Thursday 5 November 2015

Muncul kembali

Assalamualaikum...
Punye la lama menghilang kan..tetiba muncul balik. huhuhu
Ada lagi ke reader blog ni. wuwuwuw....sebenarnya kan..tiap2 hari dok rindukan blog sendiri. tapi tak berupdate jugak. maka hari ni curi2 masa sikit nak update blog. tak tahu pulak nak citer pasal ape. Maka....marilah menjamu selera mata dulu yek..


da rajinkan diri sediakan bekal tiap2 pagi. Now baby da 7bulan setengah, pagi2 wajib terselit bekal bubur dia sekali. hikhik

gigih ok buat wantan mee, complete set lagi..lagi sedap dari foodcourt2 biasa tu.


bekal anak beranak

Bekal anak beranak

crispy chicken, kepingan dada ayam yang diperap dengan tepung goreng bestari, disalut telur beserta cornflakes. goreng dalam minyak panas, da perang je terus angkat, tersangatla juicy dan spicy. isi ayam jangan goreng lama2, nanti tak juicy.

my 1st attempt brownies from scratch yang menjadi kedut2. happy giler....tapi macam terlalu manis pulak.

tak tau nak letak nama ape...ramai sangat orang dok share video ni kat facebook.
roti gardenia dilenyekkan, then susun dalam muffin tray. sapukan sos bolognese, susun2 pepperoni, then tuan campuran telur + susu+ seasoning. last skali tabur cheese sket. bakar 20min, 180darjah

ulang tayang wantan mee. resepi google je, tak ingat da yang mana satu.

bekal anak beranak

homemade scones! super duper delicioussss..... sebijik rasa macam kat cameron highland. 
1/3cwn butter* (84gm)
1 3/4cwn tepung gandum
3sb gula halus
2 1/2st baking powder
1/4st garam
Sebiji telur gred A
4sb fresh milk
gaulkan bahan2 kering (tepung,gula,baking powder, garam)
keluarkn butter dari peti ais, terus potong kecik2, masukkn dlm bahan kering, ramas2 smpai jadi mcm serbuk roti.
telur dan fresh milk pukul smpai sebati, then tuang dlm adunan. gaul2 smpai jadi mcm doh lembut. then bentukkn suka hati, sapukan susu atasscones. bakar dlm oven suhu 200darjah celcius selama 10-12min.
tips: jangan over baked,nnt jadi keras. permukaan atas masih putih, tapi bawah da kuning.
sila guna real butter mcm brand scs or anchor. (bukan brand buttercup - ni main ingredient guna minyak sawit)

bubur nasi si kecik

nasi panas beserta ayam pandan.

fresh baked scones.

daging masak kicap beserta sambal bilis garing

bekal anak beranak lagi

smoked duck ni kat Homst Cyberjaya. lepas tu kann....i da tahu macam mana nak buat sebijik sejibon macam ni. lalalalalala

bekal anak beranak

another bubur si kecik. bubur nasi + puree kurma

bekal anak beranak

gigih ok buat sendiri rice cereal dengan serbuk bilis. 
rice cereal: rendam beras 3-4jam, toskan hingga kering, then sangai smpai betul2 kering. kemudian blend halus. tapis banyak2 kali, baru dapat halus. nak makan, still kena masak atas api. tak bley simply letak air panas je. rice cereal buatan dirumah tak sama dengan rice cereal instant yang beli kat kedai. 
serbuk bilis: rendam bilis 8 jam, then toskan, sangai sampai  garing, then blender halus. 

bekal anak beranak

keratan rentas pepperoni muffin telur

bekal anak beranak

ada masa teringin koew teow kungfu..

bagels with avocado top with eggs

ni koew teow sup yang orang dok viral kat fb tu. haishhh...sedapnya.

sempena raya korban ari tu, dapat banyak daging, makan, beef fajitas in the houseee!! tapi cheat, guna instant seasoning in the packet jer.

aik? mana datang gambar ni. hmm...langsung tak ingat nih. 

ni menu jerebu. sakit2 tekat, batuk. grill salmon je, dengan buat sup telo bawang putih lebeyy

big fat salmon rich with omega!




eeeeee...banyak sangat cerita nak share tauuuu!
harap2, lepas ni makin rajin update blog ni. 
bai!



6 comments:

Mimy Hamid said...[Reply]

nolly akak rindu all ur pic makanan...welcome back..pls put your resepi ye..tqqqqqqqqqqqqqqqqqqq

Han Hanni said...[Reply]

Masuk blog ni memang best sebab banyak contoh menu bekal.blh amik idea ni..

Sebab kite xdpt masak menu selain lauk melayu.huhu.

Selalu masuk intai blog ni

Cik Kumbang said...[Reply]

wow wow wow
kagummm nyaaa
terliur tgk gambar
dah mcm kat kedai dah

tapi puas hati mkn sbb kita msk sndiri btl x?

btw welcome back ! ehe (^_^)

Anonymous said...[Reply]

search entry ttg bekas beras kayu..
alih2 jumpa blog nih :)

Sumayyah Ahmad Hafiz Al-Arshadiy said...[Reply]

Nolly...dengan tak malunya nak mintak resepi itik panggang HOMST tu buleh? Hihi... Tengok pun kecur dah... Sedap sgt tu. Perfect, dgn roti & sos dia... Harga pun buleh tahan gak tu...huhu..

Unknown said...[Reply]

Hihi terliur tgk gambar..terus rasa lapar..
Sama la sy pon dh lama tak update blog...anak dah besar ye..comel... :)