Tuesday, 15 July 2014

McPantry

Assalamualaikum...

pergh..makin lama tak update blog ni. ape kena tah... hihihi
Alhamdulillah..kami sekeluarga sihat. batuk skit2 je.
Da pertengahan Ramadhan da pon. harap2..segala amal ibadat kita pada bulan puasa ni diterima Allah.

Minggu lepas...tetiba ada roh rajin datang, untuk mengemas pantry.
Dulu i penah share citer pasal Pantry Tour, Rak Serbaguna dalam Pantry & Our Little Kitchen.
Perghh..setahun jugak la kami guna rak serbaguna tu dalam ruang stor/pantry ni.

Macam2 kisah suka dan duka kami dengan si Pantry ni. kena serang tikus la...tak de lampu la... itu ini.
yang pasti...i memang failed bab susun atur dalam pantry lama yang guna rak serbaguna tu. Al-maklumlah....rak tu besar kotttttt. mmg tak sesuai untuk jadikan rak dalam pantry. tapi tak pe..sabar je la ye.

Berkat kesabaran selama setahun, setelah McKitchen direalisasikan....akhirnya ada kekuatan nk kemas ruang ni. gambar sebelum kemas tak de ye. memang tak smpai hati nak amik gambar...sebab sangat2 besepah...main campak je barang2 kt situ...belum lagi dengan habuk dan debu 3inci hasil renovate McKitchen. tak dilupakan taik tikus bersepah2...da jadi jamban dia pulak ye. kesian sgt ruang pantry ni tau. i terpaksa mop semua guna air panas and pembasmi kuman bagai. hihi. over tau.


tadaaaaaa...perkenalkan... McPantry. 
Amboi...siap dpt nama baru. kihkihkihkih.

Alhamdulillah...walaupon dapur kami kecil sebab terpaksa berkongsi ruang dengan bilik stor ni, namun...kami da convert jadi ruang pantry yang efficient. muahahahha. I recycle je rak lama. cadangnya nk beli rak Ikea GORM tu. tapi asyiklah out of stock. 2 kali pi IKEA, tapi pulang kehampaan.

Rak warna cream tu..da berusia 5 tahun weih.. still standing lagi tu. memang macam2 kegunaan rak ni tau! dari jadi rak baju...sampai ke dapur..now ni she may rest in McPantry pulak. sebenarnya..tak bape nk kukuh sangat....bila i saje tolak2...siap bunyi2 lagi. bawah tu...Cik T siap tebuk buat pintu masuk lagi.

Rak hitam tu....penah jadi rak buku tahun lepas. boleh refer entry NI. now ni, i da beli rak buku BILLY.....(citer akan dishare kemudian) maka, rak hitam ni pon kita kasi sumbat dalam McPantry pulak ye. boleh la i letak segala barangan elektronik. senang nak amik. 


 Close up McPantry.
banyak pulak stok makanan. ahahaha..dulu dalam pantry lama...terlindung. maklumla..susah nk masuk sebab ruang sempit.. rak serbaguna yang lama tu besar sangat. asyik membeli je stok makanan. now ni, boleh la i rancang menu ape nak masak...kasi setel stok2 ni semua. harap2...rak ni tahan la smpai rak GORM di restock semula. agagagaga. 

hanging basket tu i beli kat ikea jugak. 
patut accessories untuk GORM, tapi belasah je la buh sini. RM10 satu. ingat nanti nak borong lagi. banyak lagi ruang kosong tu kan. jangan roboh sudahhhhh

Rak hitam ni, atas tu i letak cerek air. lepas masak air kemudian sejuk...i akan transfer letak dalam pantry. i tak suka letak atas table top McKitchen. tamo serabut2 kat sana. jadi..sumbat sini je la. 
Sebelah tu ada set pisau, beli masa pi honeymoon kt Langkawi. beli brand Haji Ismail Group sajo. ni pisau ni jarang guna. tu yang transfer masuk pantry jugak. pisau kegunaan harian, i simpan dalam laci. 

tingkat 1 ada si oren gorgeous Le Crueset. memandangkan...penat lelah nak dapatkan Le Crueset ni, citer ni pon belom share. agagaga. maka..kena ada rak khas untuk dia. easy access gitu. plish2..jangan roboh. berat  sangat si Le Crueset ni.

