Sunday, 30 October 2016

Aspire Residence Cyberjaya



Tetibe je muncul update blog... hehehe
da lupa sebenarnya cara nak mengarang. tu la...lama sgt kan tinggalkan blog.
tapi citer ni perlu diabadikan dlm blog. hehehehe.

Sebenarnya I nak share pasal projek perumahan yang baru dilancarkan tahun ni,
Aspire Residence Cyberjaya. wohooo.
Projek ni dibawah SPNB (Syarikat Perumahan Negara Berhad)

Sebelum hari merdeka hari tu, ada Merdeka Promotion, so boleh booking rm1500 jer.
Kalo hari biasa, booking fee rm3000. sesiapa yang berminat, boleh la pergi ke office/showhouse diorang di EMKAY Building Cyberjaya.

Selama ni memang dok survey2 projek rumah yang baru, tapi mostly harga sangat la mahal tak masuk dek akal. Harga rumah memang da sah2 mahal, tambah pulak dengan saiz yang kecik terus rasa tak berbaloi. 2 tahun lepas kot, da ada projek perumahan Selangorku, nama dia MasReca 19. Harga affordable, and size pon just nice tak kecik sgt. tp tak semua org boleh apply, ada few syarat kena ikut, antaranya beli untuk rumah pertama.

Ada hari tu dok belek2 facebook, tetiba nampak iklan pasal Aspire Residence tu.
Tak tunggu lama, dlm minggu yang sama, kami pegi tengok show house dia dekat Emkay Building, area Domain Cyberjaya tu. huhuhu..tersangat la jatuh hati...sebab rumah tu semi furnish. then, pekerja sangat baik hati bgtau pasal event yg akan dijalankan before hari merdeka tu. So, we all tunggu masa event tu baru nak booking rumah ni. Sementara nak tunggu lagi seminggu kot, almost everyday la i dtg showhouse ni siap bawak kawan2 opis sekali. hihih. tapi bagus jugak, masa tu ada jumpa agents lain yg sangat2 berguna bagi maklumat. dia siap bgtau arah mana yang matahari naik bagai.

Maka, 27 Ogos 2016, antara tarikh keramat untuk I, hehehe.. swipe saja credit card bayar booking fee sebanyak rm1.5k ye. pilih unit, setiap unit da fix parking slot. dia ada buat bangunan asing utk parking atau boleh pilih parking kat bawah2 tepi jalan tu, tp semua parking berbumbung. oleh kerana rumah ni mungkin utk investment dimasa depan, so i pilih rumah tak tinggi sangat, dan tak menghadap cahaya matahari. yang penting parking kt bawah sekali, tak payah nak naik turun bangunan parking yang asing tu.

Dalam tempoh sebulan, i kena cari bank yang boleh approve loan application rumah ni. mula2 tak amik kisah part ni, dok je la diam2 kot2 org bank call, lepas 2 minggu senyap sepi, sampai la pekerja yg handle booking I tu tanya pasal Loan. haruslah tak de ape2 progress kan!! terus dia call balik semua panel bank dia. Baru la bank2 ada call i minta documents semua macam bank statement, slip gaji 3 bulan, epf statement ape bagai. nak jadikan cerita, few bank tak luluskan pinjaman I. sob..sob..sedihnya. hanya MBSB je la approve 100% loan i, dgn rate 4.9% ye. nak pengsan dgr. huhuhu. rumah ni i apply loan untuk nama i sorang je. so, mmg sangat2 susah la nk approve, tu pon nasib baik i tak de CCRIS ptptn ke ape. cuma sangkut tang credit card je. terus Mr. N tolong setelkan CC i, then terus minta tolong member bg recommendation utk loan application I. masa tu tinggal Maybank je harapan terakhir. kebetulan memang i ada CC maybank je (last minit baru nak clearkan), pastu loan kete pon dgn maybank yg da nak habis byr tinggal setahun lebih je. record pon cantik jer. FInally Alhamdulillah loan da approve 90%

10 October 2016, antara tarikh keramat I pegi sign loan agreement dekat Maybank Cyberjaya. Syukur sangat. then dalam minggu yang sama, i sign S&P pulak. pergh...macam tak percaya. gigil2 cramp la tangan ni dok sign setiap helai document tu. huhu sekarang tengah tunggu S&P siap stamping, then boleh la i keluarkan duit KWSP. yahoooo. hehhehe.

