Friday, 4 November 2016

Surface pro 4

Setelah lebih 3 tahun baru ada kekuatan nak share pasal rumah kami yang pernah kena pecah masuk. 
I pernah update entry dulu, tapi tak cerita details ape2 pon:
http://nloven1502.blogspot.com/2013/06/darkest-day-in-our-life.html

by the way, citer da lama....but still tinggal kesan yang mendalam.
Masa tu memang ngam2 cukup sebulan kami pindah ke Meow Casa ni.
tak sangka, rumah kami pula jadi target seterusnya. selalunya dengar citer rumah jiran yg kena rompak. Masa hari kejadian tu, kami kuar tengok wayang, midnight movie. tak ingat da citer ape. tetiba malam tu, i kena datang standby kerja. terpaksa pergi ke ofis. so, habis je tengok wayang, i hantar Mr. N balik rumah dan i terus ke ofis. masa tu da pukul 3 pagi.

Tetiba kul 4-5pg, ada jiran bagitahu dalam group whatsapp yang rumah dia hampir kena pecah masuk. pencuri tu da cuba nk kopak pintu belakang rumah dia, tapi sebab dia pasang banyak selak, maka...pencuri tu tak dapat masuk. tp jiran ni dengar bunyi bising2 dia sempat la jugak kejar si pencuri ni, tapi tak dapat. masa i baca message whatsapp tu, perasaan tak tenang. rasa nak je call Mr.N kat rumah nak check status dia. tapi fikirkan dia tengah tido, letih balik kerja, then pegi tgk late night movie lagi....tambah lagi i tengah bz kat ofis masa tu. i pon tak call Mr. N. Kul 8 pg i balik kerja...smpai rumah terus rasa berdebar. masuk rumah mmg kuat sgt rasa debaran tu, kebetulan rumah pon tak berapa kemas. i tengok pintu bilik ternganga luas (ni mmg biasa, sebab bilik kami masa tu tak pasang lampu lagi, memang kami tido malam2 tak tutup pintu pon). i tengok Mr. N tido nyenyak elok je...masih bernafas. tapi hati masih tak sedap lg.....i terus ke dapur, dan nampak pintu dapur renggang! tak tutup! masyaAllah, terus berderau darah!. kejutkan Mr. N bangun, bgtau rumah kena pecah...dia pon bangun ngan terkejutnya. kami check barang yang hilang, Ipad (hadiah hantaran) dan jugak laptop sony kesayangan i da hilang! together dengan bag laptop ofis Mr. N. Allahuakhbar...patut la masa kat ofis tu, i rasa tak tenang je. Tapi Alhamdulillah, Mr. N selamat, tak kena pukul ke ape. tu yang paling penting sebenarnya.

Kami terus pergi buat laporan polis....lepas tu balik rumah, baru perasan bag laptop Mr. N ada dlm bilik kecik ni. laptop ofis masih selamat, tapi ada duit kutipan dalam bag tu da lesap. cerdik jugak si perompak ni, laptop ofis dia tak amik. iphone Mr. N pon dia tak amik. memang lesap daa Ipad and laptop i tu, kebetulan ipad and laptop tu takde password. hmmm...tak de rezeki. memang rasa ralat sangat. belum lagi TRAUMA! seriously, rasa sangat tak selamat even dalam rumah sendiri. Hanya rasa selamat dalam bilik je. lepas dari kejadian tu, kami tambah pelbagai selak kat pintu, pintu dan grill belakang siap tambah rantai and kami letak smpai 6 biji mangga ye kat belakang tu! now everytime nak tido mmg kunci rapat2 segala jenis pintu. eeeeee..fobia sangat!

Lepas dari kejadian tu, memang redha je tak de ipad and laptop. kami guna je laptop opis masing2, nak online guna fon masing2 jer. smpai la baru2 ni bila rasa da cukup stabil, ada duit lebih..baru la mencari2 laptop yang sesuai.

Mr. N da lama berkenan dengan Microsoft Surface ni. selalu dok cari review, and everytime keluar ke shopping mall, mesti dia singgah kedai komputer survey2 harga. asyik la ckp harga surface ni mahal sangat. wwuuwuwuuw. I macam malas nak amik tahu sangat. try to convince him to find something cheaper etc. tapi last week jalan2 pi IOI City Mall, kedai yg wajib dia masuk Harvey Norman. tetiba kan...ada promotion/sale bagai la dalam tu. OMG....surface pro ni pon ada sale jugak. hewhewhew. masa tu la 1st time i tgk Miss S ni. hehehehe... ok la, design cun, ringan....spec pon best jugak. cuma harga tu yg mahal sgt. tp ada promotion masa tu, dpt free keyboard. Mr. N memang excited habis da. I pon setuju je la beli Surface Pro 4 ni.

bila da seminggu guna, baru rasa BAPAK BEST GILER SURFACE PRO 4 ni! hahahaha. berbaloi sgt beli ni, langsung tak rasa rugi. memang sebiji rasa pengganti Ipad and laptop i yang hilang dulu tu. sob2. sumpah best surfing guna Surface ni. ihiks. memang tak menyesal. puas download segala muvie, leh tgk muvie dgn tenang2, gambar super cantik! hehehe. puas hati sgt. tp kalo i keje graphic designer, baru bertambah2 berbaloi guna surface ni.




Boleh jadi tablet, bley jadi ala2 laptop. keyboard tu boleh cabut2. keyboad jenis magnetic ye. sng nak pasang cabut bagai. power charger dia pon jenis magnet juga. tak payah nk tonyoh2 cable masuk dlm lubang etc. 



Stand belakang ni boleh pelbagai angle. takde fix angle ye. ikut besar/kecik mana ko nak koyak stand belakang tu. 


Ringan, nipis, syiok sangat! 



Hello Surface Pro 4. I love u so much Miss S.

ps- dalam citer Dr Strange pon pakai Surface jugak. tapi dia punye Surface 3. 

Our Surface Pro 4 specs:
Screen size and weight:
12.3" 1.69 lbs (766g)
PixelSense
Resolution: 2736 x 1824

Operating system and software:
Windows 10 Pro
Office 365 30-day trial

Battery life:
Up to 9 hours

Ports:
Full-size USB 3.0
microSD card reader
Mini DisplayPort
Headset jack
Cover port
Surface Connect

Run desktop software just like a laptop
Stream music and films
Write and draw directly on your screen
Organise and enhance photos
Make music with professional-grade apps
3D modelling with AutoCAD (i7 models only)

Microsoft Surface Pro 4

Price as reviewed$1,299, £1,079, AU$1,999
Display size/resolution12.3-inch 2,736x1,824-pixel touchscreen display
CPU2.4GHz Intel Core i5-6300U
Memory (RAM)8GB
Graphics128MB Intel HD Graphics 520
Storage256GB SSD
Networking802.11ac wireless, Bluetooth 4.0
Operating systemMicrosoft Windows 10 Pro (64-bit)




No comments: