Showing posts with label Dreams. Show all posts
Showing posts with label Dreams. Show all posts

Wednesday, 16 July 2014

McKitchen Tour - Part 1

memandangkan ada request yg suruh share McKitchen Tour....
delay bape lama..maklum la...mood Rajin lambat menjengah. kena kemas cantik2 baru bley buat tour kan.

Buat Part 1 dulu, sebab ni tour bahagian luar je. dalam2 kabinet belum lagi ye puan2 sekalian.
dalam kabinet tu belum susun atur kebabom lagi. masih mood campak2. belum serasi lagi kata org2 tua.

Fokus utama kita pada hari ni, adalah pada table top, ruang penyediaan dan juga sinki.
ruang2 lain..buat part lain ye. hikhikhik.


 Lupa plak nak snap gambar full. hihihi... tp i da penah share full picture of McKitchen
dapur ku yg size kecik molek ni..setakat 4x9kaki je, tak susah mana pon nak imagine. 
tu...siap nampak reflection sinki lagi kt pintu microwave. besar gitu je la dapurku. 

Ini antara ruangan untuk food preparation. i akan pastikan ruang ni sentiasa free gini. barang elektrik yg layak parking kat sini hanyalah tefal actifry, dan juga kettle air tu. benda lain..sila pi tempat lain. even periuk nasi pon i tak akan biarkn kt sini. tamo2 semak dan serabut. biar cerah gini, senang sikit untuk i buat keje. 

Bekas rempah (garam kunyit) dan kole minyak tu pon akan diubah nanti. i akan tambah para atas tu... da beli semua bahan, cuma tak pasang2 je lagi....haishhhh. tak sabar nak nyahkan spices and kole minyak dari kawasan tu. 

kawasan ni la yang menjadikan sakit kepala nak fikir. designer everskill suruh buat Tall Unit 2 kaki kat sini. Kiranya....start dari oven yang kat bawah tu...memanjang straight naik ke atas. gila ape nak buat tall unit kat situ...da tu....terlindung la nanti ruang spices tu. kan..kan????? da jadi gua belah batu bertangkup plak celah tu nanti. mana la i tak hangin ngn designer tu..bodoh piang sangat! mati2 dia pertahankan tak bley buat hanging compartment untuk microwave i tu. kononnya microwave tu berat la....tak boleh tampung la.. bla..bla...dan seribu alasan lain. ape ke bangang sangat?? takkan la boleh runtuh kot? da tu rumah orang lain rilex je simpan pinggang mangkuk berat2 kat kabinet atas tu, tak penah plak dengar kes runtuh kabinet.

last sekali, dia terpaksa juga ikut cakap i. ye la...i siap ugut tanak bayar kan. kehkeh. tapi ni pon i tak puas hati sebenarnya. patutnya hanging unit ni naik ke atas lagi. tapi tetiba jadi macam ni pulak. jauh jugak lari ukuran dia...ni semua salah designer bodoh piang tu.....susah sangat nak mendengar arahan. sebenarnya...panjang kotak ni pon dalam 3 kaki. memang buruk dan tak selesa kalo pasang 3kaki..sebab dia rendah. i paksa apek tu potong. apek tu pon nak senang keje...dia kata tak boleh nak potong, susah la ape la... HELLOOOO.. i customer kot. aku tengok hang potong pintu/papan lain boleh je, takkan nak suruh alter box ni tak boleh. jangan macam2 sangat apek..kang ada benda lain i potong kang. macam2 gergaji dia bawa..takkan la tak boleh alter kan? last skali dia ikut cakap i jugak. jadi la ni....nasib la ruang bawah tu masih muat untuk letak tefal airfryer tu. dan box tu pon muat letak microwave, dan ada ruang lagi tepi microwave untuk i letak blender. ok, cun sangat da tu.


ni lagi satu, ruang penyediaan yang cinonet. Alhamdulillah...walaupon kecik je, tapi sangat praktikal untuk i. janji ruang ni mesti kosongggggg je. baru hati banyak senang nak masak sedap2 untuk suami. agagagga. i plan nak letak para atas tu....para da beli..tapi tak pasang lagi. 