Panjang betul i membebel, now nak citer plak pasal keistimewaan rumah ni. agagagga.
  • size 900sqft
  • 3 bilik 2 bilik air
  • ada 3 lapisan security (guard depan, entrance parking/entrance blok, lift)
  • ada club house siap swimming pool.
  • semi furnish ( dpt kitchen cabinet with hood and hob, 1unit aircond dlm master bedroom, kipas dlm semua bilik, lampu dlm setiap ruang, hot shower 2 biji dlm setiap bilik air)
  • ada rebate 17% (banyak ni, selalu 10% jer)
  • dpt grill pintu depan.
  • tapi rumah ni tak de balcony ye, dia ada mcm tempat utk letak aircond luar tu jer.
  • segala stamp duty, lawyer fee semua developer da absorb.

Alhamdulillah sangat, memang masa yang sesuai untuk i beli rumah atas nama i. rumah we all duduk sekarang ni loan nama Mr. N sorang, and nama dia sorang jugak. Now, giliran i pulak beli rumah. hewhewhew. kebetulan memang rasa da stable sikit, lagipon kereta i da nak habis byr dlm setahun lebih je lagi. by the time rumah ni siap, tak la rasa sesak nk byr loan rumah ni. harap2 ada la yg sudi sewa nnti.

Tips nak bagi loan senang lulus;
  • 3 bulan sebelum apply loan pastikan baki dlm bank ada dlm rm500 before dapat gaji. jangan ko tarah smpai tinggal baki rm5.49 sen before tunggu next gaji ye.
  • 6 bulan before nak apply loan rumah, makesure segala hutang2 dgn bank payment cantik ye! pastikan on time! jgn ada ccris.
  • kalo ada hutang ptptn tu, sila la byr secara konsisten tepat pada masanya utk elak dari ccris jugak.
  • Credit card, ko jgn berhutang bertimbun lama2, macam contoh hutang kredit kad smapi rm5k da berbulan2, asyik la dok byr minimum saje. huhuhu..ni bahaya ye. sila la langsaikan hutang credit card cpt2 ye. ni bad credit nama nya.
  • tips nak byr duit booking beribu2, bley la apply credit card mana2 bank, u swipe je dulu byr booking guna CC. then da setel, u boleh call bank minta buat installment ye. so tak de la rasa terbeban ko nk kuarkan duit simpan (kalo ada duit simpan). i guna tips ni ye utk byr booking tu. huhuhuhu... ada la interest, tp setakat 4% still acceptable, sbb amount tak tinggi sgt.
Ada lagi ni nk bagi tips. Tips untuk elakkan kena bayar penalty kat developer lepas rumah da siap nanti.
  • make sure segala document, surat menyurat pasal rumah ni, uols simpan dalam satu fail.
  • nanti developer akan hantar surat ke alamat rumah, minta duit ikut progress rumah, pls jangan buat donnooo je ye. U kena actively contact balik bank, make sure bank release duit before due date yg developer minta.
  • selalunya, kt sini pembeli rumah terlepas pandang, buat tak tahuuuu je. bila bank release duit lambat kt developer, kat sini la masalah dia nnt. developer akan minta penalty ikut percentage bape hari bank lambat byr kt developer. kang nanti masa nk amik kunci, ko jgn terkejut pulak kalo tetiba developer kata ada penalty smpai 15k. masa tu, confirm korg minta pintu doraemon tu betul2 wujud!

ok lah, i da share serba sedikit pasal pengalamn beli rumah baru dengan developer. before ni beli rumah subsale, macam2 ragam jugak. yang penting kena sentiasa alert ok!. doa bnyk2 moga urusan dipermudahkan!

ps: doakan i jugak, moga bertambah rajin update blog. kuikuikui.

Belanja sikit gambar rumah iolsss....

Lepas masuk pintu leh nmpak pemandangan ni. standard la jumpa ruang makan dulu, baru ruang tamu.


Tempat ruang makan bubuh cermin supaya effect ruang nmpak luas. disebalik dinding bercermin tu ada bilik tido no2. then belah kiri ni ada laluan ke dapur and bilik no 3.


Have a lil peek in little kitchen. peti ais boleh la letak kt situ, ruang dapur ni tak sebesar alam ye, kecik je bentuk L, tapi ok la, dia da bg kitchen cabinet siap2. hewhew.

Pemandangan dapur smpai ke ruang belakang tu, backyard belakang tu boleh la buat laundry area. size dia tak la kecik sgt, masih selesa.

Ni ruang yard. tu muat mesin basuh comel kat situ. kalo deco cantik2 ni best ni. hehehehe

Ni pemandangan dapur dari arah laundry room tadi. Ok kan kitchen cabinet dia, siap dpt hood and hob brand rinai. tiles dinding dapur and bilik air sampai ke siling, dia tak kedekut nk letak separuh2 ke hape. huhuhuhu


Ni bilik no 3, paling kecik. single room ni. pintu dia sebelah kiri yang ada cermin kat dining area tu.


lepas letak single bed,masih ada la ruang sikit depan katil tu.


pemandangan ruang tamu, belah kiri tu ada laluan untuk ke master bedroom and 2nd bedroom, and juga guest bathroom.

