkan kerja dia. 

tersangat puas hati dengan size sinki ni, dan juga org yang pasang sinki ni. sangat kemas, measurement terbaik. ada ruang praktikal depan tu untuk i letak bekas sudu/senduk. nak letak sabun basuh pinggan/sabun tangan pon tak de masalah. tapi in future, i rasa macam nak letak rak kecik kat dinding tu, untuk letak bekas2 sabun tu. baru nampak lagi kemas. 



sinki ni ada saluran overflow. ni bila i tadah air dalam sinki, andai kata kita terlupa nk tutup paip..air takkan melimpah keluar sampai banjir satu dapur. tapi air yang berlebihan akan keluar ikut saluran overflow. wahh.. cool sangat ni.


 ulang tayang lagi sinki ni. hahaha.. buah hati sangat. ingat ye.. brand Fomtano dari China. walaupon macam tak penah dengar dan tak femes, pastu brand china plak tu kan... tapi kualiti dan harga sangat lah tiptop.
material stainless steel 304, tebal 1.2mm, satin finish... bawah ada coating putih melepak..siap dilapik getah tebal bawah sinki tu, tujuan untuk serap bunyi. perghhhhhhh. bila da pasang baru tau ciri2 awesome ni.

berganding bahu pulak dengan pull out shower tu, brand yang sama. puas hati sangat ok. tak sabar nk ada baby..nak bagi mandi dalam sink ni je. wakakakkakakaka. suka weih sink ni... luas betul. senang i nak rendam aper2...rendam cadar, berus baju dalam ni, semua selesa.  rasanya i tak pernah reveal harga sinki ni. total set sinki + tap = RM700. rasa ni la paling murah...berbanding dengan jenama lain yang harga lagi membunuh. tapi kualiti tetap tiptop.

mak i sangat berkenan sinki dan paip pull out shower tu. siap suruh i belikan untuk rumah dia lagi. tak habis2 dok puji sinki i ni. wakakka. yg bagus nye....beli sinki ni, da dapat sekali set paip untuk bawah sinki. setengah brand lain, paip2 and acessories bawah tu kena beli asing. lega bila da include sekali.


tada.. selesa skit nk susun lauk pauk kat ruangan ni. walaupon cinonet je..tapi sangat praktikal. senang i nak posing untuk MOTD, Menu of the day gituuuu. 

sediakan bahan siap2 before masak. perghh.. macam cooking show plak kan. nak buat mee kuah ni. hihihi. ruang ni juga i gunakan masa blend bahan2 ni. tapi lepas blend je, i terus cabut plug, and simpan blender tempat asal. mudah sangat bila tepi ni adalah sinki. tak perlukan banyak pergerakan. campak2..capai2 je kat sebelah


Akhir kata.. Syukur Alhamdulillah..dapat realisasikan impian McKitchen walaupon tak besar mana pon, tapi cukup selesa untuk i masak dengan penuh kasih sayang, happy membuak2. wakakak. serius...tak penah terfikir pon mampu buat McKitchen ni...ye la...da duduk rumah sendiri, haruslah berangan nak renovate/extend dinding bagai kan? tapi tu la...kalau nak tunggu sampai cukup duit untuk pecah dinding bagai... lama lagi tu nak dapat dapur yang selesa. Syukur da buat dapur..lepas ni..kalo tak extend belakang tu pon i tak kisah da. da ada dapur fully function kan. tak perlu nak ada wet and dry kitchen bagai pon. yang penting, kena BIJAK susun atur dan design dapur impian. sungguh..tak menyesal pon buat dapur ni walau tak extend bagai. sebab sangat berguna untuk i yang "rajin" masak ni. hihi

kalo nak ikutkan..kami patut pecahkan dinding sebelah pantry tu. baru la luas dapur kami..baru la boleh nak buat tall unit 4 kaki pon tak de hal. tapi segalanya ada hikmahNya. kalo pecah dinding tu, makin banyak kos. sebab kena tukar tangki air atas siling sebab dinding tu ada beam yang support tangki air atas. tak pecah pon ok je.. da dapat McPantry yang super awesome kan? 

ni sape yang tengah cari idea dan sumber untuk buat kabinet dapur, kalo terjumpa blog i mesti suke... berderet citer pasal dapur aje. 