Berbaloi sangat dengan pemilihan quartz warna putih ni. suci murni je kan? nampak ada kaler2 lain je, cepat2 nak lap. hihihi...i penah ada bad experienced dengan table top warna hitam...ni kat rumah orang la ye. hitam memang tak nampak kotor..tapi bahaya jugak woo....bila da tak nampak kotor, tahap kebersihan diabaikan. nampak tak kotor..tapi bila terpegang area situ, tetiba belengas, licin, berlumut.... eeee... gelinya. sebab tu i tekad nak amik table top putih untuk rumah sendiri. senang nak jaga. nampak kotor je, cepat2 la lap dan cuci ye. baru hati senang. :D

i personally pilih quartz instead of granite. 
tak de specific reason...tapi terasa quartz ni lagi tahan lasak, sbb batu buatan. variety warna lebih banyak, nak jaga pon senang..tak perlu coating bagai.
kalo granite, more to natural resource. 
pendek kata....bila i baca article SINI, memang terus jatuh hati dengan quartz.
sambil2 dok masak, sambil2 dok belek quartz ni, pastu senyum sorang2. kahkah
sgt admire dengan pilihan sendiri..sebab ada yg sparkle2 macam cermin..ada mcm guli. sukerrr



ok..next..bahagian sinki pulak. i loveeeee my sink area so much!
Dulu i penah berangan nak beli sinki 2 bowl. siap terbayang, kalo tak beli 2 bowl, mesti akan menyesal seumur hidup. chewahhhh. the main reason i nak 2 bowl, sebab sebelah untuk kerja mencuci, sebelah lagi untuk tiarap pinggan2 yg da siap cuci. kehkeh. kan i taknak serabut atas table top tu.. memang jangan harap i nak letak dish rack bagai kat sebelah kiri tu. da la ruang tu sempit, nak kena kongsi dengan dish rack pulak.

Tapi, memandangkan da ada dish rack atas sinki ni, saat2 akhir pembelian sinki ni, kami berdua tukar ke 1 bowl saje. perghhh...memang tak penah menyesal pon beli 1 bowl je. Bersyukur Alhamdulillah lagi ada..sebab ni adalah pilihan yang tepat!!!!!!!! segala tok nenek belanga i boleh sumbat dalam sinki ni. tak basuh pinggan seminggu pon tak pe..sinki ni dalam dan luas. best sangat sangat sangat sangat. oiihh..over betul. hahaha. lepas cuci pinggan..semua i tiarap kat dish rack atas ni je. tak susah ape pon. tengok tu..segala tok nenek kuali, mangkuk, tupperware i letak atas tu. luas jugak ruang dia. Alhamdullillah...puas hati sangat.

adjustable penapis dari IKEA. rm34.90. perghh..terasa mahal untuk seketul penapis. 
Tapi pejam mata..sbb barang praktikal ni. luas, dan bley letak kat sinki gorgeous ni. wakaka. senang weih bila nak tos pasta bagai. Mr. N la paling suka menatang ni. memudahkan kerja dia. 

tersangat puas hati dengan size sinki ni, dan juga org yang pasang sinki ni. sangat kemas, measurement terbaik. ada ruang praktikal depan tu untuk i letak bekas sudu/senduk. nak letak sabun basuh pinggan/sabun tangan pon tak de masalah. tapi in future, i rasa macam nak letak rak kecik kat dinding tu, untuk letak bekas2 sabun tu. baru nampak lagi kemas. 



sinki ni ada saluran overflow. ni bila i tadah air dalam sinki, andai kata kita terlupa nk tutup paip..air takkan melimpah keluar sampai banjir satu dapur. tapi air yang berlebihan akan keluar ikut saluran overflow. wahh.. cool sangat ni.


 ulang tayang lagi sinki ni. hahaha.. buah hati sangat. ingat ye.. brand Fomtano dari China. walaupon macam tak penah dengar dan tak femes, pastu brand china plak tu kan... tapi kualiti dan harga sangat lah tiptop.
material stainless steel 304, tebal 1.2mm, satin finish... bawah ada coating putih melepak..siap dilapik getah tebal bawah sinki tu, tujuan untuk serap bunyi. perghhhhhhh. bila da pasang baru tau ciri2 awesome ni.