Tingkat 2 i letak food processor. ni yang sampai termimpi2 sangat nak beli tu. now ni, letak tempak easy access gini, memang takde alasan lagi untuk tamo masak sedap2.

Tingkat 3 i letak periuk nasi harian. periuk nasi ni kecik je...cukup la untuk kegunaan kami berdua je. bila i tak masak nasi...kita campak masuk dalam pantry. lagi sekali...i tak suka barang2 lain dok menyemak kat table top McKitchen tu. sebelah tu ada hand mixer. 

Ruang bawah tu masih kosong. mari la berangan kot2 dapat stand mixer yg kebabom mcm KitchenAid ke, KMix ke kan??? ahahha... tapi kalo ada stand mixer sekali pon, i rasa...dia akan dapat tempat special atas table top McKitchen. haha.. bias betul la. tapi dalam masa terdekat ni, ruang bawah sekali tu, i plan nak letak segala stok sabun/pencuci/shampoo etc. 



Jom...jengah ke dalam. 
Dalam ni i letak rak dapur memasak masa awal2 kami pindah dulu. 
rak ni dari rumah bujang Mr. N. meh la kita campak ke ruang McPantry. biar dia berjasa pulak dalam ni. 
Atas tu i letak tong beras. akhirnya...i beli je tong beras clear gini. senang sket nk tengok stok beras cukup ke tak. agagagaga. kat tepi tu ada pressure cooker, ada periuk nasi besar. bawah2 tu ada periuk belanga, periuk kukus semua.

rak warna cream tu....tingkat atas sekali ada stok gula, gula perang, gula halus, icing sugar la, segala jenis tepung, cocoa powder, biskut. 

tingkat 2, segala jenis sos, barang2 untuk masak lauk pauk. 

Tingkat 3, stok bahan minuman, segala jenis susu, kordial, milo, tea, milo, sirap, nestum...and the list go on.

bawah sekali i letak botol minyak...and botol2 spice (mungkin temporary)



rasa macam nak tido dalam pantry ni boleh tak??? arghh...rasa macam cozy jer. 
memang suka sangat nk masuk dalam pantry ni banyak2 kali. jakun betui. agagga


diingatkan...McPantry ni akan berubah wajah dari semasa ke semasa. macam2 plan da yang i fikir ni, nak tambah itu ini. banyak lagi ruang kosong dalam ni. tapi tu la... berangan dulu ye. 

Sekian saje tour McPantry kali ni. maaf la kalo ada yg bosan ke ape...tak habis2 citer pasal dapurrrrrrr je kan. macam dia sorang je ada dapur. ahaksssss



7 comments:

Shafizah Man said...[Reply]

Bila dah jadi wife, mesti xlari nak crita pasal dapur ni. Sb kat situ la kita akan luangkn masa yg byk kat dalam tu. :)

nurin khairi said...[Reply]

Ok la tu cite dapur yg dah jadi reality drpd saya yg cite dapur tapi asik tangguh2 je utk dijadiksn realiti :(

Miss N said...[Reply]

Hihi..takpe. Pelan2... dapur nk pakai lama. harus rancang betul2. Lagipon, bukan sikit nk kuarkn duit. Pastikan berbaloi dan end product seperti yg diidamkan. Ur blog sgt bnyk share info...mmg sgt bermanfaat. jgn x tau..saya pon banyak refer to ur blog dlm realisasikan McKitchen ni. Hihi

Miss N said...[Reply]

Betul tu, tq sudi singgah blog sy.

Sumayyah Ahmad Hafiz Al-Arshadiy said...[Reply]

Tu diaaaa..pantry orang rajin masak. hehe... suke2..suke tgk pantry full tapi kemas macam ni. Pantry saya alahai takde mende pun. Nampak nau tak rajin masak. hehe..

Miss N said...[Reply]

@Sumayyah Ahmad Hafiz Al-Arshadiy hhihi..sng simpan stok siap2. bln2 puasa ni slalu berbuka kt rumah mertua. nnt diorg ada request ape2 desert, terus masak je sbb bahan2 sume da tersedia. :D

Aty Fared said...[Reply]

ini lagi besh gileerrrr..!!!