Tuesday, 15 July 2014

McPantry

Assalamualaikum...

pergh..makin lama tak update blog ni. ape kena tah... hihihi
Alhamdulillah..kami sekeluarga sihat. batuk skit2 je.
Da pertengahan Ramadhan da pon. harap2..segala amal ibadat kita pada bulan puasa ni diterima Allah.

Minggu lepas...tetiba ada roh rajin datang, untuk mengemas pantry.
Dulu i penah share citer pasal Pantry Tour, Rak Serbaguna dalam Pantry & Our Little Kitchen.
Perghh..setahun jugak la kami guna rak serbaguna tu dalam ruang stor/pantry ni.

Macam2 kisah suka dan duka kami dengan si Pantry ni. kena serang tikus la...tak de lampu la... itu ini.
yang pasti...i memang failed bab susun atur dalam pantry lama yang guna rak serbaguna tu. Al-maklumlah....rak tu besar kotttttt. mmg tak sesuai untuk jadikan rak dalam pantry. tapi tak pe..sabar je la ye.

Berkat kesabaran selama setahun, setelah McKitchen direalisasikan....akhirnya ada kekuatan nk kemas ruang ni. gambar sebelum kemas tak de ye. memang tak smpai hati nak amik gambar...sebab sangat2 besepah...main campak je barang2 kt situ...belum lagi dengan habuk dan debu 3inci hasil renovate McKitchen. tak dilupakan taik tikus bersepah2...da jadi jamban dia pulak ye. kesian sgt ruang pantry ni tau. i terpaksa mop semua guna air panas and pembasmi kuman bagai. hihi. over tau.


tadaaaaaa...perkenalkan... McPantry. 
Amboi...siap dpt nama baru. kihkihkihkih.

Alhamdulillah...walaupon dapur kami kecil sebab terpaksa berkongsi ruang dengan bilik stor ni, namun...kami da convert jadi ruang pantry yang efficient. muahahahha. I recycle je rak lama. cadangnya nk beli rak Ikea GORM tu. tapi asyiklah out of stock. 2 kali pi IKEA, tapi pulang kehampaan.

Rak warna cream tu..da berusia 5 tahun weih.. still standing lagi tu. memang macam2 kegunaan rak ni tau! dari jadi rak baju...sampai ke dapur..now ni she may rest in McPantry pulak. sebenarnya..tak bape nk kukuh sangat....bila i saje tolak2...siap bunyi2 lagi. bawah tu...Cik T siap tebuk buat pintu masuk lagi.

Rak hitam tu....penah jadi rak buku tahun lepas. boleh refer entry NI. now ni, i da beli rak buku BILLY.....(citer akan dishare kemudian) maka, rak hitam ni pon kita kasi sumbat dalam McPantry pulak ye. boleh la i letak segala barangan elektronik. senang nak amik. 


 Close up McPantry.
banyak pulak stok makanan. ahahaha..dulu dalam pantry lama...terlindung. maklumla..susah nk masuk sebab ruang sempit.. rak serbaguna yang lama tu besar sangat. asyik membeli je stok makanan. now ni, boleh la i rancang menu ape nak masak...kasi setel stok2 ni semua. harap2...rak ni tahan la smpai rak GORM di restock semula. agagagaga. 

hanging basket tu i beli kat ikea jugak. 
patut accessories untuk GORM, tapi belasah je la buh sini. RM10 satu. ingat nanti nak borong lagi. banyak lagi ruang kosong tu kan. jangan roboh sudahhhhh

Rak hitam ni, atas tu i letak cerek air. lepas masak air kemudian sejuk...i akan transfer letak dalam pantry. i tak suka letak atas table top McKitchen. tamo serabut2 kat sana. jadi..sumbat sini je la. 
Sebelah tu ada set pisau, beli masa pi honeymoon kt Langkawi. beli brand Haji Ismail Group sajo. ni pisau ni jarang guna. tu yang transfer masuk pantry jugak. pisau kegunaan harian, i simpan dalam laci. 

tingkat 1 ada si oren gorgeous Le Crueset. memandangkan...penat lelah nak dapatkan Le Crueset ni, citer ni pon belom share. agagaga. maka..kena ada rak khas untuk dia. easy access gitu. plish2..jangan roboh. berat  sangat si Le Crueset ni.