berganding bahu pulak dengan pull out shower tu, brand yang sama. puas hati sangat ok. tak sabar nk ada baby..nak bagi mandi dalam sink ni je. wakakakkakakaka. suka weih sink ni... luas betul. senang i nak rendam aper2...rendam cadar, berus baju dalam ni, semua selesa.  rasanya i tak pernah reveal harga sinki ni. total set sinki + tap = RM700. rasa ni la paling murah...berbanding dengan jenama lain yang harga lagi membunuh. tapi kualiti tetap tiptop.

mak i sangat berkenan sinki dan paip pull out shower tu. siap suruh i belikan untuk rumah dia lagi. tak habis2 dok puji sinki i ni. wakakka. yg bagus nye....beli sinki ni, da dapat sekali set paip untuk bawah sinki. setengah brand lain, paip2 and acessories bawah tu kena beli asing. lega bila da include sekali.


tada.. selesa skit nk susun lauk pauk kat ruangan ni. walaupon cinonet je..tapi sangat praktikal. senang i nak posing untuk MOTD, Menu of the day gituuuu. 

sediakan bahan siap2 before masak. perghh.. macam cooking show plak kan. nak buat mee kuah ni. hihihi. ruang ni juga i gunakan masa blend bahan2 ni. tapi lepas blend je, i terus cabut plug, and simpan blender tempat asal. mudah sangat bila tepi ni adalah sinki. tak perlukan banyak pergerakan. campak2..capai2 je kat sebelah


Akhir kata.. Syukur Alhamdulillah..dapat realisasikan impian McKitchen walaupon tak besar mana pon, tapi cukup selesa untuk i masak dengan penuh kasih sayang, happy membuak2. wakakak. serius...tak penah terfikir pon mampu buat McKitchen ni...ye la...da duduk rumah sendiri, haruslah berangan nak renovate/extend dinding bagai kan? tapi tu la...kalau nak tunggu sampai cukup duit untuk pecah dinding bagai... lama lagi tu nak dapat dapur yang selesa. Syukur da buat dapur..lepas ni..kalo tak extend belakang tu pon i tak kisah da. da ada dapur fully function kan. tak perlu nak ada wet and dry kitchen bagai pon. yang penting, kena BIJAK susun atur dan design dapur impian. sungguh..tak menyesal pon buat dapur ni walau tak extend bagai. sebab sangat berguna untuk i yang "rajin" masak ni. hihi

kalo nak ikutkan..kami patut pecahkan dinding sebelah pantry tu. baru la luas dapur kami..baru la boleh nak buat tall unit 4 kaki pon tak de hal. tapi segalanya ada hikmahNya. kalo pecah dinding tu, makin banyak kos. sebab kena tukar tangki air atas siling sebab dinding tu ada beam yang support tangki air atas. tak pecah pon ok je.. da dapat McPantry yang super awesome kan? 

ni sape yang tengah cari idea dan sumber untuk buat kabinet dapur, kalo terjumpa blog i mesti suke... berderet citer pasal dapur aje. 

Sunday, 12 January 2014

More Kitchen Dream

I've been watching Dexter series for couple of months now..
cant help my self but notice how beautiful kitchen Dexter have in his apartment.
muahahahahahaha...

Thanks to unifi and hypptv that we subscribed.
Every weekend, Fox channel ulang tayang citer Dexter secara marathon. dari 1-8season.
So, selalunya.. hari sabtu dan ahad kalo tak kemana..mmg layan tv je kt rumah. Sehari ada 6 episod je. ok la..layan smbil kemas rumah..

back to the topic... semalam baru i perasan betapa cantiknye dapur si Dexter ni. i love the design... just what i want in my kitchen.. luckily i found the picture in google so i can share here. lalalalala..

tada.... nice compact little kitchen. kinda look like IKEA's kitchen kan?
definitely we need to stop by IKEA before finalize our kitchen layout.


