Wednesday, 4 February 2015

Ruang makan

‎Akhirnyaaaa, penantian berakhir dengan siapnya ruang makan. Asalnya ni adalah ruang courtyard (ala2 taman dalam rumah) yang bersaiz 10x10kaki. Masa sebelum kami pindah masuk, kami cuma pasang policarbonate roof je untuk halang dari hujan masuk dalam rumah. Tapi still ada saluran air hujan masuk dalam rumah. Pernah sekali, saluran tu tersumbat, and ruang tu banjir sebab hujan lebat sangat! Sedih tak terkata, sebab ada barang kat situ, tak habis kemas lagi lepas pindah.

Di sebabkan ada saluran air yang terbuka tu juga, jadi laluan masuk tikus. Arghhh..sakitnya hati. Tak pasal2 je kena kemas banyak2 kali. Now ni, bila da siap tutup segala lubang air, da naikkan lantai cantik, bumbung pon dinaikkn jadikan airwell. Memang lapang sangat ruang ni. Lega betul da siap, 3bulan juga la nk menunggu siapnya. Kontraktor ni amik job 4 rumah sekali gus. Haihhh..sabar je la. 

Bila da siap, cepat2 alihkan meja makan ke ruang ni. Sebelum ni, meja makan terpaksa letak depan sofa diruang tamu. Ruang tamu tinggal separuh je. Memang rimas betul masa tu. Sekarang bila da siap, rasa macam ruang makan ni terlebih luass pulak. Hihihi, sengaja kami rapatkan meja makan ke dinding, sebab tak habis kemas barang sepenuhnya. Bilik stor yang diserang tikus, kena kuarkan semua barang, cuci bersih2 baru boleh susun atur elok2.

ruang makan yang da siap. nampak luas giler pulak. jenuh nak mendeko dan susun atur. hihihi

Minggu ni sepatutnya orang Innovar datang untuk amik ukuran nak pasang laminate floor. Ohoiii, tak sabarnya. Wish list sangat tu. Mungkin kalo ada rezeki lebih, Mr. N berangan nak proceed pasang ‎plaster ceiling sekali. Itu wishlist Mr. N. I ikut je mana yang terbaik. 

Weekend hari tu, pegi jalan2 ioi city mall. Asalnya nak pegi IKEA, tapi tak sanggup pulak nak menempuh jem segala. Sekurang2 kalo ke ioi city mall, we all tahu jalan yang tak jem. Hahhaha. Lagipon, ioi city mall luas, besar dan lebih selesa walaupon weekend ramai orang. ‎Tujuan utama, nak cari accesories bathroom. Tapi tak jumpa yang berkenan dihati. Penat betul tawaf dari index living, sampai la ke home pro. Hihi...

Jalan2 ke index living, konsep da macam ikea. Ok juga la, not bad. Tapi i lagi prefer ikea, mungkin sebab besar dan banyak barang. Jalan2 cuci mata... terbekenan dengan meja makan bulat marble. Kehkehkeh. Dongak2 atas tengok harga, tertelan airlio. Hahaha.. kena gigih kumpul duit kalo nak beli barang idaman. Mr N la ni, berhajat sangat nak dining table baru vavasvoom. Padahal, baru je dapat meja makan free dari makusu dia. Hihi. Takpe, berangan je dulu tak salah pon. Personally, we all memang prefer meja makan jenis bulat, sebab rasa bonding tu lagi kuat. Lebih mesra gitu kalo duduk keliling meja bulat makan sesama family. Well, korang prefer meja makan jenis ape? Petak or bulat jugak? Hihi

shining2... cantik kan? tapi sure berat ni. 

dongak atas...*gulp* bley tahan harga dia. tapi kalo bab berangan tak pe, free jer.




Sent from my BlackBerry 10 smartphone.




5 comments:

Diyana said...[Reply]

marble mmg mahal kan...
mmg telan air liur je laa nengok rege nye

cik hani said...[Reply]

kalau ruang luas saya prefer bulat,
kalau ruang yang limited, amik yang petak lagi safe..
comel..

Lynd said...[Reply]

Kalau ruang besar memang best dan sesuai meja bulat. Tang berangan memang best free je plus boleh jadi doa..

best.. best

qia said...[Reply]

akak ni duduk satu taman dengan saya... design rumah lebeh kurang.. kerja pon tempat sama kat cyberjaya...
btw suka baca blog akak... kipidap

Miss N said...[Reply]

Hi jirann.. nnt bley berkenalan.
Ada lg rupanya readers blog ni, lama sgt tak update. Huhuh