Tingkat 2 i letak food processor. ni yang sampai termimpi2 sangat nak beli tu. now ni, letak tempak easy access gini, memang takde alasan lagi untuk tamo masak sedap2.

Tingkat 3 i letak periuk nasi harian. periuk nasi ni kecik je...cukup la untuk kegunaan kami berdua je. bila i tak masak nasi...kita campak masuk dalam pantry. lagi sekali...i tak suka barang2 lain dok menyemak kat table top McKitchen tu. sebelah tu ada hand mixer. 

Ruang bawah tu masih kosong. mari la berangan kot2 dapat stand mixer yg kebabom mcm KitchenAid ke, KMix ke kan??? ahahha... tapi kalo ada stand mixer sekali pon, i rasa...dia akan dapat tempat special atas table top McKitchen. haha.. bias betul la. tapi dalam masa terdekat ni, ruang bawah sekali tu, i plan nak letak segala stok sabun/pencuci/shampoo etc. 



Jom...jengah ke dalam. 
Dalam ni i letak rak dapur memasak masa awal2 kami pindah dulu. 
rak ni dari rumah bujang Mr. N. meh la kita campak ke ruang McPantry. biar dia berjasa pulak dalam ni. 
Atas tu i letak tong beras. akhirnya...i beli je tong beras clear gini. senang sket nk tengok stok beras cukup ke tak. agagagaga. kat tepi tu ada pressure cooker, ada periuk nasi besar. bawah2 tu ada periuk belanga, periuk kukus semua.

rak warna cream tu....tingkat atas sekali ada stok gula, gula perang, gula halus, icing sugar la, segala jenis tepung, cocoa powder, biskut. 

tingkat 2, segala jenis sos, barang2 untuk masak lauk pauk. 

Tingkat 3, stok bahan minuman, segala jenis susu, kordial, milo, tea, milo, sirap, nestum...and the list go on.

bawah sekali i letak botol minyak...and botol2 spice (mungkin temporary)



rasa macam nak tido dalam pantry ni boleh tak??? arghh...rasa macam cozy jer. 
memang suka sangat nk masuk dalam pantry ni banyak2 kali. jakun betui. agagga


diingatkan...McPantry ni akan berubah wajah dari semasa ke semasa. macam2 plan da yang i fikir ni, nak tambah itu ini. banyak lagi ruang kosong dalam ni. tapi tu la... berangan dulu ye. 

Sekian saje tour McPantry kali ni. maaf la kalo ada yg bosan ke ape...tak habis2 citer pasal dapurrrrrrr je kan. macam dia sorang je ada dapur. ahaksssss



Tuesday, 17 June 2014

Fully Function McKitchen

Syukur Alhamdulillah.. McKitchen akhirnya siap. 
perghh..lama juga kan i dok plan sana sini. mcm tak caye plak bila da siap.
Feel dia lain macam weih..kerja2 memasak terus jadi mudah sgt2. hihi
lama betul entry ni tertangguh. bz keje mcm nk giler...


Pada hari selasa  2minggu lepas....sewaktu pemasangan quartz slab.
mmg i witness everything...cara diorg ukur, potong, pasang, letak filler bagai. 
such a good experience!

Tak payah nak taip panjang2...mari la kita cuci mata dengan gambar McKitchen.


masuk je dapur...nmpk mcm ni.
kabinet atas tinggi smpai ke siling. i guna handle foc utk kabinet atas.
kabinet bawah, i guna aluminium frame. i tanak guna handle kt bawah..sbb takut tersangkut handle tu kt perut. wakakaka. 


Just what i'm dreaming about.
tp ni tak siap lg ni...nk tambah shelve kt dinding tu lagi.
i tak suka letak barang atas counter top tu. segala garam, kunyit, tin minyak bagai tu... a big NO!
i perlukan counter top yg bebas dan tak sesak. sng i nak prepare makanan.
rata2..i tgk dapur org lain...sesak atak counter top tu, segala tupperware gula, periuk nasi, water heater ape bagai tu. dapur depa luas tak pe la...dapur i ni cinonet sajo..

My lovely sink!
love to the max...besar and dalam. syiok sgt. tambah2 sinki undermount ni.
edges quartz stone to smooth jer..sedap mata memandang. tak la selekeh dgn sisa makanan etc.
nak basuh/kemas pon senang gini. 


pandangan dari pintu dapur.
Alhamdulillah..siap juga dapur impian. the work space just nice for me to prepare delish food.


Akhir kata...mmg sgt puas hati. berbaloi dgn masa dan duit yg dikeluarkan.
walaupon ada sket2 je yg tak puas hati, tapi tak pe.....yg PUAS HATI tu lg banyakkk.
the installation is superb! kemas sgt2. i mmg witness everything...setiap corner, lubang, gap ke ape. mmg da khatam la cara2 nk psg kabinet dapur ni. tak de la susah sgt...cuma perlu ada peralatan yg betul. 

aritu janji nk reveal harga... tp entry lain la..bley tak? 
ahahaha..mls plak nk buka file McKitchen. agagaga. kang nk ingt blk harga...makin lambat publish post ni. 
da 2 minggu tersadai dlm draft ni.


nah..jamu mata tgk dlm oven McKitchen ni. shining2 gitu...
nnt i share segala masakan yg da selamat i masak guna dapur baru. ahahah



Sent from my BlackBerry 10 smartphone.

Wednesday, 28 May 2014

McKitchen in the house!!

Alhamdulillah....finally.....
McKitchen idaman da siap... erkk.. ada lg sket je lom siap. 
jauh sungguh perjalanan.... dari tahun lepas tak senang duduk berangan, baca forum etc. 
3minggu before pasang...smpai termimpi2...nk tido tak lena..mkn tak lalu. wakakaka.. dasyat sgt penangannya tu. tu yg terabai je blog ni. hihihihi

Seperti sedia maklum.....i buat kabinet dapur dengan everskill design, book time promotion masa Home Exhibition.


this is the final design. setelah gaduh2, bertekak, ugutan semua lengkap ah. stress ok!
redha je lah dgn size dapur yg kecik ni.. tak berapa idaman sgt. tp tetap syukur Alhamdulillah. :D
17 May baru betul2 dpt finalize design. installation adalah pada 26May - Isnin lepas. 
kami laki bini siap amik cuti hari tu. i pulak keje mlm hari ahad tu... blk rumah pg isnin da tak bley tido...smpai ke mlm baru bley tido. penat gilo tak tido lebih 24jam.

Keadaan rumah yg berselerak. penuh sesak dgn oven gedabak, kitchen hood gedabak parking kt living hall. tak muat da nk letak tempat lain. we have been living like this selama seminggu. hoiii...bayangkn la... terasa lama sgt  masa berlalu...ditambah pula kena makan luar pagi petang siang malam. :(


patut dalam pukul 10pg diorg da smpai. tapi bley plak sesat barat ke mana hala entah. a lil bit tricky nk cari rumah kami sebenarnya...especially kalo org yg tak familiar dgn cyberjaya.
so, kabinet dapur da siap pasang kotak2 gini. diorg letak kaki pada setiap kotak tu.

hari yg sama juga buat kerja2 tebung dinding untuk laluan hose hood. ni da termasuk pakej dgn everskill. senang..guna pekerja dia yg berpengalaman. nasib la da ubah paip air and wiring awal seminggu dari ni. 

uncle ni rilex je buat keje sorg2. ada assistant dia tu tak bape pandai. mmg apek ni hangin jer. cer teka umur dia bape? hihihi. umur dia da 64tahun beb. tp kuat lg buat2 kerja berat gini. 