This part that make my jaw drop. 
cant stop smiling everytime i saw any scene in this kitchen.
love the open shelve to the max! :D


Finally, i can picture myself in our "Nano Kitchen" soon. 


Wednesday, 8 January 2014

Kitchen Cabinet Journey

beberapa hari menyepi ni, sebenarnya..ada projek. 
kihkih...projek perah otak untuk dapur idaman.
almaklum la..antara wish list 2014 adalah nak pasang kitchen cabinet. 
da hampir setahun duduk rumah baru, baru berkesempatan nk buat KC.
so far..tahun lepas kami da beli set dapur (kitchen hob, hood & oven) - tp baru byr deposit 20%
da booking KC dengan everskill masa home exhibation tahun lepas.

So, minggu lps kami pegi blk ofis everskill. buka balik resit kira2...and roughly design.
Lepas balik rumah...i ukur sendiri2...ternyata dapur tu terlalu sempit.
Dapur ku yg kecik molek tu, hanya boleh buat KC bentuk L (9x4kaki) 13kaki sajer.
tak bley nak tumpang buat tall unit sebelah peti ais ke ape da...
makanya...kena betul2 plan kc...sbb sepanjang 13kaki tu la i nak kena fikirkn mana nk letak sinki, hob, oven, microwave, drawer set, bottle rack, tong gas memasak, segala kitchen gadget seperti actifry, periuk nasi, blender, food processor. tak juga dilupakan bahagian atas, nak letak dish rack, hood, book shelve. hoho. nasib baik tak kena sumbat sekali peti ais dkt ruang 13kaki tu..kalo tak... mmg jadi micro kitchen.

diingatkan, kalo kc bentuk L 13kaki, sebenarnya...ruang yg ada hanya 12kaki jer.... kena tolak sekaki utk bahagian sudut. wuwuwuwuw. stress ok fikir pasal KC. i tanak harapkan design dari everskill, nanti mesti diorg bg template default jer.

contoh template biasa. kihkih... sesuka hati jer. 
tersangatla cantik backsplash yang bersinar2 tu.... tp kalo ada kt dapur i..kejap je jadi belacan kalo tiap2 hari tumis gulai.. habis berlemoih nanti. wakakaka. 

Sekarang ni, kena fokus cari sinki. sinki tak beli lagi dan tak penah survey sebelum ni.
2 hari jugak gigih google sana sini... kalo ikutkan hati..harus la nak 2 sinki besar2 dan paling dalam. 
tapi memandangkan ruang yg terhad.... mungkin terpaksa guna 1 sinki jer...which is later..mesti menyesal seumur hidup. hellooooo... mana cukup 1 sinki jer. sobsob. selalunya..1 sinki pon da bersaiz 400mm. sepanjang i survey...mostly 2 sinki berukuran 900mm dan keatas. which is...terlampau panjang...rugi space plak nanti. so, i kena had kan... kena cari 2sinki yg berukuran 800mm saje. 

sinki pula ada 2 jenis.... topmount and undermount. 

Perbezaan antara top mount dan undermount. 


sudah tentu i pilih undermount. kihkihkih.... lebih kemas dan mudah nk cuci. lalalalalalalala

kalo perasan kt kedai.. ada jenis sinki yg berlekuk2 kat tepi tu..dan ada juga jenis yg nipis jer. kalo untuk undermount, silih pilih sinki yg nipis jer tau. 

Setelah penat cuci mata....akhirnya jumpa sinki yang memenuhi citarasa. saiz less than 800mm, 2 sinki, undermount, material stainless steel 304 berketebalan 0.9mm. kedalaman 200mm which is still acceptable. cuma tang harga je la tak bape nk berkenan sgt. huhuhu. ada sesapa tau kat mana bley dapatkan model rubine ni dgn harga murah?

ada beberapa ciri lagi yg i google, pasal jenis coating la etc. tp yg penting...pilih material stainless steel 304 dan berketebalan 0.8mm keatas. dimensi kedalaman pulak....paling dalam i jumpa 250mm. ni paling maximum ideal size utk guna kat rumah...kalo nk pilih dalam lagi...sila la buka kedai makan. ok.. paling penting sekali.. pilih sinki betul2 mengikut cara pemasangan anda. kalo nak undermount, make sure beli yg nipis. jangan beli sinki bertebing luar tu..tapi nk pasang undermount pulak. nanti pemasangan tak bape kemas...tak pasal2 bocor pulak tepi2 tu. tu yang ruang bawah sinki sentiasa lembab dan berbau.

ok.. next..pemilihan tap...
*krik..krik* tak de idea ok! mungkin yg ni kena pegi kedai kot. tgk juga pada bajet... kalo agak2 semput sgt....sauk je la tap mana yg sesuai. kihkihkihkih.

