Monday, 24 June 2013

Rak dalam stor/pantry

oleh kerana dapur di Meow's Casa ni terlalu comel,
Kami terpaksa gunakan stor sekangkang kera ni jadi sebagai pantri dapur. hikihkihk.
Ini mmg betul2 sekangkang kera yer... sbb kalo sekangkang manusia lg besar.
Size stor ni adalah 3x7 kaki.

Jenuh fikir mcm mana nk maksimumkn penggunaan ruang dapur yg terlalu comel.
Kami belum mampu lg nk buat kitchen cabinet..so, terpaksa jadi kreatif skit.
Ikutkan hati.. nak guna idea dari Puan Ain..weih.. jatuh hati ok tgk pantry dia. hikhikhik... jadi sumber inspirasi ku. tp dia recycle je rak buku yg dia ada. so, bila fikir2 balik..mcm tak berbaloi plak nk beli rak buku baru and letak dlm stor kami ni. sebab satu rak buku besar tu, bley cecah ratusan ringgit jugak.

Maka, utk lebih praktikal, kami laki bini setuju nk beli rak serbaguna mcm kt bwh ni. Idea dtg dari rumah MIL, yg guna rak yg sama utk stor diorg. Rumah parent i pon guna rak ni jugak..tp lebih mencabar..sbb abah i totally DIY sendiri, sbb abah i kena gergaji sendiri besi tu, ukur sana sini, pasang guna skru.. rak ni pon DIY jugak..tp sume measurement dan bahan disediakan. nk pasang pon sng..tak payah guna skru bagai.. ala2 mcm pasang lego jer.


4 tingkat rak besi yg sgt kukuh.

Rak ni kami beli di The Living Depot, Puchong, berhampiran Carefour Puchong. 
Harga adalah mengikut size. Ada 3 size je..so, tak bnyk pilihan. dan sume ada 4 tingkat jer. 
Ketinggian sume sama...6 kaki. lebar dlm 2 kaki. Panjang ada 3 size, 4kaki, 5kaki dan 6 kaki. 
I amik size sederhana. Panjang 5 kaki. Harga size yg kami amik ni, rm178 kot. 
Kalo 4 kaki dlm rm158, kalo 6 kaki rm 200++
Yg ni ready stok... bw balik and pasang sendiri. Kitaorg bw balik guna myvi.. mmg lepas.

List harga


Senang sgt nak pasang. Cuma perlukan hammer...kalo takde hammer...guna kekuatan dalaman pon bley. tak de hal. :D Ala2 mcm pasang lego je ni. sume besi da di cat...smooth jer. Masukkan ikut kepala mushroom, then ketuk guna hammer yg dilapik kain buruk, smpai ke btg mushroom tu automatik da dilock.. tersgt simple. tp berpeluh jugak kami laki bini pasang...sbb stor ni kecik...tak de kipas. kalo nak buka rak ni pon senang...ketuk skit bhgn bawah, smpai ke kepala mushroom tu..nnt da bley cabut.  


Setiap hujung kaki dan atas diletakkn pelapik getah. so, sgt convenient. tak de la tikar getah tu nak koyak ke ape. tapi kami terpaksa lapik dgn surat khabar skit...sbb lantai stor ni tak rata. grrrr..


bahagian bawah dibiarkn kosong. Sng i nak letak barang2 berat mcm stok sabun etc. ni blom proper organize... nnt nk kena cari bnyk2 idea lg nih. 


Rak ni sgt kukuh. papan yg dia bg pon berkualiti. kt tgh2 bawah papan pon still ada support...ada satu lg batang besi kena pasang kt tgh2. Bley la nak adjust kentinggian para ni ikut selera masing2. tapi rasa tak cukup setakat 4 tgkt je.. patut diorg jual asing2...leh la i tambah lagi papan ni..kan best. 


Kosong lg rak ni... blom fully utilize. nak kena tambah partition/rak kecik2..baru sng nak organize. :)



12 comments:

Asma said...[Reply]

I like this idea, mmg rancang nak pasang kat stor. Kalo kos less than 200 mmg berbaloi.

Fizah said...[Reply]

kalu sy ada stor, mmg aci rembat satu nii..!! =)

Miss N said...[Reply]

@Asma ..aah..mmg berbaloi dgn harga & kualiti.

@Fizah hihi..takper..utk future house yg lebih besar..leh la rembat rak ni.

amszdihati said...[Reply]

wow.... dah lama cr rak nie... slalu jumpe yg kaler kng biru tue je... mmg mrh n nmpk kukuh... nsb baik x terbeli yg kat giant lg... sbb mcm x kuat jer... thanks 4 sharing....

pionkacang said...[Reply]

cntk n trbaek...mmg jimat space kalo guna rak nie...
guna dlm bilik tido pon ok gak kan..

Haniko Matsushina said...[Reply]

Kalau buat raga besi untuk isi buah kelapa , ada tak ?

nor said...[Reply]

kalau kat hardware ada jual x rak macam ni? yg DIY punya..

Ibu Lala said...[Reply]

Saya letak rak camni dalam setiap stor. Tu pun penuh. Tu fil yg buatkan. Nak cari yg kecik utk letak dalam kabinet dapur. Fil dah tak de. Takde la org nak buatkan dah

chavien said...[Reply]

Harga kami serendah Rm78. Like page kami di facebook. Rak Besi Serbaguna. Pelbagai pilihan warna

chavien said...[Reply]

Harga kami serendah Rm78. Like page kami di facebook. Rak Besi Serbaguna. Pelbagai pilihan warna

Anonymous said...[Reply]

as salam..na tny la..ad no contact kedai 2 x?...sbb sy na bli byk and na suro dy psang skali..

Miss N said...[Reply]

@Anonymous u bley search The living depot. dia ada bnyk cawangan...rasanya dia tak sediakn khidmat penghantaran and pemasangan. kena beli and bwk balik sendiri. pasang pon sendiri.