setelah dia camtum kotak2 jadi gini...then tu dia tgh levelling kaki kabinet dapur ni. maklumla...lantai dapur ni tak sama rata...terpaksa sumbat filler kt kaki tu.

before pasang ape2..dia akan ukur betul2...then kalo terlebih kayu ke ape..dia potong siap2

mencabar jugak tgk dia pasang kabinet kt dinding atas ni. mmg skru terus je masuk dlm dinding. harap2 kukuh tak runtuh la ye. hahaha. tetiba je ada fobia gitu.


tada....da nmpk rupa McKitchen. excited gile i masa ni. mmg tak bley nk tido langsung walaupon badan letih keje malam. tp excited dan risau...mmg sanggup jadi penunggu dapur.


yg kabinet bawah tu...asalnya kan kotak2 berlubang kan. bila da siap camtum semua...dia letak selapis compress wood atas tu. nmpk mcm ada table top da..padahal blom lg. 
so far tgk kukuh jugak walaupon pakai compress wood. depa ni selamba je pijak atas tu...rilex je. kita yg seriau tengok.


hasil kesepahan dgn serbuk2 kayu. huhuhu... tak pe2... demi McKitchen idaman...



Akhir sekali..terimalah... McKitchen idaman ku. 
kecik dan compact. Alhamdulillah.
setelah setahun pindah rumah..baru dpt realisasikn impian. 
tumpang letak hob dan sinki atas tu... tak bley masak2 lg...quartz top hari selasa dpn baru depa mai pasang. 
makan kedai lagi la kami laki bini. hukhukhuk


Sebenarnya...tak terlintas langsung nk buat kitchen cabinet ni dalam masa terdekat tau! sbb size dapur yg kecik...and kalo nk extend pon, mesti perlukan kos yg tinggi. tapi....Mr. N tetiba bersuara utk buat kitchen cabinet, tanpa extend dapur. so...tu yg jenuh pecah kepala fikir design yg betul2 maximumkn penggunaan ruang dapur yg ada ni. 

ada banyak sgt benda nk share...tp tunggu entry lain ok. nnt i share segala kos yg dibelanjakan. nk share pasal gaduh2 dgn design everskill. wakakaka. i will review soon, complete ngan McKitchen Tour. Syukur Alhamdulillah...hopefully lepas ni tiap2 hari semangat nk masak. kihkih. duit hasil simpanan selama setahun. perghh..rasa mcm nk buat kenduri kawen je kaedahnye. wakaakakka. lain woo feel dia bila kita kumpul duit sendiri and belanjakn utk something big mcm ni. kepuasan dia lain mcm. tu pasal sanggup bertekak and ugut2 bagai org design ni. huhuhu



Sunday, 12 January 2014

More Kitchen Dream

I've been watching Dexter series for couple of months now..
cant help my self but notice how beautiful kitchen Dexter have in his apartment.
muahahahahahaha...

Thanks to unifi and hypptv that we subscribed.
Every weekend, Fox channel ulang tayang citer Dexter secara marathon. dari 1-8season.
So, selalunya.. hari sabtu dan ahad kalo tak kemana..mmg layan tv je kt rumah. Sehari ada 6 episod je. ok la..layan smbil kemas rumah..

back to the topic... semalam baru i perasan betapa cantiknye dapur si Dexter ni. i love the design... just what i want in my kitchen.. luckily i found the picture in google so i can share here. lalalalala..

tada.... nice compact little kitchen. kinda look like IKEA's kitchen kan?
definitely we need to stop by IKEA before finalize our kitchen layout.


This part that make my jaw drop. 
cant stop smiling everytime i saw any scene in this kitchen.
love the open shelve to the max! :D


Finally, i can picture myself in our "Nano Kitchen" soon. 