Seterusnya... i kena pastikan siap2 setiap size compartment..supaya boleh maksimumkan penggunaan. 
gigih masuk forum lowyat...ada lebih kurang 400pgs.....gigih klik satu2..save pic. kihkih. bley la guna pic kat atas ni sebagai rujukan. untuk dapur i...bahagian  bawah adalah khas untuk letak segala kitchen gadget yg berat2..sng nak amik dan guna. bahagian atas khas untuk makanan dan juga pinggan mangkuk.



saiz macam da nak sama... tengah membayangkan rupa paras dapur sendiri nanti..mesti padat...sbb nk kena sumbat sekali oven, microwave. arghhh...stress pulak fikir. 


i plan nak buat open shelve macam dalam gambar ni. tapi i nak buat 2 tingkat. sng nk letak segala cawan, sudu, spices or makanan yang da siap masak ker... hahaha. berangan je la i ni.


membayangkan kabinet dapur yg tinggi sampai ke siling mcm ni. tapi ni mcm tinggi sangat pulak...

nyum2..cantiknye.. tapi i tak bape berkenan frosted glass tu, sbb bley nmpk bayang2 barang dalam tu.
design kabinet atas dia..sume petak jer.. kalo i..cpt bosan. wakakak..banyak songeh. 

Pemilihan warna... 
mula2...i nak pilih KC kale aqua/baby blue.... mcm dapur Xiaxue ni... 
wahh.. giler syok...sejuk je mata memandang. kalo nak masak pon..mesti rasa tenang jer. hihihi. 
tapi...mcm susah pulak nak cari melamine kaler aqua/baby blue. muahahaha.. kalo 3G tu, mmg ada jer. tapi tak  mampu den nk pakai sume pintu 3G.


Setelah google2...jatuh hati dgn combination kaler ni. 
elok sgt la tu..melamine kebanyakan kaler gini2 jer.. harap2 3G ada kaler mcm ni jugak. baru la mood nak masak tu dtg 200%. kihkihkih


ok la...enough with berangan dan planning. 
paling awal pon, mungkin awal bln 3 baru start buat. skarang ni..rilex2 dan bertenang dulu. 
hujung bln 2 ni, nak kena renew insurance road tax utk 2 kete dan 1 bike pulak. ciskek betul la. 


semalam sempat i sketch 3D KC idaman. wakakaka... amature betul. 
tapi lebih kurang mcm ni la..ape yg i bayangkan. 

Selalunya...oven dan microwave org letak kat tall unit kan. tapi dapur L shape ni, mmg tak sesuai buat tall unit. selalunya dekat penghujung sinki tu la org buat tall unit, tapi dlm kes i...tepi sinki tu adalah tingkap. so, mmg tak sesuai buat tall unit. kalo nak buat sebelah dinding kiri yg ruang 4 kaki tu.... mmg tak praktikal...sbb ruang corner tu akan tersorok. sempit sgt weih..4 kaki. stress nyer. hahahaha

berharap..bley letak oven bawah hob tu. tp celah mana plak nak letak gas? arrrrrr. T___T
set drawer i mmg nak letak dekat dgn sinki..lebih paktikal. kalo gas, letak bawah sinki tu muat tak? ada org penah buat tak? hahahaha. microwave terpaksa letak kat wall unit mcm tu. tapi kena kebawah skit...utk lebih paktikal. 

so, mcm ni la rupa our "nano kitchen" kihkihkih. nak tgk jadi ke tak.. tunggu bln 4 nanti yer.
adoii.. stressnye dgn ruang yang terhad..kang ada juga yg pecahkan ruang pantri tu. wakakaka. duit oh duit..sila la jatuh dari langit!


