Salam Jumaat.
Hari ni, hari ke3 I offday secara tenang. Minggu ni offday 4 hari, tapi kena standby week. So, memang tak kemana, duduk rumah jer kot2 kena panggil pegi keje ganti orang. Bahagia betul bila tak de kena ganti2 orang ni. Terasa completely enjoy jadi housewife. Dok rumah boleh masak ape yang mengidam, kemas dapur, baring golek2. Eeeee..bestnya!
By the way, time cuti ni la baru boleh masak2 ikut demand baby. Hihihi..walaupon kekadang tak larat, perut asyik mengeras or kekadang baby stretch2kan badan dia dalam perut ni..sungguh la tak selesa. Semalam buka je mata, terus tekak terasa nak makan donut! Homemade donut ye. Tamo yang beli2. Nak makan panas2 time lepas goreng tu. Donut yang rangup diluar, lembut didalam. Amboiii..demand betul lil blip ni. Gigih la I menguli doh donut. Bila dapat makan, rasa legaaaaa sangat!
big fat homemade donut. nikmat betul makan panas2. rangup diluar, lembut didalam.
Bila da petang sikit, I teringin nak makan kari daging pulakkk. Da terbayang nak buat sambal belacan, then celur jantung pisang buat ulam, sambil goreng ikan masin. Nyum2. Anyway, hari ni I nak share resepi kari daging simple. Tak de la simple mana pon, tapi bahan yang I guna tak banyak sangat. Resepi ni I belajar dari mak I. Memang dari kecik I da biasa makan kari daging pesen ni...so, selera tu da fix dengan resepi mak. Resepi orang lain, memang lain sangat..macam2 spice nak letak dalam kari daging kan?.
Ini je bahan2 yang I guna. Daging yang dia siap potong and cuci tu, diperap dengan serbuk kari daging babas + kerisik kelapa + hirisan bwg merah, putih, halia. Bahan lain adalah kentang, bahan untuk menumis, hirisan bawang merah, putih, halia, daun kari. Tak dilupakan santan kelapa. Ok, tu je bahan2 yang diperlukan. My mom tak letak pon segala kayu manis ke, bunga lawang ke ape. Tapi kari daging dia wajib letak kerisik.
Cara2 memasak,
Tumis bahan hirisan smpai naik bau.
Masukkan daging dengan sedikit air. Masak sehingga daging empuk/terbit minyak.
Masukkan kentang, akhir sekali masukkan santan/kuah.
Biarkan mendidih, bila kentang da empuk, kari daging pon siap! Jangan lupa buh garam naaa.
Everytime I nak buat kari, memang I akan beli kelapa parut. Guna santan fresh ni lagi sedap. So, kerisik pon I buat on the spot jugak. I memang tak pernah beli/guna kerisik segera yang orang jual tu. Kekadang bau hapak. Buat sendiri lagi sedap dan fresh. Alaaa...just amik 2gengam kelapa parut, sangai/goreng tanpa minyak guna api kecik je smpai garing. Then tumbuk sampai halus atau terbit minyak. Senang sangat aih nak buat kerisik sendiri.
Sent from my BlackBerry 10 smartphone.
1 comment:
Sedap sgt nih. Kena gu dia blaka. Siap dgn ikan masin. Kalau sy mkn kari mesti ada kicap. Fuhhh...
1st time tgk masak kari perap daging. Slalu tumis rempah. Boh kerisik tu mmg betol lg sedap dan kuah pekat. Tp kalo nk buat kerisik sendiri nk menumbuk tu yg malehhhh..aduyai..
Post a Comment