Wednesday, 8 January 2014

Kitchen Cabinet Journey

beberapa hari menyepi ni, sebenarnya..ada projek. 
kihkih...projek perah otak untuk dapur idaman.
almaklum la..antara wish list 2014 adalah nak pasang kitchen cabinet. 
da hampir setahun duduk rumah baru, baru berkesempatan nk buat KC.
so far..tahun lepas kami da beli set dapur (kitchen hob, hood & oven) - tp baru byr deposit 20%
da booking KC dengan everskill masa home exhibation tahun lepas.

So, minggu lps kami pegi blk ofis everskill. buka balik resit kira2...and roughly design.
Lepas balik rumah...i ukur sendiri2...ternyata dapur tu terlalu sempit.
Dapur ku yg kecik molek tu, hanya boleh buat KC bentuk L (9x4kaki) 13kaki sajer.
tak bley nak tumpang buat tall unit sebelah peti ais ke ape da...
makanya...kena betul2 plan kc...sbb sepanjang 13kaki tu la i nak kena fikirkn mana nk letak sinki, hob, oven, microwave, drawer set, bottle rack, tong gas memasak, segala kitchen gadget seperti actifry, periuk nasi, blender, food processor. tak juga dilupakan bahagian atas, nak letak dish rack, hood, book shelve. hoho. nasib baik tak kena sumbat sekali peti ais dkt ruang 13kaki tu..kalo tak... mmg jadi micro kitchen.

diingatkan, kalo kc bentuk L 13kaki, sebenarnya...ruang yg ada hanya 12kaki jer.... kena tolak sekaki utk bahagian sudut. wuwuwuwuw. stress ok fikir pasal KC. i tanak harapkan design dari everskill, nanti mesti diorg bg template default jer.

contoh template biasa. kihkih... sesuka hati jer. 
tersangatla cantik backsplash yang bersinar2 tu.... tp kalo ada kt dapur i..kejap je jadi belacan kalo tiap2 hari tumis gulai.. habis berlemoih nanti. wakakaka. 

Sekarang ni, kena fokus cari sinki. sinki tak beli lagi dan tak penah survey sebelum ni.
2 hari jugak gigih google sana sini... kalo ikutkan hati..harus la nak 2 sinki besar2 dan paling dalam. 
tapi memandangkan ruang yg terhad.... mungkin terpaksa guna 1 sinki jer...which is later..mesti menyesal seumur hidup. hellooooo... mana cukup 1 sinki jer. sobsob. selalunya..1 sinki pon da bersaiz 400mm. sepanjang i survey...mostly 2 sinki berukuran 900mm dan keatas. which is...terlampau panjang...rugi space plak nanti. so, i kena had kan... kena cari 2sinki yg berukuran 800mm saje. 

sinki pula ada 2 jenis.... topmount and undermount. 

Perbezaan antara top mount dan undermount. 


sudah tentu i pilih undermount. kihkihkih.... lebih kemas dan mudah nk cuci. lalalalalalalala

kalo perasan kt kedai.. ada jenis sinki yg berlekuk2 kat tepi tu..dan ada juga jenis yg nipis jer. kalo untuk undermount, silih pilih sinki yg nipis jer tau. 

Setelah penat cuci mata....akhirnya jumpa sinki yang memenuhi citarasa. saiz less than 800mm, 2 sinki, undermount, material stainless steel 304 berketebalan 0.9mm. kedalaman 200mm which is still acceptable. cuma tang harga je la tak bape nk berkenan sgt. huhuhu. ada sesapa tau kat mana bley dapatkan model rubine ni dgn harga murah?

ada beberapa ciri lagi yg i google, pasal jenis coating la etc. tp yg penting...pilih material stainless steel 304 dan berketebalan 0.8mm keatas. dimensi kedalaman pulak....paling dalam i jumpa 250mm. ni paling maximum ideal size utk guna kat rumah...kalo nk pilih dalam lagi...sila la buka kedai makan. ok.. paling penting sekali.. pilih sinki betul2 mengikut cara pemasangan anda. kalo nak undermount, make sure beli yg nipis. jangan beli sinki bertebing luar tu..tapi nk pasang undermount pulak. nanti pemasangan tak bape kemas...tak pasal2 bocor pulak tepi2 tu. tu yang ruang bawah sinki sentiasa lembab dan berbau.

ok.. next..pemilihan tap...
*krik..krik* tak de idea ok! mungkin yg ni kena pegi kedai kot. tgk juga pada bajet... kalo agak2 semput sgt....sauk je la tap mana yg sesuai. kihkihkihkih.