Thursday, 27 June 2013

Dream Kitchen Part 1

Dulu masa bujang..muda remaja lagi...i suker sgt tgk citer Desperate Housewives. 
Sukerrrr giler. tak penah miss. sanggup tggu tetiap mggu nk download dan tgk berulang2. mmg i simpan cantik2 all the series...siap sekali ngn subtitle. hahhaha.. 

Bila i TER discover minat i dlm bidang masak memasak... i mula berangan nak ada dapur yg luassss dan cantik. Wajib ada island/counter bar yg luas di dalam dapur idaman i. Bertambah suke la i tgk citer Desperate Housewives, utk amik inspirasi dari dapur2 dlm citer ni. 

1) Kitchen idaman....adalah dapur milik Bree Van De Kamp. dia kan perfectionist antara sume housewives yg lain. da la hebat nak mati masakan diaa... jaw drop ok! ada smpai suatu masa dia buka company catering sendiri... waduh.. suker giler.

ni ruang dapur kt rumah dia rasanya... 

Ni ruang dapur utk bisnes catering dia. I loveee this episod dlm season 5 kot... sbb dia tgh buat Croquembouche. mmg tersgt jaw drop tgk dia buat spun sugar netting (jaringan halus gula kapas) then..dia salut Croquembouche tu. wahh..wahh.. 

2) Next kitchen is...milik Gabrielle Solis. Dia ni karektor yg tak pandai masak... but still.. dapur dia cantik. kemas je... and perfect size kot..tak besar sgt...tak kecik sgt. suker ruang dining dia... ada table panjang. tapi sejak dia ada anak pompuan 2 org...dia da rajin masak. oppss.. word yg sesuai adalah "TERPAKSA" masak... sbb nk kasi anak2 dia mkn. ahahha. tak bnyk gambar yg i bley google.. kena tgk citer ni balik..


3) Next kitchen...milik Susan Mayer. not bad kitchen dia... sbb ada island. rasanya tak bnyk brg.. ok je la konsep dapur ni.


4) Lastly... dapur yg i anggap biasa2 je... milik Lynette Scavo. dapur dia tak de island....sbb diorg letak meja makan bulat. more to family concept. maklumla...keluaga dia plg besar... ada 5 ke 6 org anak nth. siap ada anak kembar lg. hihihihi.



Mmg semua org tahu... suatu hari nnt..i akan buat dapur yg besar dan luas. Especially my sister in law...dia tersgt excited...sbb i suke masak..and dia suka mkn. dia siap ckp awal2....dapur utk rumah dia..dia nk i yg design kn... sbb i suke masak..and i je akan masak kt rumah dia nnt. ahahahha. tapi lastly..dia beli rumah kecik jer... pon i da bersyukur rahmat dpt masak kt dapur dia yg kecik molek. 

Tapi kan... TAPI.... masa i berpeluang pegi glasgow tahun lepas... ikut family abg i and k.ipar i tu... diorg sewa kt apartment 2 bilik. not bad...mmg nmpk kecik.. tp everything organize. apartment yg fully furnished. sewa dlm 675GBP kot. i instanly jatuh cinta dgn dapur comel diorg. seriously... keluasan dapur dlm 10x6kaki je kot. tapi sumenye organize. ada peti ais, water heater, kitchen hood + hob, oven, microwave, kitchen cabinet and washing machine/dryer. yg takder...dishwasher jer.. hahaha.. melampau betul kalo dpt sekali dishwasher. 

Lets take a quick tour shall we....

From anti-clock wise... ada washing machine bawah sink. washing machine ni bertindak sebagai dryer jugak. pening ok nk pakai benda alah ni. i tak penah sentuh pon. hahahha. betul2 org kampung..jakun tak reti guna. 


