Thursday, 5 February 2015

Simple dinner

‎Da lama sangat I tak share resepi atau gambar food kat blog. Ye la, da berbulan tak update blog.. hihi. Masak pon jarang2 sangat sekarang ni, lagi suke berbaring je atas katil. Hihihi.

Anyway, nak share dinner semalam. Sebenarnya, takde idea nak makan/masak ape semalam. Ikutkan hati, nak makan luar saje, tapi still tak tahu nak makan ape. Kadang2 bosan jugak makan luar, sampai da tak de idea nak makan kat mana. Cyberjaya ni da la pilihan terhad. I mean, kurang pilihan gerai yang jual masakan kampung atau goreng2 yang sedap. ‎Kalo arabic/western/mamak memang sangat bersepah kat cyber ni. Tapi tu la, setakat nak makan western food, baik masak sendiri kt rumah lebih jimat.

Kebetulan barang mentah tak berapa nak ada sangat kat dapur. I mean, macam stok2 ikan potong, atau sayur2 hijau,taugeh, cili padi ke ape...memang tak beli simpan or stok da habis. Rasanya, cili kering pon da habis kot. Tak sempat nak check lagi stok makanan kt rumah. Tapi kalo stok pasta, memang selalu ada‎ malah macam2 bentuk dan jenis lagi. Seasoning untuk western food juga selalu ada, bukan yang gempak2 pon, setakat stok lada hitam, serbuk pati ayam, cili flake, olive oil, mustard sos, pasta sos in jar. Basic2 je yang ada. Tu je la yang ada. Dried herbs pon kebanyakan da expired kot..tapi I jarang guna dried herbs dalam masakan western. Hihi..pepandai je ubah resepi sendiri.

Anyway, bila kekadang da tak de idea sangat nak masak...I selalu akan amik jalan mudah untuk masak western meal saje. Bagi I masak makanan barat ni lagi mudah dan cepat. Tak guna banyak bahan, tak perlukan masa yang lama untuk preparation. Senang nak adjust perasa ikut kesesuaian menu. Hihi..bukan tanak masak masakan kampung, mungkin I yang fussy kot...kalo masakan kampung selalu nak kena guna fresh ingredient. Gulai nak kena guna santan yang diperah fresh dari kelapa parut. Tak biasa guna santan kotak or serbuk. All the vege macam tomato/bendi/taugeh...guna yang fresh baru sedap kan. ‎Macam nak buat masak merah/sambal pon, lagi sedap kalo ada serai, daun limau purut, ditabur daun sup/daun bawang....which is jarang simpan stok..cepat sangat rosak. Akhirnya, goreng pasta jugak jadi pilihan hati.

Simple pasta goreng with salmon grill + cold potato salad with eggs

Kebetulan, baru2 ni ada beli fillet salmon. Sementara masih fresh lagi, baiklah I grill salmon tu. Da tanak simpan ikan lama2 dalam freezer, sebab I perasan ikan yang disimpan lama dalam freezer, rasa dia da kurang. Lagipon, semalam Mr. N balik lambat dari kerja. Dari penat2 nak kuar makan, baiklah I masak simple2 je for our dinner.

Salmon diperap dengan seulas bawang putih, black pepper, lemon, garam and tyme herb. (dulu ada tanam tyme herb, tapi now da mati. So, smlm ada beli tyme fresh, kalo I nak grill salmon memang terbaik letak tyme)

Ada stok sebiji kentang. Teringin nak makan cold potato salad...tapi sebab kentang tinggal sebiji saje, so I campurkan dengan telur rebus. Rebus telur and kentang sampai empuk, untuk dressing I guna mayonis kewpie, mustard sos, bwg merah didadu halus, sedikit daun kucai diracik (daun kucai amik fresh dari pokok), garam, and cappers (yg ni memang ada stok sebab dulu teringin nak buat tartar sos sendiri)‎ gaul sebati, then simpan dalam peti ais.

Rebus spiral pasta tak smpai 10mins pon.
Panaskan olive oil, tumis seulas bawang putih, masukkan beef pepperoni yang dicincang (memang selalu simpan stok beef pepperoni ni), then perasakan dengan garam, serbuk pati ayam knorr, dan juga chili flakes. Last skali masukkan pasta gaul sebati.

suke sgt beli fresh herb dalam pot gini. tapi selalu lalai nak jaga dia. harap2 kali ni lebih rajin utk bela herbs2 ni semua.

Siap! Da boleh makan! Bagi I, lagi mudah masak macam ni, yang sudah semestinya sedap untuk tekak kami laki bini. Tak payah bahan gempak2 sangat pon, boleh je guna bahan mentah yang ada dalam stok masing2.

So, menu ape pilihan korang kalo jenis tak sempat nak prepare barang, or takde idea nak masak ape. Mostly ramai yang akan goreng nasi, mee, bihun or koewteow kan. Wahh...sedap tu..tapi masalahnya I takde stok sayur2 hijau/taugeh/tauhu. Nasi putih pon tak de lebihan, sebab jarang masak nasi. Hihi.


Sent from my BlackBerry 10 smartphone.

1 comment:

Aimi Muhamad said...[Reply]

love pasta so much... cold potato salad look yummy! dah lama tak makan, stok kentang dok ada kat umah. bolehlah buat untuk dinner tonight.