Seterusnya... i kena pastikan siap2 setiap size compartment..supaya boleh maksimumkan penggunaan. 
gigih masuk forum lowyat...ada lebih kurang 400pgs.....gigih klik satu2..save pic. kihkih. bley la guna pic kat atas ni sebagai rujukan. untuk dapur i...bahagian  bawah adalah khas untuk letak segala kitchen gadget yg berat2..sng nak amik dan guna. bahagian atas khas untuk makanan dan juga pinggan mangkuk.



saiz macam da nak sama... tengah membayangkan rupa paras dapur sendiri nanti..mesti padat...sbb nk kena sumbat sekali oven, microwave. arghhh...stress pulak fikir. 


i plan nak buat open shelve macam dalam gambar ni. tapi i nak buat 2 tingkat. sng nk letak segala cawan, sudu, spices or makanan yang da siap masak ker... hahaha. berangan je la i ni.


membayangkan kabinet dapur yg tinggi sampai ke siling mcm ni. tapi ni mcm tinggi sangat pulak...

nyum2..cantiknye.. tapi i tak bape berkenan frosted glass tu, sbb bley nmpk bayang2 barang dalam tu.
design kabinet atas dia..sume petak jer.. kalo i..cpt bosan. wakakak..banyak songeh. 

Pemilihan warna... 
mula2...i nak pilih KC kale aqua/baby blue.... mcm dapur Xiaxue ni... 
wahh.. giler syok...sejuk je mata memandang. kalo nak masak pon..mesti rasa tenang jer. hihihi. 
tapi...mcm susah pulak nak cari melamine kaler aqua/baby blue. muahahaha.. kalo 3G tu, mmg ada jer. tapi tak  mampu den nk pakai sume pintu 3G.


Setelah google2...jatuh hati dgn combination kaler ni. 
elok sgt la tu..melamine kebanyakan kaler gini2 jer.. harap2 3G ada kaler mcm ni jugak. baru la mood nak masak tu dtg 200%. kihkihkih


ok la...enough with berangan dan planning. 
paling awal pon, mungkin awal bln 3 baru start buat. skarang ni..rilex2 dan bertenang dulu. 
hujung bln 2 ni, nak kena renew insurance road tax utk 2 kete dan 1 bike pulak. ciskek betul la. 


semalam sempat i sketch 3D KC idaman. wakakaka... amature betul. 
tapi lebih kurang mcm ni la..ape yg i bayangkan. 

Selalunya...oven dan microwave org letak kat tall unit kan. tapi dapur L shape ni, mmg tak sesuai buat tall unit. selalunya dekat penghujung sinki tu la org buat tall unit, tapi dlm kes i...tepi sinki tu adalah tingkap. so, mmg tak sesuai buat tall unit. kalo nak buat sebelah dinding kiri yg ruang 4 kaki tu.... mmg tak praktikal...sbb ruang corner tu akan tersorok. sempit sgt weih..4 kaki. stress nyer. hahahaha

berharap..bley letak oven bawah hob tu. tp celah mana plak nak letak gas? arrrrrr. T___T
set drawer i mmg nak letak dekat dgn sinki..lebih paktikal. kalo gas, letak bawah sinki tu muat tak? ada org penah buat tak? hahahaha. microwave terpaksa letak kat wall unit mcm tu. tapi kena kebawah skit...utk lebih paktikal. 

so, mcm ni la rupa our "nano kitchen" kihkihkih. nak tgk jadi ke tak.. tunggu bln 4 nanti yer.
adoii.. stressnye dgn ruang yang terhad..kang ada juga yg pecahkan ruang pantri tu. wakakaka. duit oh duit..sila la jatuh dari langit!