Depan sinki tu ada tingkap. Tingkap tu mengadap sekolah rendah. lintas jln je da smpai sekolah. tgh hari i masak.. bley nmpk anak buah i tgh main kt kawasan skolah time recess. kalo agak2 nk dptkn suasan sejuk mcm aircond..bley la bukak tingkap tu masa memasak. hahhaha.

cabinet blah kiri tepi dinding tu...dlm tu ada water heater utk satu rumah. kalo nk basuh pinggan...sila la adjust kepala paip tu kepada suhu yg betul.. kalo tak.. bley mendapat kecederaan time basuh pinggan.... tangan bley sejuk beku..sbb air sejuk sgt....ataupon melecur..sbb air terlalu panas. hahhaha


Next..... prepping space. kt sini la ruang utk siapkn makanan. ok la ..not bad... luas juga. ada laci.. kabinet atas pon ada. 


kat sebelah dapur tu..ada ruang skit utk letak microwave. sebelah microwave tu ada peti ais. i loveeeee that peti ais so much! dpn peti ais tu..just dinding kosong. pintu masuk kt tgh2...so..ruang dpn peti ais tu..utk bukaan pintu dapur yg 180degree


ruangan peti ais yg best... suker part freezer tu... bley sumbat mcm2 ok. bahagian atas..utk chill, biasa2 jer... terlalu tinggi plak. ruang dia pon tak bnyk.



Best sgt bahagian freezer ni..sbb jenis drawer. mencari jugak kt msia ni..tp susah nk jumpa yg jenis mcm ni.


ok.. sekian saje kitchen tour hari ni. Kitchen ni adalah fav place i dan anak2 buah i..especially the tiny Happy feet tu. masa i pegi sana..tgh winter. sejuk gila. tp kt dapur ni la yg rasa panas... sbb i selalu masak. duduk lama2 dlm dapur ni pon tak de hal. 
Hihihihi.. disebabkn ada beberapa kejadian yg berlaku....i da bertukar dapur idaman ku menjadi kecik jer.
No need besar2 pon tak per. sbb one thing i realise...dapur yg kecik ni..tak meletihkn i. sume benda just 1 step away.... mmg berguna sgt konsep dapur yg guna kitchen work triangle. memudahkn keje i..dan tak meletihkn. i tersedar pasal benda ni..sbb ada satu hari tu..i period pain. mmg langsung tak larat nk masak... tp mengenangkn i sorg je harapan utk anak2 buah i nk mkn, so, i gagahkn diri masak jugak. NASIB baik dapur ni kecik dan sempit..so, i tak terasa letih. bygkn kalo dapur luasssss....ngn island bagai. jenuh i nk berjalan kesana kemari. tu pentingnya apply kitchen work triangle ni. bukan sesaja. pompuan mmg bnyk habiskn masa kt dapur..so, kena rancang sebaiknya supaya tak rasa penat. dapur luas2 mesti jadi idaman sume org kn...tambah2 yg stok mak2..nenek2, makcik2, sbb org dulu suka merewang time buat kenduri. mmg penting ada dapur yg luas. tp utk i....dpt dapur mcm ni pon da syukur rahmat. hihihi

Tapi..dapur kt Meow's Casa terlalu kecik la plak. actually..size dapur tu da ok..cumanya..... kt dapur tu bnyk sgt pintu yg tak sepatutnya ada kt situ. dapur i tu berkongsi pintu belakang, pintu stor, pintu bilik belakang. adoiii.. last2... ruang dapur jadi sempit...i tak bley nak maksimumkn pengunaan dinding dapur. da tu.. bnyk pintu dari dinding jer.. nk wat mcm mana. hihi.. pasal dapur i tu.. next time plak kita tour yer. huhu. panjang sgt entry ni.. 

Lastly.. nak share gambar fav place jugak.. 
Master bathroom apartment kt glasgow ni. huhi.. 
Comel je size...tp lengkap sume ada. bathtub tu yg sebenarnya idamannnn sgt. hahaha.
Bilik air kt sana... kering jer. Tu yg SUKER giler. hahaha.. diorg kan tak de paip air.. just paip kt sinki je. nk cebok.. sila tahan air dlm gayung yer. hahaha. abg i siap letak karpet lg dlm bilik air ni. sukerrr sgt. kalo golek2 dlm ni pon x de hal. :)