Bilik Air hujung laluan, antara bilik master and bilik 2nd.


Master bedroom

belah kiri ni ada ruang utk letak wardrobe, and bilik air. depan katil tu boleh la nak letak tv. hewhew

wardrobe depan bilik air. dinding hujung tu buh cermin bg nmpk effect luas.

Bilik air master bedroom

ni pandangan dari keluar bilik air.


Pemandangan dari sudut tingkap.tu pintu depan tu yg tebuka tu, bilik no 2.


Last skali, bilik no 2. bley muat katil queen.

I punye Jenis A.






Loan Agreement and S&P yang da siap sign











Fuh, akhirnya siap juga entry ni. punya la lama i dok peram. 
Dari Ogos lagi nak update pasal rumah ni, tapi tertangguh2 sampai la setel sign documents semua.

pssss: nanti area cyber nak naik rumah Prima jugak...sape2 yang baru nak beli rumah, bley la alert ye pasal projek prima ni, tp tak tahu pulak bila nak launch nye.


10 comments:

Juls Julie80 said...[Reply]

Salam ziarah..

tahniah sis...seronoknya sis beli2 rumah dpt tgk rumah contoh.. mesti dpt bygkan cane nak deko2 kan..

zaman saya beli umah PR1Ma dulu xde rumah contoh...bila dah sign agrimen, lulus loan & setahun pastu baru dpt tgk rumah contoh...pastu menangis kat bucu katil tgk saiz & balkoni dia...hahaha..

apa2pun bersyukur sbb dah x nyewa dah.. yg penting, rumah kat Putrajaya... dekat ngan tempat keje..hihihi

Miss N said...[Reply]

@Juls Julie80 salam sis.

beli rumah prima kt putrajaya ye? bestnya. tp mmg ada balkoni kan? lg syok kalo ada balkoni tu sis, sy mmg prefer nak balkoni, rasa mcm bebas sket. tak rasa terkurung sgt. hehehe. tahniah sis..

dulu before nikah, husband pon dpt rumah prima putrajaya ni. tp masa tu baru je sign s&p rumah yg kami duduk skarang ni, so terpaksa la tolak prima tu.

tq sis, baca blog sy. hehehe

Orked said...[Reply]

nollyyyyy.... tantek nye rumah. kemas simple je yet classyyy gituu. hiks.

sya beli rumah kat perak. now bila pindah ptrjaya, berangan pulak tengok rumah2 kat sini. tp putrjaya pon boleh tahan harga sekarang. berangan dulu je mampu. doa la in future kite pon mampu tambah sebijik lagik. aamiin ..

Miss N said...[Reply]

@Orked V. Sha..haruslah rumah contoh cantik2 deco nya. hehehe... sila2 beli rumah kt pjaya pulak! tu sha, pi tgk projek kt sebelah ioi mall tu, ada conezion (ni murah skit), then ada clio (ni mahal sket sbb low density). worth sgt tu kalo beli situ, combine ngn husband beli situ sha.

Juls Julie80 said...[Reply]

ha ahh sis..beli kat Putrajaya..presint 11 tu.. ade balkoni tp mmg kecik giler2...x sampai pun 2 kaki.. ibarat ngam2 pasu sedang2 tu kalau bubuh kat balkoni tu..huhu

tp ape2pun bersyukur..sbb tu last rumah pr1ma plg murah..

Unknown said...[Reply]

kalai berminat nak beli rumah ni boleh terus whatsapp sy 016-9207465 skrg ade banyak offer ��

Unknown said...[Reply]

jom beli rumah kat aspire ni sgt murah !
banyak offer skrg ni boleh trus whatsapp 016-9207465

nurin khairi said...[Reply]

Haritu pun ada SA yg promo rumah ni tp x dapat la for now.. anyway, thx for the info pasal penalty frm developer tu..mana nak tau ada penalty ke x..kena call developer ek. Esok jgk kena call huhu

Miss N said...[Reply]

Yup, kena call developer tanya bank da release duit ke blom.

Shukur Properties said...[Reply]

Aspire Residence ni ada unit lagi tapi sudah tinggal 300unit dari 1100unit. Harganya sekarang bermula RM280k.
Kalau ada sesiapa berminat boleh terus call / wasap saya.
Ejen sah hartanah.
Shukur 012-9290232
www.wasap.my/+60129290232/condocyberblogs

Terima kasih